Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, September 10, 2012

Ada tips tak untuk anak yang hyperaktif kat rumah orang.



Assalamualaikum…

Nampak gayanya penat badan belom berakhir lagi la selagi bulan Syawal belom pergi. Segala-galanya penat.. kalo boleh bagi separuh bulan jer kita beraya rasanya lagi bagus kot.. Sebab musim ni segalanya memang penat. Penat nak menghandle anak yang tak makan saman bila datang rumah orang tu yang paling tak tahan… Aku tak tahu la nak cakap dengan budak budak ni.. walhal kat rumah lagi dah berbuih mulut kita pesan itu ini.

Sampai rumah orang  jangan nakal nakal yer sayang..
Takder… si hadif dengan selambanya mengigit tangan anak kawan aku tu.. 2 kali plak tu.. ada 2 bulatan kesan gigitan. Kesian budak tu.. dia dah la putih melepak.. nampak sangat la..

Sampai rumah orang.. jangan panjat sofa loncat loncat atas sofa orang yer..nanti org tak suka abang….
Memang sofa dia takder panjat tapi benda lain plak dia buat.. habis mainan orang di sepahkan…sampai ke dalam bilik dia teroka… aduiii,,buat malu mak bapak ko jer nak.

Sampai rumah orang jangan bising bising tau..
Takder jugak… sampai bersepah mamee kat lantai rumah orang tu .. si hadif plak sibuk mencabut ABC yang bermagnet kat peti ais orang tu.

Sampai rumah orang duduk diam diam tau..
Takdernya…..Minum air tumpahkan air… makan kuih sepahkan kuih…manala aku nak bertenang….

Anak aku jer ker macam ni atau pun korang pun punya masalah sama macam aku…Kalo anak korang termatlah behave kat rumah orang .. apa tipsnya… macam mana korang handle.. bagi sepit ketam kat celah paha atau macam mana…?..

Nak garang sangat ngan anak kesian jugak.. tu pun dalam kesian..tercubit jugak .. port peberet aku 1 jer.. celah paha.. kat situ kan daging lembik.. sedappppp jer kalu kena pulas sekali 2. Mungkin sebab kerap marah pun budak jadi tak makan saman jugak kan. Ajeed selalu bebel kat aku..

Awak ni…. Macam mak tiri…Nanti macam mana la budak tu nak sayang kat awak..

Amboiii.. saiko aku plak.. Bila dia kuar bab sayang menyayang ni kalah aku.. Tak nak anak benci kat aku. Nak biar jer apa diorang buat sesuka hati kat rumah orang. Macam tak berapa elok plak..Nanti orang mesti pikir lain…
Larat ke ni kepit macam ni sampai balik.. 5 minit pun lom tentu lepas tau...paling lama pun aku bagi 3 minit dia boleh diam macam ni.. lepas 3 minit...hazabullah...

Harap harap peel dia camni hilang berlalu macam tu jer bila dia besar ….Tolonglah anak anak ku… kesian kan ibu mu yang teramat penat mengkontrol kamu kat rumah orang.
Kalo rumah sendiri lantakla.. rajin aku kemas…malas..diorang kemas la sendiri.. Aku paksa… memang keluarla gaya mak tiri aku tu.

Minggu depan cuti 3 hari.. bestnya……
Wassalam..

No comments: