Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, June 6, 2012

Bila Mak Bapak Sibuk Menyoping..

Assalamualaikum..

Aku rasa taktik SOGO buat sale setiap tahun hampir sama jer… Tapi tetap jugak ramai yang serbu.. Herann.. sampai sanggup berkampung.. lepak lepak.. macam berkelah pun ada. Mak ayah sibuk soping.. Anak anak kasik relex kat tepi tangga.


Ekceli kami ke SOGO minggu lepas pun tanpa di rancang.. Tak tahu menahu pun SOGO ada sale. Bukan pesen aku kaki soping. Lantak la orang nak cakap kedekut. Yang penting aku tahu bila masa aku nak kena kuar duit bila masa plak aku nak kena kemut. Masuk masuk jer… terus kelemasan dalam lautan manusia. Nak tak nak hadap jer la.. Memang ada certain barang dia jual murah. Tapi kualiti la plak yang out. Biasa la tu strategi perniagaan. Marketing Plan harussss terbaik babe.
Sambil menunggu Ajeed cari slua dia sempat la jugak aku menyaksikan satu slot drama pendek. Ayah panik sambil tolak anak yang tengah tido nyenyak kat dalam stroller. Ingat lagi muka baby tu yang cute…siap bertudung lagi.. Sambil tolak baby sambik cakap kat phone… dialog nya lebih kurang gini la…

Eh..Mama.. mama ada nampak abang tak….

Sah anak hilang. Kesian plak tangok dia tawaf tujuh pusingan kat kaunter tu sambil cakap ngan bini dia. Ajeed membebel kat dia sebab nampak kecoh sangat sampai bawak stroller pun kiri kanan..hampir terlanggar anak anak aiiii.. Mau tak kecoh babe.. anak hilang.. kalo aku kat tempat dia.. mau meroyan…walhal bertenang adalah cara terbaik.

Itula… Moral kat sini… Sale gila babas pun jangan naik gila la wey..biar SOGO jer gila…Jangan kita sama sama naik gila... kan tak pasal pasal anak hilang kita plak yang jadi gila. Ingat anak tu.

Percubaan ke-2 Hafiy….cuba mengeja nama kawan baik dia…

KA DANIEL..KA DANIEL……. DANIEL….
KA AINA… KA AINA….. AINA

Abang pandai dah bu…. ( biasaaaa… ayat standard)
Pesen terkini bila diminta berposing gaya terbaek… Mata mesti nak kena sepet…



Wassalam..

No comments: