Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, April 17, 2012

Makan Langsat Di Malam Hari

Assalamualaikum..

Lamanya rasa tak update via email.. Ntah muncul ntah tidak kat blog. Aku pun tak pasti. Harap harap suksess la yer. Lagi satu format baru dashboard kat blog aku tak berapa nak berkenan la. Sushah sket nak menggodek. Nak cari blog list tu pun try and error sampai 5 kali. Boleh tak nak request kat blogspot suh diorang reformat macam yang dulu. Lagi senang. Jimat masa den.

Sebelum apa apa hal tu aku nak tanya korang sket..... Purtajaya Sentral kat celah mana erk?... 1st time malam tadi aku tahu yang kat Putrajaya ni wujudnya Putrajaya Sentral . Siyes aku tak tipu. Malam tadi jugak baru aku tahu yang bas dari Kelantan singgah kat Putrajaya dulu sebelum sampai ke Kajang. Yer la.. zaman naik bas dah lama berlalu. Kalo dulu ko tanya schedule bas Mutiara..gerenti aku dapat A++. Pakcik teksi. abang abang teksi tu boleh ku bilang dengan jari.. mana yang gatal.. mana yang tidak.

Ekceli gini.. Adik aku ni.. flite ke Kuching kuk 9-55 malam... naik bas dari kelantan kul 11 pagi. Dia pun tak tahu gak yang paling tidak pun kul 8malam baru leh sampai Kajang. So ape citer. Nak bayar 100 henggit lagi macam hari tu ambik tiket baru sebab terlepas flite.. oh nehiii... bazir duit jer.. Dah la guna duit PTPTN.. kesian kan?. So nak tak nak aku kena pintas dia kat Putrajaya la. Kalo nak tunggu Kajang gak..gerenti melayang lagi la duit mak aku.

Aku pun satu hal.. memang aku tak ambik port pasal Putrjaya Sentral ke..pudu sentral ke.. yang aku tahu Hentian Kajang. So Ajeed pun cuba la google gak cari kat celah mana letaknya Putrajaya Sentral ni.. Ok dapat.. kat Percint 7 lebuh Barat erk.. lupa dah.... Tapi cari punya cari mana percint 7 pun haram tak jumpa... rupanya dah dekat dekat nak sampai Putrajaya Sentral tu baru la ada signboard Percint 7. Kalo sebelum tu aku hanya nampak Percint 1-7 gitu jer...Bengong kejap.

Lagi satu yang buat kepala aku bengong bila 10 kali duk tawaf kawasan bulatan Putrajaya tu.. Pastu 4-5 kali jugak aku jumpa stesen bas Nadi Putra tu.. Park n Ride... dan yang paling best aku pun dengan bangganya mendecide la...

Ooooo sinila Purtajaya Sentral..

Padahal dah nyata lagi terang dah google kat internet yang Purtajaya Sentral tu Percint 7.. Lagi berdouble kebengongan aku. So sudahnya adik aku yang dari KL tu yang sampai duludari aku yang dekat ni.  Paham ke idop.. aku pun dah pening dengan citer aku sendiri.

Sooo moralnya kat sana... Janganla lepas ni ko nak terberak masa tu.. dan masa tu jugaklah barulah ko nak terhengeh hegeh nak gali lubang. Nak cari cangkul dah satu hal... nak cari lokasi dah satu hal... gitulah kekdahnya. Kan dah susah kan...

Takperla...At least kita belajar dari kesilapan kita dari kita langsung tak nak ubah kesilapan kita.. dan yang paling teruk bila kita tak nak mengaku itu adalah kesilapan dari kita. Ade pehemmmmm....

Wallah hua'alam..
 
 

No comments: