Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, April 13, 2012

Akhirnya…


Assalamualaikum..

Setelah berbulan-bulan lamanya kitorang kat sini merana dengan makanan yang di masak cincai cincai oleh tukang masak kantin yang lama..hampes tak sedap.. dah la masak sambil merokok… takder etika ketukangmasakkan betul la… akhirnya semalam dapat tukar tender baru.. admin lom decide lagi..tapi aku rasa itu jer calon yang ada.. so no choice maaaa….. ambik jer la yang tu. Lagipun pagi semalam kitorang dah pi testing dah makanan kat sana..Mana erkk… Ampang kot situ..… ok la.. overall summer sedap.. walopon hanya 2-3 menu yang ada masa tu.. tu pun lebihan cikgu cikgi yang makan pagi tu.. tapi masih ada rasa la.



Unexpected betul la.. aku dah terbayang makanan yang sedap sedap tau..like ketam berlado…uhuk.. udang sambal… rendang..(hamboi).. sampai sampai… ada 2 jenis lauk yang simple jer… tongkol gulai kuning, bawal sweet sour (kot).. pastu ayam goreng.. itu jer.. pastu ada la salad sket.. sayur pun takder.. kitanya kitorang sampai cepat sangat. Tak sempat nak goreng sayur.



Tapi takper la.. at least ada gak harapan kami nak makan menu lain selain sayur celur , ikan sambal. Ingat lagi masa mula mula diorang (orang lama aka tender lama) ambik alih masak kat kanting setelah 2 orang bibik mereka meresignkan diri. Nasi tak cukup, lauk tak cukup, gulai terlebih masin. Pastu yang paling best… hari-hari goreng pisang, goreng keledek, goreng keropok. Naik jemu anak tekak nak telan. Tapi nak buat camner. Hadap jer la. Lagipun itu jer pilihan yang ada. Harap-harap lepas ni banyakla sikit pilihan yang ada kat kantin.

Orang baru ni harap harap kena la ngan selera anak tekak aku.. yang penting garam mesti ada… jangan wey..garam tu penting.. kalo tak penting takkan orang sanggup tukar ngan negeri kan?…

Ekceli orang baru tu dah lama meniaga kat kantin sekolah rendah Cheras Jaya nun. So diorang memang lama la dalam bidang ni.. Harap harap la takder la masalah berbangkit pasal tak cukup makanan, makanan tak sedap lepas ini. Lagipun diorang dah cakap masa pegi testing makanan semalam.

“Buatlah macam sedara.. Korang nak makan apa bagi jer cadangan”

Ermmm….

Kak.. Nasik Mandi yer……besok kalo dapat makan nasik hujan panas best jugak kak erk?

No comments: