Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, April 24, 2012

Abang a.k.a Abe Long

Assalamualaikum…

Sekarang ni perangai pelik yang terkini si Abe Long..

Asal nak kuar rumah jer..mesti mintak aku ambik gambar dia posing kat tepi longkang sambil buat muka hodoh. Hadif cakap muka hantu.… Ambik kat mana ntah perangai pelik gitu… Buktinya..
Kali pertama, sila klik sini….

Kali ke-2



Kesian plak tengok si botak itu……
Dan kali yang ke-3



Tapi kan , dalam pelik pelik perangai dia tu sempat lagi dia sekolahkan ibu dia (aku la tu).
Masa tu aku baru jer lepas mandikan dia ngan Hadif. Dah settle dia 2 bradik turn aku plak yang mandi. Tapi dalam kepenatan “menyettlekan” diaorang 2 bradik ni malas la plak nak masuk mandi. Dan si Abe long pun bersuara.

AL : Ibu ni pegi la mandi bu……
Aku : Malas la bang.. Abang tolong mandikan ibu boleh tak?.. Tadi ibu mandikan abg kan?

AL : Malu la… Nanti bila ibu letak kain tuala kat atas tu Abang malu la.. Cikgu cakap MALU ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

Nasib baik dia tak baca dalam bahasa arab. Hahhhahhh.. ambik ko. . Anak ko dah sekolahkan ko kan?. Akceli aku saja jer nak menguji akal dia. Apa jawapan yang bakal dia bagi nanti.
Satu lagi malam tadi. Aku jugak yang terkena. Si Adik tetiba kentut besat. Kalah orang tua.

Aku : Kuatnya adik kentut..macam babah kan?
AL : IBU PUN SAMA………..

Den terkono lagi.

Friday, April 20, 2012

Lapar..

Assalamualaikum..

Tetiba teringat nak makan paha ayam kat kedai Pakcik Kenny... dan tetiba jugak teringat tagline diorang..

Kenny Rogers Roaster
Rai kan..saat indah bersama......



Ekceli pic ni dah lama terperap kat folder.. godek punya godek pic kat dalam folder... maka jumpalah dengan ayam panggang.

'sedapnya ayam panggang.. ..."

Dan ketika masa dan saat itula khayalanku berpindah pada hidangan Kenny-Quarter-Meal
Ini rupa yang di google...



Dan rupa sebenar adalah ini.



Percayalah padaku.. kalo nak makan sila pilih yang original... baru betul betul dapat feel makan ayam panggang. Satu lagi.. sila jangan terpedaya dengan ilustrasi dalam katalog ke pic yang digoogle ker... hakikatnya inilah rupanya yang sebenar. Tapi takpe sebab kita nak makan bukan nak tengok kan.Yang penting kat sini sedap. keywordnya "SEDAP"..... rupa buruk takper.. janji sedap....

 
Ajeed punya pilihan tak sedap.... apa nama dia erk... aku lupa..yang aku ingat ada smoke smoke... Asap tu kot yang buat rasa dia tak berapa nak sedap.
 

 
My anak bujang.... ini budak UNEXPECTED punya orang...
Sushah nak dijangka sumer tindakan dia.. Betulla orang cakap...anak ke2 lain macam sket.
semalam selamba badak jer dia bagi arahan kat aku..
 
ibu .. lap ni..sini..
mana?
ontok..... (bontot)
 
dia pusing depan plak...
 
sini.....
mana?
Onet.... (konet)
 
Bertuahhhh punya anak.. nasib baik la ko nampak sweet wolopun tengah membuli mak ngko. ......sweeetttttttttttt jer kan bilaa budak ni transform jadi orang tua. nak nak masa dia bagi arahan yang penuh dengan kepelatan tapi dalam muka serius giler. Boleh imagine tak?
 
Eh sambung balik bab makan tadi.... sumer pic kat atas tu tahun lepas punya cerita. Bulan November 2011. Masa tu bufday gegel yang ke ...................erkkkk 18..... :) hehehe..
 
Apapun thanks sudi layan citer hamba...hepy wiken uolls....
 
Wassalam..

Wednesday, April 18, 2012

Menari Gaya Apa ni?

Assalamualaikum..............

Boleh saper jelaskan tak..
Apa nama tarian ini..
Pat Ibrahim.... anda tahu?



Ewahhhh...Pusing lagi...

kuakuakua


Tuesday, April 17, 2012

Makan Langsat Di Malam Hari

Assalamualaikum..

Lamanya rasa tak update via email.. Ntah muncul ntah tidak kat blog. Aku pun tak pasti. Harap harap suksess la yer. Lagi satu format baru dashboard kat blog aku tak berapa nak berkenan la. Sushah sket nak menggodek. Nak cari blog list tu pun try and error sampai 5 kali. Boleh tak nak request kat blogspot suh diorang reformat macam yang dulu. Lagi senang. Jimat masa den.

Sebelum apa apa hal tu aku nak tanya korang sket..... Purtajaya Sentral kat celah mana erk?... 1st time malam tadi aku tahu yang kat Putrajaya ni wujudnya Putrajaya Sentral . Siyes aku tak tipu. Malam tadi jugak baru aku tahu yang bas dari Kelantan singgah kat Putrajaya dulu sebelum sampai ke Kajang. Yer la.. zaman naik bas dah lama berlalu. Kalo dulu ko tanya schedule bas Mutiara..gerenti aku dapat A++. Pakcik teksi. abang abang teksi tu boleh ku bilang dengan jari.. mana yang gatal.. mana yang tidak.

Ekceli gini.. Adik aku ni.. flite ke Kuching kuk 9-55 malam... naik bas dari kelantan kul 11 pagi. Dia pun tak tahu gak yang paling tidak pun kul 8malam baru leh sampai Kajang. So ape citer. Nak bayar 100 henggit lagi macam hari tu ambik tiket baru sebab terlepas flite.. oh nehiii... bazir duit jer.. Dah la guna duit PTPTN.. kesian kan?. So nak tak nak aku kena pintas dia kat Putrajaya la. Kalo nak tunggu Kajang gak..gerenti melayang lagi la duit mak aku.

Aku pun satu hal.. memang aku tak ambik port pasal Putrjaya Sentral ke..pudu sentral ke.. yang aku tahu Hentian Kajang. So Ajeed pun cuba la google gak cari kat celah mana letaknya Putrajaya Sentral ni.. Ok dapat.. kat Percint 7 lebuh Barat erk.. lupa dah.... Tapi cari punya cari mana percint 7 pun haram tak jumpa... rupanya dah dekat dekat nak sampai Putrajaya Sentral tu baru la ada signboard Percint 7. Kalo sebelum tu aku hanya nampak Percint 1-7 gitu jer...Bengong kejap.

Lagi satu yang buat kepala aku bengong bila 10 kali duk tawaf kawasan bulatan Putrajaya tu.. Pastu 4-5 kali jugak aku jumpa stesen bas Nadi Putra tu.. Park n Ride... dan yang paling best aku pun dengan bangganya mendecide la...

Ooooo sinila Purtajaya Sentral..

Padahal dah nyata lagi terang dah google kat internet yang Purtajaya Sentral tu Percint 7.. Lagi berdouble kebengongan aku. So sudahnya adik aku yang dari KL tu yang sampai duludari aku yang dekat ni.  Paham ke idop.. aku pun dah pening dengan citer aku sendiri.

Sooo moralnya kat sana... Janganla lepas ni ko nak terberak masa tu.. dan masa tu jugaklah barulah ko nak terhengeh hegeh nak gali lubang. Nak cari cangkul dah satu hal... nak cari lokasi dah satu hal... gitulah kekdahnya. Kan dah susah kan...

Takperla...At least kita belajar dari kesilapan kita dari kita langsung tak nak ubah kesilapan kita.. dan yang paling teruk bila kita tak nak mengaku itu adalah kesilapan dari kita. Ade pehemmmmm....

Wallah hua'alam..
 
 

Friday, April 13, 2012

Akhirnya…


Assalamualaikum..

Setelah berbulan-bulan lamanya kitorang kat sini merana dengan makanan yang di masak cincai cincai oleh tukang masak kantin yang lama..hampes tak sedap.. dah la masak sambil merokok… takder etika ketukangmasakkan betul la… akhirnya semalam dapat tukar tender baru.. admin lom decide lagi..tapi aku rasa itu jer calon yang ada.. so no choice maaaa….. ambik jer la yang tu. Lagipun pagi semalam kitorang dah pi testing dah makanan kat sana..Mana erkk… Ampang kot situ..… ok la.. overall summer sedap.. walopon hanya 2-3 menu yang ada masa tu.. tu pun lebihan cikgu cikgi yang makan pagi tu.. tapi masih ada rasa la.



Unexpected betul la.. aku dah terbayang makanan yang sedap sedap tau..like ketam berlado…uhuk.. udang sambal… rendang..(hamboi).. sampai sampai… ada 2 jenis lauk yang simple jer… tongkol gulai kuning, bawal sweet sour (kot).. pastu ayam goreng.. itu jer.. pastu ada la salad sket.. sayur pun takder.. kitanya kitorang sampai cepat sangat. Tak sempat nak goreng sayur.



Tapi takper la.. at least ada gak harapan kami nak makan menu lain selain sayur celur , ikan sambal. Ingat lagi masa mula mula diorang (orang lama aka tender lama) ambik alih masak kat kanting setelah 2 orang bibik mereka meresignkan diri. Nasi tak cukup, lauk tak cukup, gulai terlebih masin. Pastu yang paling best… hari-hari goreng pisang, goreng keledek, goreng keropok. Naik jemu anak tekak nak telan. Tapi nak buat camner. Hadap jer la. Lagipun itu jer pilihan yang ada. Harap-harap lepas ni banyakla sikit pilihan yang ada kat kantin.

Orang baru ni harap harap kena la ngan selera anak tekak aku.. yang penting garam mesti ada… jangan wey..garam tu penting.. kalo tak penting takkan orang sanggup tukar ngan negeri kan?…

Ekceli orang baru tu dah lama meniaga kat kantin sekolah rendah Cheras Jaya nun. So diorang memang lama la dalam bidang ni.. Harap harap la takder la masalah berbangkit pasal tak cukup makanan, makanan tak sedap lepas ini. Lagipun diorang dah cakap masa pegi testing makanan semalam.

“Buatlah macam sedara.. Korang nak makan apa bagi jer cadangan”

Ermmm….

Kak.. Nasik Mandi yer……besok kalo dapat makan nasik hujan panas best jugak kak erk?

Friday, April 6, 2012

Dah Besar Rupanya...

Assalamualaikum..

Pic ini mengingatkan aku pada sesuatu....

Dah tua rupanya aku.. anak pun dah makin hari makin membesar... Aku plak makin hari makin meningkat usianya.


Kalo bercakap ngan dia macam bercakap ngan seorang kawan...
Ermm budak sekarang.... Mudah tangkap.. Bijak..itu situasi kat rumah sendiri..... Tapi apa yang merungsingkan..

Kenapa dalam kelas dia takleh nak fokus... suka mengelamun..

Apakah ini tanda-tanda Disleksia..?

Tolong.. Saper yang tahu pasal penyakit ini.