Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, March 7, 2012

Majlis Sanding Ana Almas

Assalamualaikum

Sebelum panjang lebar aku bercerita tataplah dulu wajah pengantin yang very the gojes ini. Cantik plak aku tgk baju dia pakai.. Walhal malam nikah tu aku dah tgk tergantung kat dalam bilik…. Lahai tak lawanya baju nikah Ana.. Tapi bila dipakai, dihias dengan bling bling kat kepala tu barulah terserlah ayunya.


Macam yang korang baca dalam kisah sebelumnya.. Majlis Nikah aku termiss…

Sanding Ana pun aku ter miss jugak.. frust giler… baru jer berangan nak ambik gambar atas pelamin dengan pengantin. Sampai sampai pengantin dah takder atas pelamin.. renjis renjis dipilis pun dah settle. Tinggal hanya ni jer… pengantin tengah minum air atas pelamin. Dahaga sangat. Sibuk melayan tetamu la tu. Nak jugak aku naik pelamin,



Berbalik pada sambungan citer semalam, naper aku lewat ke majlis sanding Ana.

Takyahla nak teka keter mejedis tu buat hal lagi eh…salah… Ekceli yang sebenar-benarnya ini adalah kesilapan daku sendiri.. yer aku betul betul menyesal… (bunyi cam serius jer)… Gini citernya…bangun kemain awal lagi ya… siapkan anak-anak sumer..bekfes awal awal lagi.…sampai masa maknya yang nak melaram…OMG.. baju takleh masuk…..sudahhhh….stok baju baru memang tak standby baju raya bulan 8 tahun lepas dah macam sarung 2 bijik nangka, bukab sebijik tapi 2 bijik…. Ketat ya amat yooo… spot area biasanya…kat mana lagi kan.. vontot la…... Yang aku tak boleh terima…tang perut tu tak boleh masuk ..KANTOI. Baru setengah tahun baju saiz M dah tak boleh masukkkk… menggigillll…. Tak boleh nak terima kenyataan badan dah mengembang.. cuba baju lagi satu.. sama jugak.. atas bawah kiri kanan belakang depan sumer terbonjol dengan lebihan isi. Nak tak nak kenalah ajak drebar pegi carik baju lain, sebab aku dah takder baju nak pakai dah. Apa lagi..dalam pukul 11 kuar umah pegi kedai cari baju kurung saiz besarrr punya.. Gila sadis betulll. Tapi kena gak terima hakikat…..

So macam biasa la.. kalo dah ke kedai… belek tu belek ni…yang tu plak nak cari hendphone..yang ni plak nak cari baju kerja…sudahnya dekat pukul satu baru sampai umah pengantin.try tu try ni sumer tak kena.. Sampai sampai sana rombongan pengantin lelaki dah nak habis makan. Terlepas plak peluang nak tengok Ana atas pelamin. Keciwa lagi.


Takper la.. Dapat tengok gambar kat beg goodies pun jadilah. Kalo dapat beg macam ni nak buang pun rasa macam tak sampai hati. Simpan jer la buat kenangan hari tua.



Tapi sifu aku sempat plak ambik gambar ngan pengantin. Aku pun dah macam takder mood bila sumer plan tak menjadi ni. Dengan anak anak yang tak dengar kata. Makin dilarang makin dia nak buat. Lepas satu satu gula-gula yang atas dulang tu dia ambik. Sudahnya aku ambik satu bekas simpan kat tempat tinggi sket. Padan muka. Kan kalo aku tak simpan blom sempat pengantin nak merasa tgk bekas dah kosong.. Apa celopppp.



Pic dengan mak aku pun tak sempat nak ambik. Diorang tengah sibuk nak berangkat balik Kelantan. Datangnya Jumaat Malam. Sabtu petang dah sibuk nak gerak balik. Kalo aku baik tak payah datang. Buat penat sakit urat adalah. Pastu dengar citer plak diorang sampai sana dalam pukul 4 pagi. Pukul 5 gerak dari sini..bayangkan 12 jam atas jalan saje. Dengan anak kecik lagi. Paham jer la budak.. mesti nangis punya. Pastu kisah Majedis tu pun tak habis lagi. Wiper hari tu pun tak repair lagi sebab nak balik repair kat kampung. Itu lah yang menjadi sebab musabab naper sampai 12 jam diorang kat atas jalan raya. Mesti anak dia yang jadi wiper sekali lagi. Aku pun dah dapat rasa mesti pakcik aku dah serik nak datang sini lagi.

Pastu petang nak balik tu kami anak beranak dah bingung.. Ajeed dah tinggalkan kami .. Siap makan sumer dia dah gerak pegi kerja. Sudahhh..satu hal lagi nak mintak tolong saper yang hantar… Sementara tu marilah anak-anakku kita bergambar tepi longkang sekali lagi. Heran aku budak sekarang… Pandai jer buat tangan macam ni bila bergambar. Aku tak ajar pun dia buat macam tu. Pengaruh luar senang sangat meresap masuk dalam kepala hotak diorang. Kesian si kecik aku tuh.. Terpenyek kat tengah-tengah.



Nasib baik ada sorang sepupu aku yang kat situ sanggup hantar aku balik rumah. Kalo tunggu Ajeed maunya pukul 10 11 baru dia balik kerja…Sooo tebalkan muka kejap mintak dia tolong hantarkan….
Sebelum balik tu… perempuan muka ketat a.k.a pemilik blog mau tayang muka . Biar muka ketat takper jangan baju yang ketat. Seksa zahir batin..Susahnya nak kontrol makan malam ni..Korang ada petua tak?



Pic masa sanding takder banyak sangat. Ini jer yang ada.. InsyaAllah kalo ada sumber yang boleh bagi kredit boleh aku upload lagi. Wassalam….

2 comments:

AmieyNah Mie... said...

best nyer tgk...kak anie...upload ag pic kt blog..heheh

aCik Anie said...

nak upload tapi stok takder.. yer yer ana cakap nak bagi pic...