Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Tuesday, March 6, 2012

Majlis Nikah Ana Almas

Assalamualaikum…
Fuhhhhhh… Tarik napas dalam dalam… Firstly , syukur banyak-banyak sebab 1 idea sudah maliii lo….. Ke-2nya aku nak ambik kesempatan kat sini nak ucapkan selamat pengantin baru buat Cik Puan Ana Almas , Semoga berbahagia seadanya dengan Tuan Muda Zul yer.



Alaaa…. Setakat gaduh gaduh manja ni.. muncung muncung mulut sampai boleh gantung hanger tu biasa jer. Ingat.. mana ada bahtera yang tak dilanda badai. Cuma peranan nahkoda tu yang penting sebab tanpa nahkoda yang cekap, bijak, waras akal fikirannya maka tersasarlah kapal itu dari haluan yang sebenarnya.
Ok.. sila tarik napas dalam dalam untuk kali yang ketiganya sebab entry yang bakal korang baca ni gambarnya banyak ya amat. Kalo rasa tak sanggup, mata dah klabu asap silalah log out la cepat cepat yo….ambo tak marah.

Ekceli sebelum aku membebel panjang lagi lebar ni (adaaa lagi) aku nak mintak berbanyak banyak kemaafan sebab tak dapat meraikan hari bahgia bersama-sama dengan pengantin baru. Biasala kita hanya merancang. Tuhan yang menentukan. Serius aku cakap dari hujung tahun lepas lagi dan timbul rasa excited. Tak sabar nak tgk Ana kawin.. nikah. Lastly apa sudah jadi. Malam nikah dia aku sampai rumah dia dekat pukul 12-30. Sebab apa?… terpaksa redah jam pi ambik pakcik aku dekat Jalan Loke Yew. Terkandas kat sana sebab wiper dia rosak plus dengan hujan lebat, plus lagi dengan dia yang tak biasa datang KL. Plus lagi dengan jalan jam. Sooooo apa jadi korang fikir jer la sendiri. Sampai orang kiri kanan boleh gelak bila keter mejedis ada wiper manual. Terpaksa sepupu aku bukak atap keter yang kat atas tu, 2-3 minit sekali dia keluarkan kepala lapkan cermin untuk bapak dia, almaklum dah la malam… nak nak baru sampai KL lak… Sadis betul kan.. gelak setan jer orang kiri kanan bila nak bayar tol. Sudahya sampai sana majlis dah setel. Lauk pauk pun dah licin. Tinggal acar nangka ngan sayur jer. Pastu adalah skit skit daging yang tinggal … seketul 2 jer.. buat lekat celah gigi .

Ok..takper la… besok majlis sanding dia awal awal lagi aku nak datang. Lagipun umah dia dalam 5-10 minit jer… Alih alih tak dapat datang awal jugak jugak… Korang teka sebab apa…

Itu nanti aku citer dalam entry lain.. settle yang ni dulu.

Ok la.. stop jap citer pasal tuan blog.. Masuk citer Bab Ana Almas kawin jer. Cantik bebenor aku tengok si pengantin. Sekali tengok macam Twinkle Khana.. 2 kali temgok macammm buah kana.. hehe.. gurau jer. Tapi serius aku cakap dia betul betul very the gojes looooo…. Cantik. Untungla si Zul tu dapat tangkap dia. Wa tabik spring…





Ini plak sebahagian dari hantaran untuk belah lelaki. Lupa nak kira berapa dulang. Nampak cam boleh tahan gempaknya. Belah popuan aku tak sempat nak membelek. Sampai dah lewat.





Dalam bilik pengantin plak… wahhhh tersergam indah dengan set katil yang bersaiz RAJA punya… lampu lampu hiasan yang memang nampak lawa sangat. Kena la dengan set katil dia tu.




Pelamin dia pun lawa gak.. Cuma masa nikah malam tu dia blom leyak kerusi lagi… nikahnya atas bantal jer.. Janji sekali lafaz jer yer….



Selesai akad nikah . Selamat sudah Ana menjadi bini kepada Zul. Alhamdulillah. Dah jadi bini orang.. peranga pun kena la matang sket. Silalah salam dengan kluarga belah belah suami yer. Jangan pandang ngan senyum jer….Pointer kena jaga. Jangan turun naik. Hehehe.


Kusyuknya pakcik aku bercerita. Kitorang bahasakan diri dia AyahNgoh, dialah bapak sipengantin ni. Sebelah dia tu nenek aku, mak pakcik aku tu la.. Yang belah kiri tu makcik aku. Apa yang diorang bercerita tu gamaknya erk.



Ceria bukan kepalang lagi nenek aku bila dapat jumpa anak kesayangan dia. Yerla orang tua.. jumpa anak sekala skala. Tuhan jer yang tahu betapa gembiranya dia. Dah tua tua macam ni bukan wang ringgit yang menjadi dambaan. Kasih sayang dan sentuhan anak tu lagi berharga.



Saper lagi lawa .. pengantin ker bulan mengambang tu yang lawa. Aduhhh.. slah satu sebab malas nak update blog ni la. Nak upload gambar muka sendiri kat blog pun dah tak lalu. Apa lagi korang yang tengok kan…Tapi jangan…..



Jangan Kau Pandai Bunga Yang cantikkk..
Kerna ia biasa menghancurkan….

Cehhhh… Ramli Sarip u… ntah betul ke idak lirik dia .. aku main hantam sajer. Tapi macam takleh lawan sifu aku la. Sifu Makan Banyak… Makan suku pinggan jer nasik..tapi 10 kali tambah.. Kirala berapa pinggan. Inilah dia Sifuku….



Tunjuk Ajarku Sifu….

Mari anak anak kita bergambar…. Hafiy pun dah makin bulat kan. Macam saper lagi. Aku la plak yang jadi sifunya.



Baju biru yang sebelah kiri tu mak si pengantin.. Yang baju hijau sebelah pengantin tu sepupu sepapat kitorang la.



Ekceli gambar ni kebanyakkan kredi dari sepupu aku yang baju hijau tu tadi. Mintak izin yer kak masuk dalam blog saya. Yer la. Hanset aku ni canggih sangat. Nak kuar dalam beg pun segan Biasala IPUNG 10s. Limited Edition … :)

Ni baru gambar nikahnya.. Gambar sanding aku akan upload kemudian. Kalo rajin la.

Eh…mesti kena rajin..sebab aku nak tunjuk gambar muka selebet aku pakai baju baru saiz besar……hehe.. tunggu yo.

Thanks for reading...

No comments: