Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, March 20, 2012

Kalo dah start menulis……..

Macam ni la..
Assalamualaikum..

Pagi ni jadi cekgu besar sekali lagi.. hehe...bangga .. banga...selagi tak siap keter tu selagi tu la aku jadi cekgu besar. Ajeed pangkatnya tinggi sket la, Tuan Pengetua... :)



Semalam aku ada terpikir satu tips.. tips nak bagi idea datang. Anda hanya perlu tutup mulut.. tak banyak sembang.. gerenti idea datang mencurah-curah. Kalo tak percaya cuba. Jenis aku ni tak suka pendam kalo ader citer-citer best.. gossip pun termasukla. Tapi part gossip tu takyah la nak beriya sangat nak cerita kat sumer orang. Tak perlu ghairah nak bergossiip sampai summer kerja tak jadi, kan benda lain yang datang. Lagipun buat apa sibuk sibuk nak bergosip.. citer pasal orang, komplen pasal orang ni.. Walhal diri sendiri yang banyak tak betulnya. Betul tak?



Semalam balik kerja ..terus pegi ambik budak berdua tu. Aku tengok pokok yang tumbang kat taska hari tu dah pun diorang tebang. Tinggal tunggul jer.. Elok la.. Aku rasa hari tu diorang nak tebang. Tapi mungkin kos dia mahal kot. Tu sebab dia tunggu pokok tu tumbang sendiri.. hehe.. jimat kos sket.. Yer dop?… Opsss hamba tergossip kejap…



Ekceli takder la gitu.. aku saja nak menambahkan perisa kat entry ni jer. Kan korang baca pun naik bosan…Tapi kan aku pun tertanya-tanya… ada lagi ker readers yang baca blog aku ni. Yer la dahla tak berilmiah pastu asyik citer merapu meraban jer. Tapi harap-harap adalah lagi insan yang sudi mendengan rintihan jiwa lara hamba ini.. uhukssss..

Ok la… tak nak cerita panjang lebar.. apa yang penting aku nak blog ni terisi dengan cerita-cerita yang boleh aku jadikan satu kenangan yang terindah suatu masa nanti. Hanya untuk diri sendiri, anak anak.. Ajeed?…. pandang pun idak…. :)

Macam dah lama jer tak buat entry jalan jalan cari makan..... stok gambar/ citer tu ada.. tapi masa takder..ahhh.. nanti nanti la...

Wassalam..

No comments: