Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...



Sempena dengan Bulan Ramadhan yang bakal menjelma besok hari, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua readers cikanie's Blog ni. Kalo ader tersalah cakap atau terguris perasaan tanpa saya sedari... ampunkan saya.

Semoga setiap amalan kita akan diterima oleh-Nya dan dijauhkan dari segala godaan setan bertanduk, diharap tahun ni dapatla kita menambahkan amalan sunat yang lain. InsyaAllah..

Opss lupa.. paling penting harapnya puasa tahun ader kelapangan masa nak berterawih berjemaah bersama ngan jiran setaman (tahun depan tak dapek) paling tidak pun dapat bertadarrus kat umah ngan suami dan anak anak pun dah OK... InsyaAllah.

Saturday, July 30, 2011

Shopping Jom

Assalamualaikum..

Aku jamin kerat kuku 10 jari ramai orang kat Pasaraya sekarang. Mana-mana pasaraya pun gerenti diorang tengah soping barang keperluan sempena nak menyambut poser kan?..setuju tak?.

Moh la sama sama kita pun menyibuk skali beli barang last minit.
Gerenti ayam kat kedai Wak SoldOut...
Giant taknak la.. Mahal..

ok.. misi beli baju raya pun lom settle lagi..Mana satu nak settle ni...

Friday, July 29, 2011

Beli Durian Dapat yang Stok Buat Tempoyak Plak

Assalamualaikum..

Walaupun hidup aku bergelandangan sekarang, tapi itu tidak bermakna aku melupakan dunia blog. Petang ni harap-harap dapatlah aku lepak kat meja sendiri. Tapi tengokla..

Semalam hasrat terpendam Ajedd nak makan durian tercapai jugak. Tu pun sebab dah kempunan giler giler sangat dah.Kali pertama nak beli.. aku tahan... kali ke-2 tahan lagi..

Tahan la dulu.. sebulan lagi...



Kali ke-3...beli jer la...dah nak makan sangat. Nak tahan tu Sebulan lagi... Raya nuh baru dapat makan. Konon tak puas hati..bayar mahal dapat sket. Kalo makan doyan kat kampung free…pastu dapat yang gred musang king tuh. Tapi kalo nak bayar sket ko sanggup ke dapat stok doyan yang layak dibuat tempoyak . 2 longgok 15 henggit.

Kopek sebijik..
Ermmmm ok..walopun isi putih ..tapi pahit manis tu masih terasa...sedapppp....

Kopek sebijik lagi.
Reject....sah sah dah ternganga
"Wakk..yang ni buat tempoyak.."



Kopek biji yang ke-3..
Reject.. tempoyak lagi...

Kopek bijik yang ke-4..
Ader ulat plak... buangggg...



Kopek bijik yang ke-5..
Boleh la.... Makan sulas 2... Pastu Ajeed cakap..
"Awak nak buat tempoyak pun boleh la yang ni...dah berair sangat"

Abih dah sumer buat tempoyak.. Berapa bijik jer yang ok bang oiiii...
Sudahnya...dapatla tempoyak 1 tupperware.. simpan dalam peti.. Nak makan budu jangan dilupa.. Taruk tempoyak tu skali.



Pastu ada la balance 2-3 bijik.. Ajeed cakap...

"Nanti kopek sumer isi dalam petiais buat bubur doyan"

Hampesss.. nak dapat bijik yang fresh lagi pejal giler dalam 8 bijik tu memang mustahil giler la.

Itulah habuan yang kami dapat dalam RM15 henggit. Sebab tu ada orang yang alah membeli tapi menang memakai, tapi takperla... aku sanggup memang membeli , tapi alah memakai sebab sebulan lagi bukan takat D24, musang king, bapak musang king sumer ader kat kebun mak aku... memang terbaikkkk...fresh dari dusun..

Cuma aku kena tahan sebulan jer lagi...sebulan jer...

Thursday, July 28, 2011

CPU Rosak

Assalamualaikum..

Sekarang bersiaran secara lansung dari IT department.
Terpaksa hidup bergelandangan..cari PC yang takder tuan. Tak tahu la CPU aku tu boleh siap bila...

Tunggu jer la

Wednesday, July 27, 2011

Resepi | Pulut Ikan Masin

Assalamualaikum...

Nampak sangat ketandusan idea. Cara nak buat Pulut Ikan masin pun nak tepek resepi. Hehehehe...gelak..gelak..sila gelak secara berjemaah.

Ekceli beberapa minggu lepas kebetulan nak tekak jinjang aku ni terasa sangat nak makan ikan masin ni. Kebetulan pulut beras pulut ada. Cuma beli kelapa parut ngan ikan masin jer la. Nak dapat ikan masik fresh segar bugar kat sini memang tak dapek den nak nolong la. Yang ada ikan masin hapak. Tu pun tak brapa pasti made in mana.. buat ke Pulau Ketam mari... nauzubillah... dah selamat masuk perut aku. Sooooo untuk mendapat keafdhalannya pastikan ikan masin tu datang dari Negeri Cik Siti. Baru cukup sifat Halalantoyyiba.

OK... saper terasa nak makan ?.. JOm... korang kena beli :

Pulut 2-3 pot kecik.
Kelapa tu seeloknya ambik yang kulit masih hidup @ hijau gitu..
Ikan masin..


Saper tak pandai tanak pulut?.. Kalo taknak kasi keras, masuk air banyak banyak dulu. Pastu bila dah menggelegak..ambik buang jer la air tu.. Pastu keringkan dengan api yang sangat perlahan.

Satu lagi pasal kelapa.. kalo kat sini nak dapat kelapa yang kulit hidup tu memang tak dapat la..macam ikan kering fresh tu la jugak. So nak taknak korang kena pegi kedai pilih sendiri kelapa yang paling muda, biasa sabut kelapa warna putih susu, bukan warna cokelet tu. Opss..lupa nak cakap, kelapa tadi korang mesti gaul sama garam baru terasa lemak masinnya. Kena plak ngan ikan masin tamban..fresh giler... tak ke meleleh air liur tu....



Tergoda tak?

Wordless Wednesday

Pelakon Air Mata..



Anak ibu la katakan.....

Tuesday, July 26, 2011

Perasan Muda Kunun… Pui..

Assalamualaikum..

Yess…. Sumer dah settle.. NCR dapat 2 jer..yg lebihnya oservartion. Nasib baik ISO tak kena charge ape aper. Cuma lepas ni kena prepare report & follow up dept yang terlibat jer la. Diorang ni liat… Macam pahat ngan penukul. Kalo tak tanya…nak audit tahun depan plak baru diorang prepare.

Ini kejadian sebelum closing meeting.



Kisahnya macam ni, kat opis aku ni Admin punya Executive baru jer resigned. So adalah datang orang baru , tapi bukan untuk post yang sama tapi Senior Officer. Pandai management cut cos kan?… So sat tadi aku ada send email untuk sumer orang pasal closing meeting untuk audit hari ni….konfiden jer aku cakap…

S….. Nanti meeting ajakla Kak H skali..Nanti lepas ni dia yang kena handle..so dia pun wajib tahu.
OK la…


Perasan tak, awal awal lagi aku panggil dia kak…. Poyoooo jer, Pastu selang beberapa minit aku call budak Admin yang lagi sorang..

Kak H tu berapa umur erk..nanti Kalo panggil H sajer kan nampak kurang hajar plak..
Ermmm jap nak check…………….. tahun 80 kak..


Haaaa…… terkejut aku.. nasib baik aku tak deret cakap kat dia suh join skali meeting tu. Kalo tak mesti dalam hati dia cakap…

Gedik muda la dia…. Tak sedar diri….

Den malu woooo…. Mati mati aku ingat dia lagi tua..opsss berumur dari aku. Tapi hakikatnya dia 3 tahun muda dari aku.

Kini baru ku tersedar… lamanya aku tumbuh berakar kat kompeni ni.. Agaknya sampai pencen kot aku kat sini, selagi Ajeed tak dapat tittle Datuk ke Tan Sri ke, dudukla ko berakar kat sini.

Takder ker akak-akak yang nak panggil aku adik anie… terasa sket diri dihargai..puiii….

Nak Bergurau Katanya

Assalamualaikum..

Sekali lagi curik curik bersiaran. Hehehe...

Audit masih berjalan lancar, cuma jap tadi diorang stop kejap sebab diorang kuar lunch. Kalo sumer kerja ikut procedure apa nak risau. Yang buat kita risau dan BENCI audit sebab kerja macam kilang Budu. Sumer main hentam kromo. Orang buat procedure taknak ikut. Setengah staff tu agaknya procedure tu tak tahu menatang menda. Apalagi nak khatam...jeling pun tak pernah. Bila tiba time audit mula la.. Ada yang MC, ada yang awal awal lagi ambik cuti. Ada yang hilang buat buat bz pun ada. Macam macam ragam manusia ni. Jangan plak ada yang terasa. Aku cakap ni secara general.

Ekceli aku nak citer pasal Hadif. Terpanjang plak citer pasal audit ni. Semalam macam biasa la. Habis kerja Ajeed jemput aku then kami sama sama jemput anak kat taska. Semalam kami terlewat sket. Hampir 6-30 baru sampai taska. Kebetulan Ajeed ada hal kat Labu N9. Tu sebab dia terlewat jemput aku.



Sesampai kat sana tengok Hadif menonong keluar dengan Baju terbalik.

Naper pakai baju terbalik ni..
Dia asyik nak bukak baju jer...


Dalam hati aku...(bengongggg). Nak bergurau pun biarla logik sket. Ingat anak aku tu anak patung cendana ker?. Suka suki ko nak pakai baju pesen mana. Ker dioraang dah start nak pulau anak aku. Macam macam aku pikir sekarang. Kan kalo aku cakap lebih lebih ada plak yang kata aku emosianal.



Kalo korang boleh terima tak gurauan macam ni. Aku takder la nak sound dia. Cuma aku bertanya jer. Aduhhh... aku pening dah pikir ke mana hala aku nak letak annak aku ni. Bukan taknak letak kat tempat lain. Tapi ingat senang ker?.. Kena servey dulu, tgk budget kami plak. Pastu yang paling aku pikir pasal diorang la. Yer la kat taska dah ader kawan. Dia pun hepy kat sana. NAnti kalo pindah tempat lain. Buatnya dia susah nak terima keadaan/ suasana/ kawan baru. Kesian plak.



Takper la. Gini... selagi benda yang diorang buat tak melampaui batas aku OK la. Aku anggap jer dia pakaikan baju anak aku terbalik tu sebagai gurauan. Takper. Bukannya sakit pun kalo pakai baju terbalik. Tapi kalo melibatkan kecedaraan ker, kecacacatan ker..mungkin masa ni aku akan bertindak. Sekarang aku fikir secara rasional la. Tak perlu nak melatah lebih lebih.

Ker cara aku ni slow sangat..? Tapi ini ta bermakan aku tak sayang anak.. Flexible OK..

Mintak Maaf Tuan Auditors

Assalamualaikum...

Bersiaran secara langsung dari meja aku. Auditors dah habis audit kat sana (Shah Alam). Dengar citer kat sana banyak item yang kantoi. Memang patut pun, sebab kat sana memang kerja nak tak nak jer.Reject pun melambak. Maklum kilang jauh tercorot Soooooo kita enjoyyyyyyy.

Ekceli hari ni audit kat sini plak (factory 1). Semalam factory 2 (Shah Alam). Macam biasa la.. procedure biasa diorang. Jalan jalan carik pasal nak bagi NCR. So sementara diorang roundthekilang apa kata aku membebel kejap kat sini.

Minggu lepas aku balik Klang kan?. Umah MIL. Biasala sebulan sekali wajib balik sebab abang aku tu pemegang amanah duit pencen FIL aku. Kalo kami tak bawak balik macam mana mereka nak beli makan. Wolopun anak anak diorang ader bagi duit tapi untuk beli makan diorang tetap guna duit pencen. Duit yang anak diorang kasi tu tersimpan kemas/kukuh kat dalam ASB. Tapi balik hari tu aku dah tau tempat rahsia FIL aku simpan duit.

Masa balik hari tu Ajeed ader citer balik besok nak singgah beli tilam. Mak dia pun offer la suh Ajeed ambik tilam kat situ jer, sebab tilam kat sana tu banyak sangat, berlebih lebih. sooo takyah la Ajeed beli tilam lagi... Save budget anak dia jugak kan?.. Masa nak angkut tilam tu masuk keter...

Bahh.. ader duit la..
Yer la.. duit aku la tu.... (jawab FIL aku)


ooooo sekarang baru aku tahu tempat rahsia diorang. Bawah tilam rupanya...hehe.



Masa kitorang OTW nak balik Klang hari tu menyinggah la kejap kat Speed nak beli stok susu bebudak ni. Bukan apa..kat Speed ni jauh lebih murah dari Giant. Jangan la beli susu kat Raksaksa ni. Mahal giler. Cekik darah nak untung. Dyper pun sama. Biasa kitorang beli stok dyper kat MyMaidin jer.. sebab kat sini jauhhhhhh lebih murah. Beza yang sangat berbeza dari Pasaraya Raksaksa ni.



Dah siap beli susu kebetulan lalu depan abang yang jual Ayam Golek kat Seksyen 7..

Jom kita beli ayam golek.. Abah mesti suka ni..
Boleh gak...


Abang yang biasa jual tu takder plak... yang tukang jual pun orang lain.. Nak tak nak beli jer la. Dah alang alang sampai kat situ kan? Tengok ayam pun macam tak berapa nak masak lagi. Tapi dah malas nak menunggu bungkus jer la. Bila dah sampai kat rumah.. macam yang dijangka la.. Tak sesedap yang biasa.. ayam kurang masak sket, pastu rasa perap tu tak berapa nak masuk...tawar heber jer.

Ini mesti orang lain yang jual ni. Bukan abang yang biasa. Tapi FIL aku tetap cakap sedap jugak. Tapi siyes... abang yang biasa tu lagi sedap.. ayamnya la....
Tapi dalam tak berapa nak sedap, habis jugak sekor. Aku makan beberapa kerat jer. sebab dari rupa fizikal pun aku dah tahu ayam ni tak berapa nak sedap.. (mcm pro sangat).

OK la.. auditors dah masuk balik ofis. Aku kena standby. Kot kot dia mintak document aper-aper. Huissss..muka serius giler...tapi tatap montelllss...comelsss gitu.. Tak caya?... tgk nih..



Wolopun muka strict sket, tapi tatap nampak comelsss...

bye...

Monday, July 25, 2011

Semua Berjalan dengan Lancar...

Agaknya kot..hehe

Assalamualaikum...

Cepatlah berlalu duhai jam.... aku dah pening berlagak banyak kerja kat opis ni..Auditor kat tempat lain. So takder kerja la sekarang, cuma standby untuk besok jer la.

Ekceli hari ni bermulanya External Audit kat kilang aku. Agaknya semuanya berjalan lancar la kot. Harap harap. Aku pun tak tahu sebab sekarang diorang tengah audit Prod 2 (Factory 2)...Nun jauh di Shah Alam sana.



Kilang kita bukan yang atap zink tu tau... Walopun kampeni kita tak se gah kompeni yang besar besar tapi takder sampai ghupa itu.

Ok.. sabtu lepas kan aku ader plan syok sendiri. Konon sabtu nak pegi beli baju raya kat Klang, Ahad plak nak pegi Melaka, kenduri kawen adik my biras hehe. Untuk makluman.. 2-2 tak jadi. Sesuai la dengan nama plan syok sendiri.

Sudahnya kami ke Seksen 7 ni haaa.... dekat bebenar jer dengan rumah kami. Nak merasa soping baju raya jauh sket nan ado. Tapi takper la.. at least baju budak berdua tu dah langsai. Gedebak gedebuk 3 rat habis..dapat 2 pasang sorang. Yang bestnya 1 item dia tak bilkan.. rege baju tu 35 henggit... rugi dia. Tapi aku nak nak bayar balik. Kesian dia..baru 2 minggu bukak kedai. Dah rugi 35 henggit.

"Alllaaaaa apa salahnya ko diam jer.. 35 henggit jer (bisikan setan)..."

Tapi tak boleh...alasannya sebab tak elok la kan.. macam ko curik jugak la. Satu lagi sebab aku nak pi lagi lepas ni kedai dia.. sebab kedai dia memang the best.. baju lawa lawa. 30% discount lagi. So kalo aku tak pulangkan balik duit dia takkan aku nak buat muka tebal..terhegeh hegeh pegi balik kedai dia tanpa rasa bersalah. Sanggup ke?Tak boleh...aku MESTI pulangkan. Lagipun aku tengok budak yang jual/ ker tauke dia tu muka innocent jer, baik lagi..ramah plak..siap bagi disakun sampai 100 henggit. Tapi ikhlas aku cakap.. kalo kat pasaraya aku buat senyap jer. Saper suruh ko cuai. Sendiri tanggung la.

So sekarang ni tinggal baju mak bapak ni jer la yg belum beli.. baju anak dah settle..opss lupa..baju melayu blom lagi. Nasib baik Ajeed tak nak baju melayu. Jimat 90 henggit. Baju maknya...ermmmmmm 2-3 kedai dah terlintas kat kepala hotak ni. Rege lom servey.. Baru servey kedai. Sekali masuk kedai terus pengsan. Rege mahal sangat. Hehe.. Takper.. janji ko masuk..beli tak beli belakang cerita.

Korang camner... dah start list budget ker... Ke main hentam kromo macam aku gak..
Rembat jer apa ader depan mata , janji lawo... Apepun budget untuk raya tetap ader..cuma lebih ngan kurang jer la.

Alhamdulillah... segala rezeki hanya dari MU Ya Allah. Takder duit pun aku bersyukur..ader duit..lagi aku bersyukur. Cuma untuk bermewah-mewahan tu tak dapek la.

Penemuan Tengkorak Kat Belakang Kilang…

Assalamualaikum..

Sila pastikan kawan anda berada disebelah ketika anda membaca entry ini. Sebab entry ni teramat amat lah seram. Mungkin boleh terkena badi tengkorak.

Macam biasala.. hobi aku masa kerja kan jalan jalan cari pasal, snap sana sini, buat modal.. So aku pun kebelakang kilang la sebab nak pastikan barang barang kat area sana tersusun dengan rapi. Kan tak pasal pasal kena NCR (non Conforming Report). Hari ni ada external audit wey… Korang tak takut? Aku…aku memang tak takut pun..hehe.

Sooooo sedang leka mengemas ngemas tu tetiba mata aku tepandang satu objek yang sudah kering . Hanya tinggal rangka dan tengkoraknya sajer…saperla yang kejam ni. Nampak gaya macam kena hempap dengan benda berat. Serammmmm Wey... Terpacak bulu pahat aku… tetiba terfeeling masuk dalam movie yang dia jumpa mumia kat dalam gua tu. Apa ke nama citer tu.

Aku pun tak pasti rangka apakah ini…



Kucing ke tikus.. Kalo tikus besar sangat ni. Tapi kalo kucing ada kemungkinan gak. Bentuk muka tu macam kucing..

Ermmm… serammmm tak…?..ada yang baca sambil tutup mata intai celah celah bantal. Ker ader yang tegak bulu tengkuk bila baca entry ini.. hehe.. (lawak la sangat).

Selamat Hari Senin..

Saturday, July 23, 2011

Salam Di Hari Minggu

Assalamualaikum..

Sajer nak buat otopublish.

Ingat hari ni nak pi beli baju raya bebudak berdua ni. Tapi aku plan syok sendiri jer. Belum usul kat bigboss lagi..

Agak agak korang jadi tak aku ke Kelang hari ni... Punya la jauh nak sopping baju raya kat Kelang . Bukan apa, kalo aku guna alasan nak balik umah mak dia baru cepat sket dia bagi respon... hehe..

Bijak tak?... Ahad plak ader undangan , adik biras aku yang kat Melaka tu kahwin. Ikut hati nak pegi..boleh jalan jalan cari pasal jugak. Tapi yer la.. bak kata aku awal awal tadi la... Aku plan syok sendiri jer. Pepehal pun korang mesti tunggu entry minggu depan. Jadi tak plan soping ngan jalan jalan kat Melaka tu..

Harap harap jadi la...

wink wink...

Friday, July 22, 2011

Ke Red Wok la kita.

Assalamualaikum..

Petang baru datang idea nak bercerita. Ekceli pepagi lagi aku dah berkobar kobar nak updatenya.. aderla modal sket nak bercerita pasal ANNISA malam tadi.. Empp hampeh…. Tak dapekkk.

Saper adetengok Episod akhir ANNISA malam tadi. Touching giler.. Aku siap nangis sedu sedan lagi. Hafiy naik heran tengok aku tersedu sedan. Itupun sebab line clear. Kebetulan Ajeed kuar jumpa geng malam tadi.. Apa lagi… penuh perasaan la aku layan ANNISA. Nak nak plak si Balqis tu mati.. Aduhhhh….. Tapi yang paling kesiannya Anna la. Dahla mati laki, kawan baik pun mati gak… lagi kesian bila dapat tahu yang dia kena tipu ngan kawan baik dia sendiri. Sedih..sedih.. Kena plak ngan lagu tema Seribu Kesalan tu… bertambah tambah la kesedihan aku yang tukang tengok kat luar nih.

**********************************************************************************
OK .. pasal ANNISA dah habis masuk plak kisah AN ANIE plak. Malam tadi hajat nak gi pasar malam nak makan nasi kerabu tak kesampaian lagi. Dah la minggu lepas tak kesampaian sebab Ajeed masak sendiri nasik ayam... konon alasannya nak pegi beli nasik ayam.. dia plak yang terlebih rajin nak masak. Layan ajer lah.

Nanti kita singgah pasar malam erkk…
Tak payah la.. kita makan kat Red Wok jer..




Ermmmm..okkkk…. Sanggup tahan napsu nak makan nasi kerabu sebab Ajeed kata dia nak blanja makan kat Red Wok. Ingat nak makan steambot..nak tryyy la.. sedap ker idak. Tengok ramai jer customernya setiap kali lalu lalang situ. Sekali , datang sana perut macam mintak nasi plak… So aku pun order la NASI GORENG TOMYAM…



Ermmm bolehla.. tapi yang buat tak berapa sedap…Nasi dia dah sejuk. Kalo panas panas agaknya sedap gak kot.. Tapi sebab lapar tak tertahan. Sumbat gak la.. Sejuk pun sejuk la.



Pastu untuk basahkan tekak aku ni aku oder air limau kasturi asam boi… perghhhh kawww giler limau dia. Pastu asam boi tu dia siap blend lagi…bertambah tambah kaw la..Masam manis masin…. Korang bayang camner rasa….



Untuk budak 2 beradik aku oder fillet ikan tabur mayonis jer.. Nasik rasanya tak tertelan kot diorang. Sebab diorang ni nak main jer lebih. Itu pun 2-3 ketul jer masuk mulut. Diorang tak berapa gemar kot.. Sudahnya aku ngan Ajeed yang tukang habis. Haadif plak balik pekena ikan taucu malam tadi punya. Hafiy plak dduk balun hirup sup sayur asin babah dia.



Sup ni boleh tahan gak la.. sebab macam macam ader.. kenyang la… Kami 4 beranak memang tak habis pun nak clearkan satu mangkuk besar.



Ajeed plak oder nasik putih.. pastu sup sayur tadi..then dia oder sepinggan asparagus masak daging kicap.. ok jugak..sedappp… Pastu telur dadar yang superb…gamaknya 3 bijik kot. Tapi aku terlupa nak snap air Ajeed n telur dadar tu. Ajeed oder air stoberi.

So total sumer 55 henggit… berbaloi la kot.. sebab kami sefamily konyang tak terhingga.

Hadif macam dah berisi sket kan?…



ke mata aku yang rosak. Budak berdua ni mula mula sampai jer behave, lama lama perut dah kenyang masing masing buat hal.. satu restoran tu diorang tawaf…



Anak saper la ni… malu weyyy…

Thursday, July 21, 2011

Ya Allah, Kenapala Mulut Dia Celupar Sangat.

Assalamualaikum..

Di Pagi Khamis yang mulia ini, awal awal pagi lagi telinga aku dah berdesing … menyindir aku ker tu?..

Situasi..

Masa : 7-30
Lokasi : Taska Islamic (Islamic la sangat. Layan buduk macam Hitler)
Watak : Pengasuh Otai Kat situ, Aku , Hadif dan Debab (budak nakal kat situ merangkap kawan Hadif)
Pengasuh otai tu keluar bilik baby, terus ke ruang tamu, tengok plak debab main susu (picit-picit) putting susu sampai keluar. Kat sinilah keluar dialog yang mendesingkan telinga aku.

"Orang buat susu bukan nak minum, nak main-main, Kan kalo kurang zat kan salahkan Taska pulak.."

Masa part Kurang Zat tu aku perati ekor mata dia duk jeling aku. Wahhhhh… ini sudah lebih. Memang masa Hadif keluar hospital tu aku ada tanya Jadual pemakanan dia setiap hari. Bukan apa, senang kan bila doctor tanya jadual makan anak puan kat taska macam mana?.. senangla aku nak jawab. Kan jadi macam kat spital hari tu… Taska bagi 2 kali jer susu. Tapi aku cakap 3-4 kali. Memandai sendiri. Doktor tanya tu bersebab..sebab dia nak susun jadal yang betul untuk si Hadif. Tapi bila aku tanya macam tu diorang salah anggap plak.

Aku takder diam…aku jawab balik.. Nak kata kurang ajar. Tak hormat dia yang otai , lantak la

"Saya tanya pasal jadual makan Hadif hari tu sebab saya nak tahu… bukan saya menuduh taska tak bagi makan"


Kurang ajar tak kalo aku cakap gitu.. Lepas aku salam ngan Hadif Hafiy terus aku kuar. Ader aku dengar dia nak sembang sembang…Aku tak pandanng pun muka dia. Kurang ajar ker?.. Sampai kat motor diam lagi, masa atas motor terus mengadu kat Ajeed pasal situasi tadi. Terus Ajeed nak pusing balik tanya diorang. Tapi aku tak bagi..
Aku tak bagi sebab :

1- Dah lewat..Kang punch kad lewat plak...
2- Takut diorang layan anak aku lepas ni lagi kasar





Tapi itu tak bermakna aku mengalah. Petang nanti aku nak citer perkara sebenar..Naper aku tanya pasal jadual makan dia. Yang pasti aku nak buang salah tanggapan diorang yang aku menuduh taska tak bagi makanan yang mengandungi zat yang sepatutnya..


Astagfirullah Hal Azzimmmm………(sambil urut dada)

Wednesday, July 20, 2011

Resepi | Nasi Ayam Laki Mithali

Assalamualaikum..

Minggu lepas aku ada buat entry pasal makan nasik ayam..lakiden yang buat. Soooo itu sebab la aku taruk nama Nasik Ayam Laki Mithali ( bodek kena lebih).. baru hari hari dia masak..muahaha.

Ekceli resepi ni Mak buyung (Pn Naem) yang request. Tak sampai hati plak nak lengah lengahkan tepek resepi ni sebab tak sampai sebulan lagi dia dah tak boleh makan… Kesian kat baby nanti. So untuk tidak mengecewakan ….. Nah Naem.. ambik resepi ni… Suruh En Hubby yang tolong buat.. Lagi afdhal.

Nasi ayam ni lain orang lain caranya… Kalo nak ikut cara akak.. camni la…

Untuk Sup.



Bawang Putih & Merah
Halia.

Tumis sama rempah 3 bradik, bunga lawang , kayu manis, cengkih.. Dah garing bawang tu sumer masukkan ayam… Pastu masukkan pati ayam sket, garam dan pak aji. Jangan masak lama sangat ayam tu sebab sat lagu nak goreng kan… takut hancurrr.

Untuk Nasi..



Nak tumis pun boleh.macam nak tumis sup jugak. Campur air campur beras, tapi kalo malas ambik jer sup ayam tadi masuk dalam beras. Campur air sket campur garam sket. Ambik kepala minyak tu lebih sket. Sebab tu sup tu kena lebih sket..spare untuk nasik skali.

Untuk Ayam



Agak agak dah masak ayam tadi angkat jer pastu gaul sama kicap manis cap kipas udang..nak taruk sos tiram pun boleh…Perap sampai sebati . Sampai masa dah sebati bergaul mesra goreng guna api slow mellow jer.

Untuk Sambal



Cili besar 3 bjik
Cili Padi Merah 2-3 bijik
Halia 1 inci
Bawang Putih 4-5 biji
Cuka
Garam Gula

Blender sumer skali, taruk sos cili sket, garam , gula… Siap

Untuk Sos Kicap..

Ambik jer dari hasil perap ayam tadi..
Pastu untuk aksoseri lain… ambik salad, timun sket, tomato sket.. pastu daun sup and daun bawang…



Done.. sedia untuk dimakan..

Monday, July 18, 2011

Hilang Kempunan Aku

Assalamualaikum..

Kempunan nak makan buah doyan mak aku . Tahan napsu tengok doyan kat pasar malam. Lagipun doyan kat pasar malam ni kalo kena yang elok tu elok la. Tapi banyak yang tak elok dari yang elok. Satu lagi mahal. Tapi yang pastinya doyan kat pasar malam tak sama dengan doyan kebun sendiri.

Alhamdulillah..Akhirnya dapat jugak merasa doyan kebun sendiri. Korang ingat tak pasal sepupu aku bertunang awak bulan hari tu. Kebetulan makcik aku ada datang kan, so dah alang alang diorang nak datang sini, van kosong plak tu, apalagi tak lepas peluang la mak aku kirim buah doyan sekali , alaaa bukan banyak mana pun, adalah 4-5 bijik. Bertuah kami kat sini sebab buah tu baru jer pestime gugur. Kira kami adik bradik kat sini lah orang yang first merasa. Maklumla.. kami ni kan jauh diperantuan... diorang kat sana anytime boleh makan. Tengok la sket lagi termuntah berak buah durian la.

Pastu minggu lepas adik aku plak balik kampung. Ingat mak aku kirim la.. rupanya takder pun... sedih tau.. Mak aku siap pesan lagi..

"Jangan risau raya nanti sempat lagi korang merasa.."

Maunya mak aku nak kirim..adik aku balik naik bas.. Kan tak pasal pasal kena sumpah dengan penumpang lain. Doyan ni jangan wey... kalo naik bas mau pitam dibuatnya. Aromanya memang semerbak. So nak nak tak nak tahan la napsu nak makan doyan.


Walopun tak dapat kirim doyan tapi buahtangan yang lain tetap ader. Dekat 5 kilo mak aku kirim.. termengah mengah Pak Ngah Hafiy bawak naik turun bas. Dah itu jer buah yang takder bau... Buah rambutan pun takder yang masak lagi. Kalo ader sket sket tu mungkin dah habis la kot.. Yer la adik aku skang ni tengah cuti semestar.. Bukan main la dia...kenyang makan buah la.. Jeles bila dengar dia makan rambutan takyah kait.. hulur tangan ikut tingkap jer..

Musim ni mak aku bz la sket.. Maklum jadi tokey doyan kejap.. Buah tengah mahal...Sket lagi ko tengokla.. 30sen sekilo la jawabnya. Masa ni bila doyan dah takder nilai mak aku tukar profession.. Tokey Lempuk doyan plak... opsss tokey tempoyak sekali. Yerla.. lagi untung kalo jual lempuk.. sekilo 12 henggit.. berganda ganda untung dari jual doyan 30sen sekilo. Penah kutip pun blom tentu lepas. Belum kena panjat bukit lagi...

Tapi yang pastinya.. KEPUASAN... bila anak anak sumer dapat merasa. Itulah pesen mak aku. Selagi anak tak merasa selagi tu dia takkan puas hati. Pernah satu tahun dulu.. buah duku dia biar jer buruk kat pokok .. luruh gitu jer bila hujan jadi baja sebab kitorang tak balik makan.

Sejak hari tu walopun macam mana takder cuti pun aku tetap wujudkan cuti aku sendiri untuk balik makan buah.. Takut merajuk lagi orang tua tu..Akceli aku takut dia terasa hati.. Ambik la hati dia sket. Tu sebab bila sekali balik musim doyan gerenti memang penuh melimpah ruah bonet keter Ajeed.

Puas hati... Balik sini pagi petang siang malam..DOyan Doyan.. Doyan.. Berak doyan, sendawa doyan..kentut pun bau doyan.. hehe

Friday, July 15, 2011

Masak Sendiri Lagi Jimat

Assalamualaikum..


Semalam , ada pasar malam kat Seksyen 7, kat ofis lagi dah bercita cita nak makan nasik ayam atau nasik kerabu kat sana. Dapat salah satu pun jadila.. janji pasar malam punya. Punyala malas nak masak. Alaaa seminggu sekali jer beli pun. Tu pun time ader pasar malam jer.. Takkan tu pun nak berkira.


Nanti kita pegi Pasar Malam yer..
Allaaa lecehla naik motor ngan budak budak skali.
Allaaa… nak beli nasik ayam budak budak ni..


Pandai jer gunakan nama anak. Padahal tekak sendiri yang nak makan.


Kalo gitu balik ambik keter dulu la..
Kalo nak balik dulu tak payah la.. susah susah nak kena kuar balik plak..
Takperla.. nanti saya masak sendiri nasik ayam..lagi jimat…


Seeeeee… mithalinya lakiden. Soooo keluarlah balik pakcik tu pegi ke Giant beli bahan bahan nak buat nasik ayam tu sumer.


Saya buat ni kira 2 kali makan.. besok skali..
Alahaiii… besok dah tak sedap..
Awak ni tekak anak raja…


Terus smash down aku.....


                                                                                  Ayam ni hitam tapi sedap tau......


Takpala.. malam ni aku telan lagi la nasik ayam semalam…. Tapi jimatla 20henggit 2 kali makan 1 famili. Lauk pun ader lagi balance dalam peti ais.  Tapi kalo pegi pasar malam cuba kira..Nasik Ayam sekarang dah naik rege..4 henggit. Kalo kali 3 bukan ke 12 henggit. Nasiknya plak seciput…untuk budak makan. Orang tua memang tak cukup. Pastu tak masuk lagi belanja barang makan lain. Kan nampak buah pun nak beli, mee sup pun nak.. apam balik pun nak, korrok (rangka ayam ) pun nak jugakk.. Pegi pasar malam sumer nak, macam kebulur seminggu tak makan.


                                                       Buah boleh pilih....campur campur pun boleh

Kan jimat kalo masak sendiri. Sekali sekali bolehla piker nak beli kat luar. Tapi harus ingat… masak sendiri sah sah terjamin kebersihannya… Kat pasar malam tu belum tentu lagi dapur diorang camner… hehe..

Tepuk dada tanya hati..  
                                                                       
Tata………….

Tips | Kasi Ubat ...Dari Susah Terus Jadi Senang

Assalamualaikum..

Nak tanya ni. Anak korang susah ke senang nak makan ubat? Kalau susah ya amat..meh sini share ngan aku satu tips . Tips macam mana nak kasi anak makan ubat dengan senang. Tapi lain orang lain caranya. Tapi bagi aku cara ni adalah cara yang paling berkesan setakat ni lah.

OK.. macam korang tahu kan...kalo sakit jer memang doc akan kasi ubat. Tak kira la ko pegi klinik gomen ke..klinik swasta ke.. spital ke.. Yang pasti kalo sakit mesti doc akan kasik ubat. Tapi kalo budak cam Hadif ni camner cara nak kasik dia telan sumer ubat ni. Nak nak sekali telan kena sampai 4-5 jenis. Satu jenis pun nak settle bukan main hazab lagi.



Aku dah cuba macam macam cara, cara kasar , cara baik, cara diplomasi, cara tipu..pendek kata macam macam cara la.. Sekali pikir macam kesian plak kat dia sebab terpaksa makan ubat 5 jenis dalam satu 1 hari. Nasib baik ubat tu sumer jenis yang sehari sekali makan jer. Kalo 2 kali makan?... camner...

Lastly aku cuba gunakan abang dia. Ehhh senang plak.. lepas satu satu masuk mulut. Tak payah nak paksa dia bukak mulut... Hafiy ambik jer ubat..otomatik dia bukak mulut... siap boleh hisap lagi... Baguuuussssssssss... Senang kijer aku



So sekarang ni bila tiba time nak makan ubat jer aku isi siap siap la dulu. Pastu aku suruhla Hafiy yang bagi. Aku pantau dari belakang jer la. Kadang kadang aku jadi tukang tolak. Dengan abang dia elok jer dia menyerah kalah...alhamdulillah. Pada yang ada masalah macam ni boleh korang cuba gunakan orang ke-3. Dan orang ke-3 itu pastikan orang yang boleh dia percayai..hehe..

Bila teringat masa kat spital hari tu kesian plak. Yer la..kesian kat dia sebab gila gila aku paksa dia telan ubat. Takutla lambat sembuh..kan bertapa lagi 2-3 hari kat dalam tu. Tak sanggup aku.. Nak tak nak PAKSA.. Done..

Thursday, July 14, 2011

Test

Sajer nak test... lawa tak kalo letak besar gadabak macam ni... Sorry tuan punya badan.. Jadi bahan ujian plak.. hehe :p

Bini Tomok

Salam..

Cantiknya bini tomok kan? Macam Rozita Che Wan pun ader, Mas Idayu pun ader...


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pandai dia pilih bini.. hehe...


Psst : Sumber dari BeautifulNara

Pakcik Kayooo

Assalamualaikum..

Dah lama janji nak citer pasal anak jiran setaman aku tu kawin. Tetunda dari hari ke hari. Entah korang ingat lagi ke idak. Tapi kalo tak ingat pun acik tak marah. :p



Ekceli gini… kami bukan kenal pun pakcik ni. Agak aku la..sumer orang yang dia jumpa ataupun yang jadi customer kedai tu sumer dijemputnya kot. Korang bayangkan 3 kali kami ke kedai tu.. 3 kali jugakla dia tanya dah dapat ke belum kad tu. Kali ke-4 kami ke kedai tu masa atas motor cepat cepat Ajeed tanya aku,

Pakcik tu ada tanya lagi tak?
Takder.. naper..
kalo sekali lagi dia tanya..saya tak nak pegi
Boleh kita pegi… tapi kita bawak escort ramai ramai… lepas makan bagi jer la sploh henggit

Bini plak yang tukar ajar… hehe… Bagus tak idea ni. Tapi nasib baik dia tak tanya. Mungkin dia dah cam kot muka kami laki bini. Pastu sebelum aku blah dari kedai tu aku tengok dia bagi kad kat member aku plak. Hati tu kebetulan dia singgah kedai.

Tapi bila hari kenduri kami tetap pegi jugak. Bukan apa …malas nak masak.. hehe.. Nasib baik jugak aku pergi sebab makanan hari tu memang sedap. Ader satu family tu yang kebetulan 1 meja ngan aku siap bangun ambik nasik tambah lagi… Aku pun teringin plak nak menambah..tapi malu la plak… Tapi dia selamba jer cakap anak dia yang nak makan.. Walhal elok jer aku tengok dia suap kat mulut dia… Tapi aku rasa la.. ari tu memang tak cukup makanan la. Sebab orang yang datang bukan main ramai lagi..



Berbaloi baloi pakcik tu dapat menantu.. Pagi besoknya aku tengok dia takder kat kedai… selamba badak jer Ajeed cakap…

“Pakcik tu dah kaya kot.. sebab tu tak datang kerja…”

Ntahla.. aku perasan macam ader orang dengar jer...

Wednesday, July 13, 2011

Kawan Baru Hadif

Assalamualaikum..

Bestnya kalo tak bz kan?.. Sekarang ni peluang nak update blog terbuka luas.. Tapi disebabkan kerja melambak peluang nak update blog pun non ado. Tapi aku cuba gaklah menyelit sket sket. Lepas satu entry pun jadik la.

Macam korang tahu kan..aku baru jer balik dari "bercuti" kat spital. Alhamdulillah.. Kondisi Hadif dah bertambah baik. Berkat dari sokongan family aku yang tak putus putus, mak n ayah aku adik adik aku.. Tak putus putus tepon tanya kondisi Hadif camner?.. Dah ok ke belum. Kalo ikutkan mak aku nak jer dia datang KL tgk cucu dia. Tapi aku tak kasi.. yer la.. nyusahkan dia datang jauh-jauh.Kawan-kawan pun ader yang prihatin... terima kasih pada yang sudi berkongsi rasa ngan aku...

Ok...Sekarang ni kondisi Hadif dah makin baik sket. Batuk batuk pun makin berkurangan. Mungkin kahah dah habis kot. Nasib baik kat spital hari tu doc bagi gas 4 jam sekali. Luas sket rongga pernafasan dia tu. Makan pun dah ok sekarang, demam pun dah hilang. Aktif jer sekarang ni. Tak larat nak mengemas plak. Cuma peel dia yang nak berdukung tu masih ader lagi. Inilah yang paling aku tak tahan. Tapi takpe la....cuma aku harap berat dia naik la lepas ni.



Masa kat spital hari tu hanya tuhan jer yang tahu tahap kebosanan aku sampai mana. Nasib baik En Suami dan Hafiy tak jemu jemu datang melawat. Walopun hanya mengintai dari tirai tingkap. Yer la.. Budak kan takleh masuk. Kalo Ajeed masuk sorang, mana nak di letak Si Hafiy tu. Sooo nak taknak cakap cakap.. borak borak belakang langsir jer la. Pastu Sabtu tu plak adik aku Si Ila tu datang, siap bawak bekal lagi. Nasi putih sama daging goreng jer.. Syukurrr... 3 hari dah tekak aku ni aku paksa telan lauk hospital. Dapat makan lauk yang terasa garam sket.. Ya Allah.. nikmatnya... (hantu garam)

Tapi dalam kebosanan tu kadangkala terhibur juga dengan peel peel budak kat dalam sana. Macam macam ragam. Kebanyakkan budak yang masuk spital tu sebab demam la. Aku ingat Hadif ni dah teruk, tapi masih ada lagi yang lagi teruk dari Hadif. Melihat keletah diorang ni rasa macam terhibur sket hati. Takderla bosan sangat. Kalo tak pikir nak balik jer doplohpatjam.

4 orang budak yang berjaya mengubat kebosanan aku masa kat spital.



Iwan (7 Thn)
Masuk spital sebab penyakit gatal gatal. Ntah aper kena. Sempat jugak interbiu orang kat situ. Rupanya Iwan ni orang dari kebajikan yang hantar. Sebab dia salah sorang penghuni kat sana. Katanya ayah dia yang dera dia. Maknya dalam pantang. Itu sebab dia terpaksa diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Budak sorang ni terlebih peramah. Yer la.. sumer doctor misi kat sana dia panggil kakak abang jer. Masa Hadif kena tahan kat Ward cirit birit pun selamba badak jer dia masuk situ. Padahal kat situ pesakit lain memang takleh masuk. Kesian gak kat dia sebab takder saper pun yang datang melawat dia. Waima family n sanak sedara. Agaknya sebatang kara jer kot dia kat dunia ni. Cuma sekali sekala tu ader la cikgu dia yang dari Jabatan Kebajikan tu yang datang.



Bella (2 Thn 2 Bln)
Budak ni lagi sorang. Masuk spital pun sebab demam n muntah muntah. Sepanjang 3 hari kar ward...ya ampun.. suara dia jer yang bising. Bising sebab mengamuk nak balik. Setiap kali ayah dia datang.. atau sesaper yang datang mesti lepas tu dia ngamuk sakan nak ikut balik skali. Kadang kadang tu kesian sangat tengok kat mak dia. Terpaksa ke hulu ke hilir nak memujuk si Bella ni. Satu malam tu dia tak nak tido atas katil.. satu sebab nya kat umah dia tido boyan . So kat spital memang doplohpat jam mengamuk jerla. Sudahnya malam ke-3 tu doctor bagi pelepasan. Discharga tengah tengah malam buta. Lega sket mak dia gamaknya



Qistina (6 Bulan)
Budak sorang ni terlebih baik plak. Dia ngamuk bila kena bagi gas jer. Kena tahan ward sebab demam jugak. Asma plak tu. Kadang kadang aku tengok mak dia jeles plak. Senang giler jaga dia. Lepas jer dalam katil. Main jer la sorang sorang, puas main kan dia tido plak.. Senang ya amat jaga dia. Special nya si Qistina ni masa dia lahir dah tumbuh gigi. Budak ni tua dalam perut. Cantikknya... baby dah tumbuh gigi kan?.. Dia ni memang takder karenah. Cuma mak dia risau 1 jer.. dia suka nak berdiri dah.. siap paut tangan kat katil lagi..walhal umur baru 6 bulan.. Terlebih advance plak.



Alvin (1 tahun)
Budak ni sorang. Aktif giler.. Suka mengigit. Tak larat maknya nak melayan. Dahla maknya tengah preggy 4 bulan... Kena plak mengadap dia yang teramatlah lasak . Masuk spital pun sebab demam and muntah. Kahak banyak. Sekali dia muntah memang kuar skali la lendir lendir degil tu. Kata nenek dia..kat umah si Alvin ni jadi hero.. wahh baru masuk stahun dah jadi taiko yer Alvin.



Ramai lagi kengkawan Hadif yang sama nasib kat spital tu.. Tapi Hadif ni len macam sket.. Dia ni susah nak dekat dengan orang yang dia tak kenal. Nampak macam dia suka, tapi bila sampai dekat tak nak plak.. malu malu kucing plak kekdahnya. Sudahnya aku ni la tempat dia lepas geram . NAsib baik kamu sakit nak.. kalo kamu sihat ibu cubit cubit pipi kamu tuh.. geramsss tau...

Ok la.. tiada ayat penutup.. sila tutup sendiri..hehehe..

# Wordless Wednesday #

Monday, July 11, 2011

Percutian 4H3M Yang Menyedihkan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. masih lagi diberi peluang untuk menggodek blog setelah sunyi sepi untuk beberapa hari.. Yang pasti aku menyepi bukan sebab aku sibuk dengan BERSIH tapi aku dipaksa untuk bercuti selama 4 hari 3 malam di satu destinasi yang ..agak “ BEST GILERRRR…”

Biasanya orang lain kalo dapat cuti hepy jer.. tapi kenapa aku bersedih plak… macam pelik jer kan?.. Ekceli percutian aku jadi menyedihkan sebab aku bercuti di sini.

Pediatric Ward Hospital Kajang.



Korang kan tahu melalui entry aku sebelum ni kondisi Hadif tu macam mana kan?.. Asyik demam jer kan?.. Genap seminggu demam dia pun tak elok elok lagi.. Asal malam jer demam, asal demam jer malam sooooooooo aku nekad apa nak jadi aku kena refer dia kat hospital. Tak kisah la walopun kena ambik cuti. So pagi Khamis tu bergegas la kitorang ke spital sebab panas dia naik balik. Nasib baik tak ramai orang sangat. Menunggu jugakla tapi takder la lama sangat. Mungkin sebab terima banyak sangat komplen kot.. tu sebab diorang buat kerja laju sket kot. Hehehe.



So bila dah masuk jumpa doctor.. apa lagi doctor terus tolak masuk ER.. ambik darah n masuk air skali.. Masuk air tu sebab dia dah taknak makan seminggu. Tapi nasib baik susu nak hisap.. Kalo tak lagi teruk la kondisi dia.



BilA dah masuk ER apa lagi… meraung raung la… sebab kena ambik darah, nasib baik kejap jer di nangis, time kena cucuk jer dia nangis..pastu dah ok. Masa kat dalam ER ni suhu badan dia ON OFF.. kejap panas..jap lagi sejuk..gitulah kekdahnya hinggalah doctor putuskan untuk masuk ke ward.



Kat ward plak satu penyiksaan lagi bila dia memang langsung taknak diletak atas katil.. nak dukung jer sepanjang hari… anak..anak… Malam pertama kat spital..katil No.13, Kat sini bilik asing sebab dia disyaki cirit birit. Kat sini memang strictly patient lain tak boleh masuk. Bawak anak main kat bilik permainan pun tak boleh. Guna tandas kat luar pun tak boleh. Kena guna tandas yang ada kat dalam bilik tu jugak sebab takut cirit birit tu boleh berjangkit dengan budak lain.Kat katil 13 ni Hadif tidur dalam 5-6 jam jer. Selebihnya mengamuk nak dukung jer…. Cobaan.



Tapi untuk malam ke-2 Hadif kena pindah katil No. 10 plak, sebab doctor sahkan yang dia berak dan muntah bukan sebab cirit birit, tapi sebab kesan dari ubat antibiotik jer. Alhamdulillah. Untuk malam ke-2 adalah malam yang paling memenatkan bila dia langsung tak nak tido… Malam tu tak silap aku 2 jam jer dia tido, pastu sibuk nangis nak ajak aku kuar. Sebab apa dia nak ajak aku kuar?.. sebab dia piker yang babah n abang dia doplohpat jam ada kat luar sana datang tengok dia.. Memang malam tu langsung aku tak dapat rehat. Apa lagi nak tido .. Cobaan.



Masa kat katil 10 ni first time (kat spital) bagi gas kat dia.. Ya ampunnnn... rasanya kekuatan rontaan dia tu memang luar biasa... 3 min pertama jer ok...Rasanya nak tercabut jarum kat tangan dia tu.. Seriuuuuuu aku tengok.

Untuk Malam ke-3 sedikit melegakan sebab malam tu dia dah boleh tidor. Paling melegakan bila dia dah berada dalam area “Pesakit yang dah OK”.. Kira macam bila dah masuk kawasan ni besoknya tu memang boleh discharge la.



Alhamdulillah.. Lega…. Lagi satu malam last tu dia tido lama sket la… kul 11 dah tido. Bangun pun sebab nak susu. Aku pasang gas pun dia tak sedar.. Kalo dia sedar memang haremmm la. Langsung gas tak masuk dalam mulut dia. Kalo kebetulan ader babah dia ok la. Petang tu masa bagi gas nasib baik adik aku si Ila tu datang..



Elok jer dalam 3 minit pertama (macam biasala)..tapi lepas tu bila dah lama sket dia dah mula rimas. Aku tengok budak lain elok jer lalok bila kena gas.. Tapi dia tak.. Makin agresif.

Soooo besoknya..Ahad tu (semalam la)… pagi doctor datang check sumer dah ok la.. Kahak dah takder.. demam dah hilang. Nafas dia pun dah takder bunyi lagi. Bila doctor cakap “Tengahri anak Puan dah boleh discaj… horeeeyyyyy……. Boleh balik mandi pakai sabun. 4 hari aku kat hospital tak jumpa sabun. Kerbau mandi pun tak seteruk itu.

Lepas ni ader rawatan susulan lagi. Untuk simpton asma rawatan susulan bulan 12, sama macam jumpa pakar pemakanan.Kan berat badan dia kurang. So lepas ni ader rawatan susulan pasal diet dia. Untuk Anemia plak rawatan susulan bulan 8. Sementara ni doctor suruh bagi ubant tambah darah and multivitamin jer la. Harap harap aku tak miss la bagi ubat kat dia, doctor cakap darah dia memang tak cantik. Macam mana nak cantik kalo makan pun kurang. Harap harap lepas ni selera makan dia bertambah. Ekceli sebelum ni selera makan dia ok… Tapi bila dah seminggu demam , Itu sebabla selera makan dia hilang.

Itu jer la kot citer pasal Hadif kena admit kat Spital Kajang. Sepanjang kat hospital kami memang mendapat layanan yang terbaik dari misi misi yang baik hati. Spital sekarang tak macam dulu. Kalo dulu dengar jer nama misi...nyampahnya..sebab diorang ni eksyen semacam jer, garang lagi..kerek plak tu ..lagi satu yang berlagak tak tahan tu... Tapi sekarang tidak nak nak misi spital Kajang. Diorang sumer baik baik and ramah tamah orang. Satu lagi doctor kat sana..memang baikbaik.. suka jer tengok diorang. Kalo yang popuan tu mesti comel comel, cute cute.. yang lelaki plak semestinya ensem ensem..ganteng ganteng... Siyes aku cakap... diorang layan pesakit memang first class la. Tak caya...?.. cuba try test.

Nanti kalo ader masa aku citer pasal kawan kawan Hadif yang lain kat Spital. Ramai sangat geng kat hospital. Mau tak ramai 3 kali pindah katil kan. Nanti yer nak buat kerja sket. Maklum la cuti panjang.