Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, June 30, 2011

Tergoda Jugak Akhirnya..

Assalamualaikum..

Pagi pagi lagi dah ader orang yang berjaya menggelikan hati aku... gedik gedik geli nih... tadi aku check kat stat blog aku ni, ader jugak orang search "Tips Tips Lari Dari Rumah".. Ilmu ney wehh... Mesti kena ader tips ker? Kengkononnya nak lari dari umah secara berhemah la ni?... Lupakan lah.. sebab sekali ko dah derhaka pada mak bapak..selamanya hidup ko tak akan tenteram. Ingat tu.. Bukan marah ..NASIHAT.

Ok ..berbalik citer pasal aku tertewas dalam godaan. Tapi sebelum tu..HARUS korang tahu, berat badan aku dah turun..dari 59kg ke 56kg. Bangga wehh, berkat 2 minggu setengah tak makan nasik malam. 3kg jer pun yang turun...tapi takperla, atleast tak sia sia aku buat jadual diet hari tu. Tapi yang tak bestnya yang dagu ni. Tetap takmo turun, tetap juga berseri bak kuih lapis :)



Tapi, malam tadi plan diet aku kecundang bila sesuatu telah menggoda aku. Sesuatu itu adalah Si Jantung Pisang. Lawan dia plak sepiring budu yang siap pakej dengan asam limau, cili padi plus doyan skali. Saper tak tergoda beb... Niat hati memang taknak makan, tahan punya tahan akhirnya tak tertahan hinggala ke 10-40 malam secara tak sengaja (pui) aku kedapur...ambik pinggan konon "takperla..makan 1 senduk jer"...tapi hati jer 1 senduk..tangan cedoknya 3 senduk, pujuk hati lagi.."Takperla..skali skali"..... akan tetapi 5 minit lepas tu masuk dapur balik, ceduk lagi 2 senduk.... habis lagi .... masuk dapur lagi... 2 senduk lagi... Sudahnya korang kira sendirila berapa pinggan aku makan nasik malam tadi , hanya berulam jantung pisang dan Ikan goreng sajor...

Alhamdulillah..kenyang....
Hancus dietku dalam sekelip mata..

Ayam Golek Jom

Assalamualaikum..

Petang semalam..tetiba tekak aku teringin nak makan ayam … soooooo berkira kira lah dengan hati..nak makan ayam KFC ke atau ayam golek Seksyen 7 depan Urat Ketin tu. Minggu lepas baru makan KFC. Ahh taknak la.. Ayam golek lagi best.

Masuk jer keter terus cakap ngan Ajeed hasrat hati yang dah lama kepingin nak makan ayam golek persis bunting 3 bulan…cewaahhhh. Dia sengih ajerrrr…lagi bertambah lebar sengih dia bila aku cakap aku yang nak belanja sempena gaji baru.



Soooo apa lagi…lepas ambik anak terussss zupppppppp ke Seksyen 7. Ayam golek kat sana memang terbaekkkkk dari ladang yang pernah aku rasa la…. Tak pernah aku cuba kat tempat lain plak, mana tahu ada lagi tempat yang lagi sedap, yer tak?... boleh gak acu cuba try test len kali. Ayam Golek abang ni memang laku la.. Kalo terlambat sket jer..gerenti licin.

Ayam golek sekor…
Nak kerat beyyyy…kerat?.. erkk potong..
Aaaa..aaa..potong la….




Blur laki aku kejap… bila abang tu tanya nak kerat ker tak…. Apa daaa… buat malu bini jer… Nama jer makan budu, kerat pun tak tau ker….Maklumla...masih novis lagi.

Balik jer rumah terus dapat arahan …

Awak masak nasik segera…. Nescafe 1 jag…
Baikkkk bosss……


Rupanya dia makan ayam golek ngan nasik panas. Mulanya aku condem gak dia…Ada ker makan ayam golek ngan nasi gitu.. ratah jer la..Kan ader cicah dia tu.. Mana sedap makan ngan nasik.. Tapi sekali aku rasa…..

Ermmmm..sedap jugokkkk….

Terus suap Hafiy Hadif skali.. Malas dah nak piker menu apa aku nak masak untuk budak berdua tu malam nanti. Hafiy macam biasa la..telan ajer.. macam babah dia jugak.. Tapi Hadif haremmmm…. Rasa jer nasikk…terus uwekkkk…. Takperr…. Aku suap ayam jerrr…. Aikk makan la plak… tapi pastu dia datang balik kat aku bukak mulut. Rupanya dia hisap manisan ayam tu jer… isi dia buang.. Bijak ..bijak.. camner la berat badan ko nak naik anak oii.

Sooo dinner kami malam tu hanya ayam golek ngan nasi panas jer. Tapi aku macam biasala… konon nasik nak kurang.. tapi boleh plak aku bantai ayam tu sampai 3 ketul… erppp..gruppppppp….. alhamdulillah… kenyang… rasanya dalam peti ais tu ader lagi 4-5 ketul.. tapi part yang banyak isi la… tak laku sangat isi isi ni. Tapi hari ni gerenti licin ni.. isi pun isi la… janji sedap…. Yer dop?

Wednesday, June 29, 2011

Lupa lagi la..

Assalamualaikum..

Asyik asyik lupa.. asyik asyik lupa. Pada aku la… penyakit lupa ni nampak jer masalah kecik tapi impaknya adalah tersangat la besar.. contoh la..

Naper tak buang jer pampers ni kat dalam plastik..
Jap lagi la…


Saya tengok takder pun awak ambik buang pampers tu..
Masya Allah.. lupa lagi..jap lagi saya buang


Tapi bila dah masuk kali yang ke 3.. memang terus gaduh la. Walhal kita lupa nak ambik. Bukan sebab sengaja. Mungkin masa tu kita tengah pakai baju anak lepas siap tukar pampers..atau tengah suap nasik anak ke, sehinggalah kita lupa apa yang patut kita buat lepas ni sebab terlalu banyak sangat kerja yang menanti kat depan, senang citer blur la.. Itu contoh. Lupa ni jadi sebab sikap kita yang suka bertangguh..

Ahh tunggu la..jap lagi aku buang la… pakai pampers anak dulu..

Pastu….

Pampers lom buang lagi.. jap la..budak ni lapar ni..suap nasi la dulu.. jap jap lagi pun boleh buang..

Tapi kita tak sedar yang sikap kita tu tidak menyenangkan orang yang menengoknya. Pernah tak jadi kat korang. Kat aku selaluuuuuu sangat kena.

Sudahnya..

Itu la.. orang tak bagi makan kepala ikan…ni la sebabnya

Penyebab dia ker tu. .. Macam satu lagi kes lupa.. 2 minggu lepas…aku hilang kunci umah.. habis satu rumah aku selongkar. Hingga ke plastik sampah..takut terbuang. Habis bantal sofa tu aku punggah. Bukan sekali.2-3 kali. Habis laci kabinet aku buka. Bukan sekali…2-3 kali jugak.. Dalam beg kerja pun sama..2-3 kali selongkar beg..kot kot ada tersangkut kat mana mana…. Sudahnya genap seminggu…. Elok jer aku tengok kunci ni terletak kat atas rak display rokok kat kedai Acheh belakang rumah aku..



Ini dah lupa tahap bahaya ni makcik anie oiiiii…

ooooooooo baru aku ingat.. pegi kedai hari tu beli lauk.. masa nak bayar letak kunci atas meja cashier… bila dah bayar… terus blahhh macam tu jer…. Bila cakap ngan Ajeed….apa reaksi dia..

Hanya geleng kepala…..

Tandanya dah nak marah sangat la tu..sampai tak terkata… pahammm sesangat.

Sejarah Solat 5 Waktu

Assalamualaikum...

Godek punya godek kat Forum Cari... Jumpala artikel pasal Sejarah Solat 5 Waktu. Rasanya dulu ustaz pernah cerita pasal ni. Tapi yer la.. Mana nak ambik pot sangat kalo bab bab macam ni... masih mentahla katakan. Kalo ilmu ilmu macam ni memang dengar tak dengar jer. Pastu kalo masuk pun gerenti kerat kuku kaki keluar balik ikut telinga kiri. Korang camner (wink wink)

Pada jenis spesis yang macam aku.. meh la baca kat bawah ni macam mana asal usul semayang 5 waktu ni....

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.


Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas


Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun


Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya


Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


ooooooooooooooooo... baru ku tahu... Jahilnya aku...

Tuesday, June 28, 2011

Resepi | Sambal Lancang

Assalamualaikum..

Korang pernah tak dengar sambal lanchang. Bukan Lanchang Kuning…SAMBAL LANCHANG… Memula aku dengar nama makanan ni terus otak aku imagine cerita Lanchang Kuning. Ini kali ke-2 aku makan sambal ni. Sedapppppp… feelinggggggg kampunggggggg gitussss…



Korang nak resepi dia tak?… alaaa senang jer… sumer rebusss jer.. pastu masuk santan.
Sedappppnya.. terbayanggg lagi rasa daun kadok tu. Daun kadok ni bau dia jer lebih. Tapi bila rasa…emmmpp takder apa apa pun. Sedappp..lemak.

Bahan Bahan yang perlu ada..

Santan Pekat,
Bawang merah
Bawang Putih,
Kunyit
Ikan Bilis/ Udang kecik
Tempoyak.
Cili Padi


Daun hijau/ pucuk/ ulam yang diperlukan (yang ni rebus siap siap..tinggal masuk dalam santan jer)

Daun Kadok
Pucuk Ubi
Terung Pipit
Daun Kunyit
Petai
Pucuk Labu


Tapi tak semestinya nak kena ader.. dah ader pucuk ubi ngan terung pipit dah ok.. daun kunyit skali. Tapi kalo ada sumer orang kata complete la… lagi perfect.
Sambal ni yang buat dia spesel sebab tempoyak ni la. Hari tu kebetulan buah asam gelugur ada kan?.. soooo masuk skali buah tu ganti asam keping..akceli tempoyak kan dah masam, tapi kalo lagi masam lagi la sodap…so bila bertambah PH kemasaman dia tu, maka lagi bertambahlah level kesedapan sambal itu… Perghhhh… Pehe dop?

Cara-caranya Plak…

Tumbuk bawang merah, bawang putih kunyit, ikan bilis, cili padi tu sumer. Masak ngan santan pekat.. Bila santan masuk, masukla pucuk yang direbus tadi. Kacu hingga pekat..masuk garam..masuk asam keeping atau buah gelugur…pastu siap la..

Hidang panas panas…. Nak nak ader ikan sungai masammmm…. Walahhhhweyyyyyyyyyyyy menitik peluh betina… Makan tak hinggat.

Cuba la... Mesti nak lagi...

Kos Sara Hidup Semakin Meningkat

Assalamualaikum..

Salam Pagi Selasa …. Baru ada rasa nak update blog. Biasala pasang surut dunia blogger. Kadang masa berisi penuh adea. Kadang kala kering kontang. Agak respect jugaklah dengan blogger yang boleh buat 5-6 entry dalam 1 hari. Berisi ke kosong ke entry tu lain citer , yang penting update. Kan?… Tapi lagi aku salute dengan blogger yang penuh berimformasi,.entry penuh berilmiah. Tapi jangan berharap korang nak dapat informasi kat blog aku..rentikan… aku ni blogger rojak. Buat entry ikut mood… Tapi dalam dalam entry kosong ni, harap harap dapatlah sedikit sebanyak menyumbang informasi atau maklumat berguna pada readers diluar sana.. tak banyak, sikit pun jadilah.

Lately ni kos sara hidup rakyat Malaysia semakin bertambah, semakin tinggi. Untuk mencapai taraf hidup yang selesa amatttt payah. Waima yang ber”degree” lom tentu boleh dapat kerja yang bagus yang boleh support kos sara hidup harian yang semakin meningkat.

Untuk mencapai zon yang selesa, rasanya kena ade income RM5000 keatas (suami isteri).. Yer la cuba korang bayangkan rumah, kereta, motor, insurance, mak ayah. Simpanan, utilities lain, road tax, minyak keter motor, makan….taska anak anak, sekolah….tidak ke pakai duit sumer tu. Kalo yang bujang tu agaknya RM2500 untuk perbelanjaan sebulan dah cukup tu. Tapi kalo yang dah berkeluarga jangan harap.

Itu sebab sekarang ni satu kerja tak memadai. Ada yang buat bermacam macam kerja, pagi makan gaji malam plak jual beger, Nak nak yang kerja dengan kerajaan. Gaji setiap bulan memang tetap. Apa boleh buat lagi..bila takder duit pinjam dengan Angkasa/ koperasi , Kad kredit tak nak kalah..2-3 keping. Main swipe jer. Sudahnya sampai surat istihar muflis. Peratusan anak muda yang muflis dari sector kerajaan makin meningkat. Soooo.. saper yang salah.. Takkan nak salahkan kerajaan sebab minyak naik. Salah ke? Ermmmmm… salah gak kot.…



Yang paling risau jenayah semakin meningat. Sebab apa?… sebab terdesak .. takder duit nak makan. Dapat plak jenis yang tak reti nak cari kerja. Soooo apa lagi yang diorang boleh buat. Besi longkang pun boleh jadi duit. Kesian kan?.. jadi mangsa kepada pembangunan negara. Tapi nak salahkan kerajaan 100% pun tak boleh jugak. Bangsa macam ni memang tak reti nak berdikari . Paling keji bila sanggup mencederakan orang lain demi sesuap nasi mereka. Kalo nasi yang disuap ok la jugak.. Tapi kalo suap dadah.. memang keji tahap tertinggi la.



Cubalah korang bayangkan .. kalo sumer besi ni dicuri.. macam mana kitorang nak jalan .. satu lagi..bahayacsangat kat budak budak. Nasib baik Hafiy tak jatuh dalam longkang hari tu. Budak budak ni pahamla..akal mana ader cukup lagi kena plak jenis yang turun keter.. terusss menonong jer masuk kedai. Bukan reti nak tengok bahaya kat depan. Ntah la..kerja mangkuk hayun mana yang sangat sangat terdesak untuk mendapatkan sesuap nasi , tapi malas nak kerja.. kerjanya hanya mencuri, menyamun, merompak memeras, janji perut terisi. Terisi apa tu Wallahuaklam.

So kesimpulannya…. Penetapan gaji minimun sebanyak RM1500 sebulan tu releven sesangat. Sebab rata rata gaji minuman yang ditetapkan adalah sangat tidak masuk akal dengan kos sara hidup yang tinggi yang terpaksa rakyat hadapi sekarang. Kerajaan jugak mesti fikir beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Jangan fikir keuntungan negara semata dan yang paling penting jangan fikir cara untuk ketatkan poket rakyat yang dah sedia kaya..harta 7 keturunan pun tak habis nak makan. Sekali sekala tu pikir la kami yang miskin ni... yang miskin semakin papa dan yang papa semakin kedana.. Nauzubillah..

Friday, June 24, 2011

Aku Diburu Rasa Bersalah...

Assalamualaikum...

Aku diburu rasa bersalah bila aku keluar lunch dengan muka selamba tanpa ader rasa sifat tanggungjawab pada kerja aku.
Faham ke?..

Akceli gini.. dalam kul 12 tadi 2nd bos aku dah cakap... kerja ni nak kena settle sebelum pukul 1.. (pukul 1 ok..sekarang ni pukul 12-15 gitu)..Kalo tak settle kul 1 kitorang kena stayback.. Tapi pada pemahaman aku kalo tak settle sebelum kul 1 makanya kami kena stayback la malam ni. Walhal stayback pada maksud boss aku tu tak keluar rehat la kul 1 nanti.. kena buat jugak sampai siap.
Aku pikir stayback malam nanti.. Boleh gitu?...

Lagi rasa rasa bersalah bila aku dengar yang bigboss dah marah marah bila aku keluar jugak rehat kul 1 tadi sedangkan diorang tengah tunggu document tu kat dalam production. Tapi diorang tak cakap pun suh aku bawak document tu masuk dalam.... Adoii.. Sorry la boss.. saya betul betul silap the paham la... Bertambah tambah rasa bersalah bila salah sorang geng yang kena stayback tadi tegur aku macam ni..

Ehh..tadi ko kuar rehat awal eh.....

Aku hanya mampu tersenyum sajorkkk...

Patut pun aku tengok boss aku masih tak keluar keluar rehat.. Masa tu dekat 1-15 gitu.. rupanya diorang tengah settlekan kerja yang sepatutnya aku kena buat.. boleh plak aku duk menikmati sambal lancang sama ikan masin kat kantin.. nasik penuh pinggan lagi.



Tapi benda ni dah settle pun... Takyah la aku nak rasa bersalah lagi kan?...(cuba sedapkan hati sendiri la). Tapi kalo boss aku suh masuk ofis tadi..aku sanggup masuk balik settlekan sumer.. Sanggup aku tinggal sambal lanchang tu kejap..

Ok... sesi luahan rasa dah tamat.. Masuk bab makan..

Korang penah makan sambal lancang tak. Aku rasa ni makanan orang Pahang kot.. Sebab kawan aku yang tukang masak tu orang Pahang. Sedapppp.... Tapi kalo korang tekak orang bandor rasanya tak tertelan kot..sebab dia masuk sumer jenis pucuk, pucuk kaduk. pucuk ubi, terung pipit, daun kaunyit..pastu masak plak ngan tempoyak.. Tekak macam aku ni baru boleh accept.. Tapi serius aku cakap... memang sedapppp...

Resepi nanti aku akan kongsi dalam next entry.

Ok..itu jer kot.. Sambung balik perasaan rasa bersalah tadi...uwaaaaaaaaaaaaaaaaa. Dah tak berani nak angkat muka pandang muka bigboss.. takut plak dia jeling aku.. tapi kalo bab jeling menjeling ni takleh lawan SI Hadif...kalo korang tengok Hadif jeling ...huhhh....gerenti terus terjatuh cinta ngan dia..auuuuuuwwwww.. nanti aku ambik video Jelingan Maut Si Hadif.

Thursday, June 23, 2011

Sunyi

Assalamualaikum..

Melalui hari khamis yang sunyi...detik ke detik terasa semakin sunyi...



Hari ni pasar malam.. ingat nak carik nasik dagang la... lamaaa tak makan..
Biasala poser..sumer nak.. aku takut jap lagi rambang mata tgk makanan kat pasar malam.. sumer nak dibeli...

Korang dah ganti poser. Aku baru terhegeh hegeh nak ganti poser ni.. berapa hari kena ganti pun dah lupa... ini pun kira ok.. kalo tahun yang lepas lepas masuk bulan Syaaban baru aku ganti tau...

Nasi Dagang oooooo Nasik Daganggggggg...... taruk sambal nasik kerabu sket..taruk telur rebusss...walawehweyyyyyyyyyyyyy sodapppppppppppp...

Wednesday, June 22, 2011

Entry Khas

Assalamualaikum..

Entry ni khas aku tujukan buat lelaki lelaki pujaan hati saya especially lelaki yang sudi menjadi Bapa kepada anak anak aku. Ekceli aku malas nak buat entry pasal Hari Bapa ni.. Tapi macam jeles la plak bila sumer orang buat entry pasal Hari Bapa ni. Bukan bermakna aku tak menghargai jasa sorang bapa ... tapi.. alllahhh...wish jer la ..ok la tu. Tapi pagi ni terbukak plak hati aku nak buat special dedication ni kat Suami aku... Ayah aku dan bapa mertua aku... dannnn semua lelaki lelaki yang bergelar bapa... Yang bertanggungjawab jer... Untuk Haruan Makan anak tak layak.. untuk bapa yang susah bagi nafkah kat anak anak pun tak layak okehh... pls take note erk...

Ekceli aku dah wish awal awal pun kat Mr Big aku tu...cuma takder nak beli beli kek bagai ni, aku reti beli kek ben 10 or upin ipin jer..... Ntah... mungkin aku tak terbiasa dengan cara macam tu.. al maklumla aku ni konservetif sket... (pengakuan ikhlas ni).. Benda benda macam ni aku kurang alert sket.

Sooooooo...sebagai penutupnya...



Untuk Mr Big : Wakkk ooooo wakkk... semoga awak terus kekal menjadi bapak pada anak anak kita yer...( kuang asemmm punya statement)



Untuk Ayah Pin : Ore saye ayoh sapa bilo bilo...sebab ayohlah manusio yg paling sabar penah ore kena.. Ore saye ayah (Versi klate..mana tahu ayah aku reti godek blog aku ni)



Untuk Abah : (FIL aku).. saya sayang abah dan hormat abah walopun saya jarang jarang salam cium tangan abah... hakikatnya sayang pada lelaki yang menjadi bapa pada suami saya.

sob..sob..sob...

sekian..

Ehhh..ader tambahan...
Pic dicilok dari entry-entry sebelumnya..pic baru non ado..tapi macam tak adil plak mak aku takder pun aku buat special dedikasi macam ni... sorryyyy...

sob..sob..sob.. (sambung balik)

Tuesday, June 21, 2011

Buat Masak Lemak Punnn Sodap ni..

Assalamualaikum..

Inilah untungnya kalo kita tak kedekut dengan orang. Orang pun pasti tak kedekut dengan kita. Bukan kita nak mengharapkan balasan. Tapi yer la.. orang kata balas membalas la. Ini tak..barang kita bukan main lagi nak kemut yer..susah sangat nak share dengan orang.. tapi bila hak orang..pandai pula kita nak... Bagi aku nak kenal orang tu kedekut ke tidak senang jer..tengok jer cara dia layan family dia.. kalo dengan mak sendiri pun susah nak jatuh barang singgit dua..maka dengan kengkawan pun..gerentiiii...kedekut ppiang la.

Pesen aku satu jer...ko tak kedekut dengan aku, aku pun takkan kedekut dengan ko.. tapi sekali ko berkira dengan aku...1000X aku akan berkira dengan ko... Jahat kan?.. watsoever la..

Oppsss dah lari tajuk..

Ekceli pagi tadi member aku bagi buah gelugur.. Korang penah tengok rupa buah gelugor... ni haaa....



Orang bandor tak kenal kot buah gelugur tu camner.. kalo kenal pun melalui gambar jer.. tengok real punya gerenti tak penah. Ni la buahnya... comelll kan..
Member aku suggest masak buah ni sama daging cincang..waaaaa...sedapnya.. pedas masam lemak..bila bersatu.. Perghhhhh.... Menitik peluh betina.

Tak sabar nak masak ni.. masak dulu daging tu empuk empuk.. dah agak agak nak angkat tu masuk la buah asam gelugur ni dulu... hiris plak sedang sedangjer..nipis sangat pun tak sedap.. tebal sangat susah masak plak.. sedang sedang jer..Wah.. tak sabar.. tak sabar..



Hari ni member aku bagi kepek pisang,sedappp rupanya kepek pisang nangka ni.. masamm-masam masin rasanya. Aku tahu dia bagi aku sebab semalam aku bagi dia terung pipit sket.. kenal terung pipit tu apa?... terung limbang erkkk... Aku bukan apa..tolong panjangkan sedekah mak mertua aku.. dia sedekah kat aku... aku sedekah plak kat orang lain... kan panjangggg pahalanya.

Itu sebab kita jangan terlampau berkira dengan orang.. lagi kita berkira lagi makin sempit rezeki kita. Cuba sesekali bersedekah dengan kengkawan, jiran ker.. mak bapak ker.. Tapi kalo nak bersedekah wang ringgit tu takderla mampu lagi kot... Aku pun masih terima sedekah orang lagi.. huhu..

Bila nak kaya ni..
Nak tunggu duit jatuh dari langit ...

Friday, June 17, 2011

Resepi | Sambal Belacan Sunda

Assalamualaikum..

Sejak berkawan dengan orang Sunda ni merasa jugak makan pelbagai jenis makanan orang orang Sunda nih. Tengahari tadi makan Sambal Belacan Sunda. Not Bad.. Ok la.. tapi memang tak sama dengan sambal belacan kita la..bezanya dia masak dulu sambal tu , kita plak boleh dimakan terus. Belacan ?... memang takleh tinggal. Kalo tak mana dapat nama sambal Belacan.



Tapi pada aku sambal kita lagi sedap la... Pada aku la.. Lain orang lain citarasanya..yer dop.. Saper saper yang nak cuba buat.. Sila ambik resepi ni. Senang jer... sambil kelek anak pun siap sambal ni... hehe

Bahan-bahannya:

Cili Padi (Segenggam)
Tomato (Sebijik)
Bawang Merah (3 bijik Besar) 1 untuk dimayang buat tumis
Bawang Putih (3 bijik)
Halia ( Sebesar Ibu Jari)
Lengkuas ( Sebesar Ibu Jari)
Serai ( 2 batang)
Belacan
Gula Melaka
Garam
Ajinomoto


Semua bahan diblender halus

Cara-Caranya :

Tumis bawang yang dimayang tadi
Masuk Bahan yang diblendar....Masak hingga naik minyak..masuk garam, masuk pak aji..siappppp....
Senang Bukan?... Nanti cuba Yer... lawan plak dengan Pucuk Ubi...Walaweyyyyy sedappppp...Gerenti 3 pinggan ditanggung beresss...

Entry Untuk Puan Naem

Assalamualaikum..

Terlebih dulu nak ucap tahniah kat Puan Naem..sebab dpt CGPA gempak la jugak..

Sejak Puan Naem takder kat sini sumer benda jadi susah (pasal PC, network, IT la)
Sekarang kalo nak setup email pun kena panggil orang luar yang buat.. Hari tu ader buat 2 akaun email untuk 2 org staff baru.. Puan Naem tahu berapa kena caj... 50 henggit tau..tak sampai sejam... Pastu masa email tak ok hari tu pun panggil orang luar jugak..saya heran naper company taknak hire orang baru ganti Puan Naem.

Sekarang CPU saya problem, on off sendiri macam ader hantu kat dalam tu... siap ader bunyi krek krek lagi kat dalam tu..
So sekarang ni saya kena berlagak jadi IT officer sebab bila saya suruh orang tgk sumer orang kata itu bukan kerja diorang. Susah bukan.. Takder kerjasama langsung.



Apa patut saya buat... saya bukak CPU ni pun saya mampu tengok jerla Puan Naem..
Saya sentuh wayar...konon pakar la..on balik tak jadi jugak... saya ketuk ketuk cpu on balik pun tak jadi jugak... Saya suruh orang lain yang sudi bagi kerjasama ON OFF suiz network pun tak jadi jugak.

Apa patut saya buat kalo sumer orang tak nak tolong saya..
Kesian tak kat IT Officer yang tak bertauliah macam saya ni Puan Naem...

Saya tahu Puan Naem hanya mampu tersenyum jer dari jauh kah..Takper saya tak marah..senyum tu kan satu sedekah.

Saya harap hajat Puan Naem nak pegi bercuti ke Bukit Merah tercapai yer...

Wassalam...

Thursday, June 16, 2011

Buy 1 , Free 1

Assalamualaikum..

Korang rajin nak ke MCd... Nah ambik kupon free ni..beli satu kotak, percuma lagi 1 kotak.



Tapi lambat lagi. Cuba tengok tarikh kat situ bila. Beger haritu dah lepas. Bab free ni laju ajer yer... tapi idakla free 100% ko kena beli dulu baru dapat free...

Warm Up Pagi Khamis

Assalamualaikum..

Pagi sumer.. Otak pagi ni rasa ringan jer. Badan pun rasa sedap jer. Mungkin ni adalah salah satu ganjaran bila aku dapat tahan napsu utk makan malam. Alhamdulillah. Takder la aku kata aku tak makan langsung. Aku curik juga suap ke mulut..sambil sambil suap mulut anak, suap mulut ibu dia sekali.. Hehe…alaaa bukannya banyak pun, adalah 2-3 mulut buat hilang kempunan (nak jugak). Kebetulan malam tadi aku buat masak lemak telur itik. Belinya 3 bijik telur itik tu. Tapi yang OKnya sebijik jer... Tak aci kan?

Sooooo supaya tak menghampakan anak anak aku , kebetulan ada sebatang keladi dalam peti ais, apa lagi..masuk skali la. Soooo menu semalam untuk bebudak ini… Telur itik Sayur Keladi. Ohh lupa aku nak cakap.. Si Ajeed pun sekarang bila aku tak nak makan malam dia pun menejeles sama. Tak ambik makan malam jugak… Aku lagu suka. Masak untuk budak berdua ni jer..

Sejak tak perlu masuk dapur malam malam ni hilang sket tension saya..

Saya suka masak masak.. tak jadi masalah..

Yer la.. tapi sekali sekala nak jugak ruang untuk rehat…main ngan anak anak.. sekali sekali makan luar pun ok…




Tapi sebenarnya dia jeles … jeles kalo perut aku kempis..dia pun nak kempis jugak.. Mana aci perut bini sorang jer yang kempis kan.. Tapi aku igt lagi peristiwa menggerikan zaman anak sorang dulu. Dia ingat aku pakai porcbag (betul tak aku eja). Sumpah down terus aku masa tu. Tapi inisiatif untuk berubah lom ader lagi masa tu.. Laki aku cakap apa pun aku tebalkan telinga jer. Tapi sekarang tidak lagi.. Aku kena take action. Nak nak usia makin tua kan… lagi senang la nak dapat penyakit…

Semalam korang tengok 360 tak?.. pasal hantu kat Karak, Bukit Putus, Highway Utara Selatan.. Macam macam kan. Tapi macam seram jugaklah bila dengar diorang cakap yang kebanyakan kemalangan yang jadi kat situ bukan 100% berpunca dari kerosakkan jalan, tapi gangguan dari entity lain. Wooooo meremang bulu betis. Tapi kan benda benda mistik macam ni memang wujud, tapi takyah la kita fikirkan sangat seoalah kita highlite kan makhluk ini lagi berkuasa dari kita. Bukankah mertabat kita sebagai manusia lebih tinggi dari jin,setan iblis ni sumer. Sooo takyah nak takut sangatlah. Tugas mereka hanya semata untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam jer. Kalo kita “highlite” Jin setan ni lebih berkuasa dari kita… Maka Tewas lah kita.

Ok la.. nak sambung kerja kejap. Ekceli aku malas nak update pagi ni. Tapi bila check unit visitor makin banyak…. Terus toinggggggggggg…datang idea.
Ok daaa… GTG.. Wassalam.

Wednesday, June 15, 2011

Monolog | Entry Rojak Buah | Rojak Buah Pun Sodap

Assalamualaikum..

Ayoooooo mengantuk wehhhh.. Menguap ajer dah lapanploh kali, belum kira kuar masuk toilet lagi, betul betul pinggang, menggeliat....cukup pakej untuk jadi "Pekerja Contoh".... Boringgggggggg……………….Pagi..petang malam.. ginilah rutin harian hidup aku, piker..piker..piker… nak update aper erk..?.. Kan kalo bersawang lama lama ader plak reader yang lari. Kalo buat citer sama ader plak reader yang bosan. Finin..finin

Sekarang ni aku tengah keboringan.. mengantuk.. malasss nak buat kerja.. Tapi sempat lagi otak ni ligat berfikir…. Apa aku nak buat untuk improve diri aku. Aku kena buat sesuatu yang drastic untuk ubah rutin hidup aku. Siyes aku cakap.. aku bosan dengan hidup yang macam sekarang.. Takder perubahan, static jer dari dulu sampai sekarang.. cukup cukup makan.. alakadar… Sumpah.. bosan. Kalo boleh setapak maju ke hadapan pun dah ok..tak perlu bertapak-tapak. Korang pernah tak dalam situasi aku sekarang.

Kadang kadang bila tengok orang dah upgrade..maju ke depan aku jeles gak. Tapi jeles jer la. Nak agresif macam diorang… aduhhhh.. Naper aku takder kekuatan itu. Tapi kalo hidup ni suka membezakan dengan orang itu.. orang ni tak elok jugak kan. Pada aku kalo hidup kita suka bandingkan dengan hidup orang lain impak negatif lagi banyak dari yang positif..

Ahhh.. Malas aku nak memberatkan kepala otak dengan masalah masalah yang takder berpenghujung macam ni. Agaknya aku kena join seminar motivasi doctor azizan kot baru aku boleh improve diri aku. Saper sini penah join bengkel pakcik ni. Bunyinya macam gempak jer. Member aku ader jugak war warkan pasal ni.. Kalo register sekarang 35 henggit rasa.. tapi kalo nak join lepas ni jawabnya kena kuar duit beratus ratus. Tapi sejauh mana keberkesanan bengkel ni pada manusia yang hati kering macam aku ni.

Takper la dulu.. kasi diorang join la dulu. Kalo diorang kata best..rugi tak join baru kita join..

Ehh.. aku nak citer pasal malam tadi.. Punyala tahan napsu lapar bila tengok ikan jaket goreng. Walhal bukan best mana pun.. Tapi entah macam mana bila aku tengok ikan tu rasa dah seminggu tak makan nasi, kebulur sangat dah kekdahnya.

Ahh… takleh jadi ni.. aku pegi dapur.. cubit sket.. sedap… terus ambik pinggan.. Nasi 2-3 suap.. lauk separuh…kenyang.. ok la kan.. dari makan berpinggan pinggan macam dolu-dolu.

Dan penutup kisah petang ini…Budak yang Kemaruk berstokin, sorang pakai kat tangan,



dan sorang lagi plak pakai kat kaki..



ah..lantakla janji diorang bahagia.. paling penting tak mengamuk. Kan kalo ditegah mau merajuk hempas hempas barang. Budak kecik ni kemain lagi…kalo ditegah siap boleh golek guling guling lagi.. kalah abang dia. …aku pun tak tahu apa motif diorang berstokin di tengahai hari…



Ingat pic ini aku nak post untuk Wordless Wednesday. Tapi macam rugi plak kalo takder citer. Akhirnya aku selit jer la kat sini dah alang-alang kan.. takder idea sangat.

Ok dahhh….. Itu sajer… Sekian Terima Kasih. Apa yang penting.. misi sekarang nak publish sumer gambar gambar yang dah jadi pekasam dalam folder aku. Rojak pun rojak la. Janji dalam folder clear..MUAHAHA.. Statement keji giler kan?

Konon Nak Bakar Dalam aluminium foil… feeling fresh gitu….

Assalamualaikum..

Hahaha.. Kemain lagi tajuk kan?.. Dari tajuk pun sudah tau ini entry pasal makan makan. Eh..macam dah lama tak tepek resepi kat sini. Bila takder idea baru la teringat nak tepek resepi kan.. Tapi sekarang nampak gaya takder resepi lagi la kat blog aku.. Sebab apa tau… Kan sekarang aku dah tambik dinner (cehh kenkonon).. Makanya aktiviti masak memasak dah makin berkurangan la… Kalo ader pun tunggu hari minggu baru masak. Tu pun lom tolak aku malas nak ke kedai lagi… Tapi kalo nak gak aku tepek resepi boleh…takder hal punya kan tak habis habis Resepi | Nasi Bubur Hadif… Takpun Resepi | Sup Hadif. Nak?…hehe

Ok back to the topik kat atas tu. Hari Jumaat lepas biasala aktiviti potluck 2-3 kerat kami ni la.



Aku bawak ikan jaket bakar tempoyak, Ulam sket.. ulam tu aku celur pucuk paku sama terung pipit jer.. Budu memang menu wajibulghunnah.



Walaweyyy..meleleh plak air liur aku teringat kesedapan celur pucuk paku ni….. tabah.. tabah duhai hati…..

Okkk… pastu member aku sorang ni bawak ikan, sotong . udang perap dengan sos ikan bakar tu…



Yang jadi masalahnya dia suh aku bakar dalam oven kat ofis ni.



Aku pun ok la.. bakar jer kan… Tapi bila tiba nak bakar oven plak yang rosak, silap aku jugak tak check dulu… nasib baik pantry atas pun ada oven.. so aku pun meluru la naik ofis atas nak bakar lauk ni sumer. Tapi malang sekai lagi bila….. oven hampir hampir meletup, aku ni kan teramat la cetek ilmu pasal bakar membakar dalam oven ni. Makanya keluarlah bunga bunga api dari dalam oven.. aluminium foil sudah terbakar weyyy….apalagi..kelam kelibut la…Nasib baik sempat tekan butang reset/ off.. Kalo tak nayala aku. Tapi aku Frust sebab tak dapat makan lauk ni sumer. Soo dengan hampanya aku serah balik bungkusan ni kat tuan dia… Tuannya yang bestnya siap menunggu kat kantin dengan hati yang berbunga bunga… konon-konon

Tak sabarrrr nya.. tak sabarnya.. aku tengok pun nasik bukan main membukit lagi.. alehhhh aku pun sama…

So bila aku bawak ke kantin.. macam yang dijangka la.. frustnya tuan dia. Siap bungkus nak bawak balik dah.. Tetiba datang idea….. Toinggggg…..

Apakata kita mintak tolong mira bakarkan…
Ok.. jommmmmmm


Setelah 5 minit bakar kat dalam kuali… tak masak masak juga… sekali lagi bawak masuk dalam dapur.. kali ni kitorang dah takder nak bakar bakar.. kitorang goreng terusssss.





Hahhhh Puas hati.. so..hajat nak makan fresh fresh yang dalam aluminum foil tu cancellllll terusss…. Makan lah yang goreng goreng ajer... Goreng pun sodappppp



Puas Hati aku….

Tuesday, June 14, 2011

Coscinium Plus | HPA product

Assalamualaikum..

Saper saper yang peka aku pernah buat satu entry pasal aku ni keturunan Puteri Resakdung kan. Senang jer kalo korang nak kenal baka kitorang. Kalo jumpa orang yang selalu bersin waktu pagi.. petang pun ader..pendek kata setiap masa mata merah, setiap masa hidung gatal, setiap masa mata gatal paling tak tahan setiap 2 saat terbersin sampai lemah pundi kencing. Inilah keturunan kami Puteri Resakdung a.k.a Puteri Resdung.

Nasib baik ader readers blog ni yang peka dengan masalah aku. Dia jugak merangkap kawan lama aku ..kira bestpren jugak masa zaman zaman sweet sebenteen dulu. Tapi kini dah lama tak jumpa. Masing masing sudah ader kehidupan, family sendiri. Tapi insya allah balik kampung boleh jumpa dia. Dialah juga yang menjadi tukang rekmen antara aku dengan ubat resdung ni.



Jenuh jugakla aku mengooggle stokis HPA ni kat area Kajang/ Bangi ni, susah bebanau nak cari stokis product ni kat sini. So nak tak nak aku call agent yang paling dekat iaitu agent yang beralamat di Bangi. Rasanya dia jual kat umah jer kot. Boleh jer aku pi cari kat alamat kat web tu.. Tapi takper..kita sebagai customer boleh jer rekues dia hantar kat umah kan?



So setelah berbulan menunggu akhirnya dapat jugak aku telan ubat ni. Harap harap boleh tahan la resdung aku. Kalo tak tahan jugak memang ulat bebal la yang ader kat muka aku ni. Saat aku menaip citer ni pun aku boleh rasa merenyam-renyam mata ngan hidung aku ni. Kalo ginilah gayanya aku kena cuba alternatif lain. Tengok dulu dalam 1-2 minggu.. Insya Allah lepas ni…..

“Selamat Tinggal Ulat-Ulat Resdung”…(bajet macam testomoni yang kuar TV tuuuu)
Ehhh..naper aku beli RM24 sebotol .. mahal nyo.. Dia beli RM18 jer…. Tapi kalo ok mahal pun sanggup kan?.. Takper..apa apa hal pun kita tengok dulu..

Bahaya Ni Kak…..

Assalamualaikum..

Dah mula kekeringan idea. Biasala.. masalah utama blogger suam suam kuku macam aku ni… Eh..nak kata suam suam kuku pun aku rasa tak layak.. Yang layaknya blogger beku.. Update ke tak hapdate ke ader orang kisah. Lately ni pun aku perasan readers blog ni banyak yang 1st time..means yang mengoggle jer. Tapi syukur la.. dari lansung takder visitor atlis ader gak yang rajin mengoggle.

Weekend hari tu aku ader terpandang 1 artikel pasal statistik jenayah jalanan kat Mesia dah dah berkurangan kalo dibanding dengan tahun tahun yang lepas. Dalam iklan pun banyak dah keluar pasal isu ni. Sekarang pun kalo kita kuar rumah tak sampai 5 minit kita dah jumpa polis yang buat rondaan. Sikit sebanyak kita rasa lebih selamat la kan? Tapi rimas pun ader gak… yer la sikit sikit nak tahan.. sikit sikit nak saman. Bagi seorang pesalah ofcoz la akan rasa rimas.. Tapi pasal CCTV tu bagus. Atlis boleh jadi sumber rujukan kalo ader kes ragut ke..kes curi keter ker atau kes culik ker.

Tapi pesoalan yang utama yang menjadi menjadi punca permasaalahan ini sumer adalah sejauh mana kita peka dengan jenayah yang bakal berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh..



Akak ni siap stylo mylo lagi dengan beg sandang belakang dia. Pastu beg dia tadi kalo masuk dalam bakul tu di kira masih selamat lagi la. Tapi akak ni bukan letak dalam bakul.tapi parking kat seat belakang.

Alahaiii..senang giler kan kalo nak ragut beg dia. Bukan takat bag yang dapat ambik. Dengan akak akak tu skali boleh jatuh dari motor kalo beg tu kena tarik dari belakang. Lagi malang kalo lori kat belakang akak ni langgar plak motor akak ni dari belakang. Dah la jatuh..ditimpa plak ngan tangga. Pastu tersembam plak muka kat taik kucing. Gitulah kekdahnya.

Jenayah ni berlaku bila ader tiga factor ni..satu- Mangsa, dua- Pemangsa/ Penjenayah tadi la, dan tiga- peluang. Kalo lengkap 3-3 faktor ni maka terjadilah jenayah. So kita lah yang kena peka dengan setiap bahaya yang ader kat depan mata kita. Kita tak boleh 100% mengharapkan CCTV dan polis yang membuat rondaan setiap masa. Pokok pangkalnya sikap kita.

Jangan sesekali memberi peluang kepada penjenayah.

Sekian WASSALAM…

Copppp......
Sebelum stop menaip aku nak tukar topik jap. Ekceli aku nak bagitau yang aku bangga dengan diri sendiri tau.. sebab sejak 2-3 minggu lepas aku dah berjaya skip makan malam. Yang kelakarnya penyebab yang menjadi punca aku tak makan malam adalah…………………….

Korang ader tengok cerekarama “ Jemaah Kolestrol”..alaaaaa yang Neelofa (erk..betul tak aku eja) yang gedik berlakon jadi doctor pakai tudung tapi retis nak………. (isi sendiri)siap minpi kawin lagi.. tak sesuweyyyyyy.....

Citer ni la yang menyedarkan aku…. Caya tak?
Terima Kasih TV3……(bajet ahli MyTV3 buat ucapan)

Monday, June 13, 2011

Kita Share Nak?

Assalamualaikum...

Lagi sejam..... Ya beda bedu...
Balik la..

Ekceli malam ni ader deting ngan akak jual ubat. Aku ader oder ubat Resdung ni.. Dia tanya nak pos ke COD. Aku cakap kalo boleh hantar jer la kat umah.. Dia tak tahu plak umah aku. Giant a.k.a Bintang dia tahu. So makanya aku kena tercongok kat Bintang la nunggu dia datang.

OK.. Hari tu kan adik aku ader rekues nak suh aku bagi hadiah Nokia C brapa ntah. Konon hadiah kat dia la. Wallawey... tak mampu den nak bagi hadia semahal tu. Kalo aku ader duit pun aku tukar henphone cabut aku tu dulu baru aku boleh beli hadiah kat dia. So aku decide nak bagi Shawl jer... Alaaa ok aper... boleh la melaram macam Hana Tajima kan.. Tapi dia tak nak plak... Korang tahu aper yang dia nak....
"

"

"

"

"



Baju raya... Pastu siap cakap lagi..

"Mu tak bagi 140 (rege baju) pun takper.. mu bagi 50 jah"

Ooooooo .. lagi aku suka...hahaha. Kiranya share ngan dia bayar baju tu la.. Rege asal 140 plus postage ntah berapa la. Tapi dia nak mintak aku masuk 50 jer. Ok whatttt... jimat sket.. hehe..

Tapi tunggu hujung bulan dik erkkk... bolehhhhh????

Sekian... dari kakak mu yang Last kopek... huhu... (sambil lap air mata)

Keja Saper Ni Korang Rasa...

Assalamualaikum..

Sorry la kalo entry aku ni kurang ajar sket. Bukan niat nak hentam sesaper ..Sajer nak lepas geram....

Gini citernya.....

Hari tu... tahun lepas... bulan poser umah adik aku kena masuk orang, kira penyamun la.. Barang kemas sumer hilang. Kebetulan masa kejadian tu adik aku tengah siap nak balik kampung... dalam pukul 2 pagi gitu. Sooo urusan report polis segala bagai ni adik aku buat selepas balik kampung la.. kiranya seminggu lepas tu. Asalnya taknak buat report , nak settle kat situ jer.. Tapi sebab ketua kampung dah tau maka kena la report jugak... Sebab orang yang tangkap pencurik tu serahkan budak tu kat Ketua kampung.. Yer la..Dah kena langgar...sumer orang terlibat. Paham pahamla bila dah jadi kes polis... memang akan ambik masa yang lama la nak settle. Sekarang barang kemas tu dah jadi barang bukti. Ada kat Balai Selayang sekarang.

Yang menjadi masalahnya.. rantai tangan adik aku dah putus dua macam kena kerat. Rantai tu jenis berpetak tau.. sekarang ni 1 petak rantai tu dah hilang. Aku rasa ni sumer kerja manusia yang jenis pelahap rete orang. Kan benda tu jadi bahan bukti ofcoz la diorang kena simpan rapi..elok elok kan, Aku pun heran saper yang boleh curik balik then potong.



Nak kata kerja org luar tak mungkin kot, nak kata kerja penyangak tadi pun mustahil, sebab adik ipar adik aku tu tengok dengan jelas rantai tu masih dalam keadaan yang elok masa kat tangan sipencuri tadi. Sooo..takkan nak kata kerja hantu plak kan..Pikirla sendiri ni kerja saper...

Kalo la pelahap sekalipun takyah la ko nak ambik sekerat sekerat. Naper tak ambik seketul terus. Bangang punya pencurik.



Takder kerja lain ker... orang yang kuar masuk taman ni pun nak di saman...

Ehh..Kuar topik erk?...

Friday, June 10, 2011

Status Melabur Dalam ASB / ASN..Hukumnya Haram?

Assalamualaikum.

Macam yang kita tahu dulu dulu punya cerita Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan hukum melabur dalam ASB / ASN ni adalah diHARUSkan , Tapi setelah isu ni dikupas dikaji diselidik secara mendalam oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor maka hukumnya adalah HARAM. So tepuk dada tanya selera, Sudah terang lagi bersuluh kan?





Nak info lebih lanjut sila baca sini.

Lalok Di Pagi Jumaat

Assalamualaikum..

Sekarang aku tengah update blog dengan mata kejap terbukak kejap terkatup. Kalo ader kesalahan ejaan tu harap maklumla. Ni sumer gara gara telan ubat selsema jam 4 pagi tadi. Aku tak tahan sangat... Terbersin tengah tido.. hinggakan Hadif 3-4 kali terjaga. Siap bangun bersembang lagi ngan aku.

Dan kesannya pagi ni la. Datang kerja awal 10 min..siap boleh tertido lagi kat atas meja ni sementara loceng bunyi. Dalam pada lalok pun ada hati jugak nak update. Walhal takder point pun nak citer pasal apa.

Nasib baik pagi tadi Si Hadif tak meragam. Walopun pagi tadi terbagun 2-3 kali. Yang suka buat hal pepagi ni bukan Si Hadif.. tapi abang dia.. Manja terlebih. Nak dukung la.. nak basuh muka jer badan taknak basuh, Nak bukak pampers, baju taknak tukar, mandi taknak tapi baju nak tukar... Adoi.. macam macam hal la. boleh semput pepagi kalo hari hari cenggini. Tapi kan walopon diorang ni mengamuk kat umah, tapi bila dah sampai kat taska diorang elok jer.. Tu yang bestnya.. Takder la diorang ni nak heret pe'el yang kat umah tadi tu hingga ke taska. Mungkin jugak sebab diorang malu kot nak nangis depan kawan kawan. Yer la hilang machooo bebbb...



Pagi tadi macam biasala... datang taska.. orang pertama yang Hadif cari awek dia, Ecah.. Kalo dia makan apa apa yang dalam mulut tu sanggup lagi dia bagi kat Eca. Hari tu pengasuh ader citer la yang Si Hafiy ni nyakatlah budak Ecah ni.. yang jadi penyelamatnya tau saper?.. Hadif la.. siap usap usap kepalo si Ecah ni lagi, konon memujuk la tu.. Alahaiii...so sweet nya budak budak ni kan. Ecah plak pepagi lagi dah tunggu Hadif kat pintu kalo Hadif lambat. yang bestnya dia panggil Hadif ni kakak.. hehe. Nampaknya Ecah pun confius jugak dengan muka Si Hadif. Agaknya kena botak kepala dulu kot baru nampak kelelakian Hadif ni.

Ekceli wolopun mata nak terpejam ni sempat lagi duk mikir budget untuk beli baju raya diorang ni. Aku ingat nak beli sekarang la. Kalo nak tunggu puasa jadi plak macam tahun lepas lepas..beli baju raya main tangkap muat jer. Korang dah start beli ker?

Kat mana ade Sale sekarang erk..?... Online shopping pun ok jugak kan.. Takyah bazir tenaga cari parking hadap jem sumer...

Ok la... nak cuci mata jap .. mana tau ader yang berkenan...

Thursday, June 9, 2011

" Inner Itu Saya Punya "...



Teringin plak nak pakai inner free..hehe. Saper nak join la GA puan ross ni. Klik Sini

Menu Diet Saya Lunch Tadi...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... dah kenyang..
Korang rasa ni jadual diet ker atau makan ikut napsu tekak. Pada aku la 30 % jer aku ikut diet kot.



Buah Betik Pembuka Bicara. Betul kan ikut diet..makan buah dulu..



Nasik 3 senduk kot. Kalo ikut diet 1 senduk jer tau..kalo 1 senduk jawabnya aku duk meratah lauk jer la. Tu sebab aku ambik ngam-ngam jer ngan lauk. hehehe..Tapi sayur kat kantin sudah yilek pocci. Ader la kangkung 2-3 kerat. Emmpp baik tak yah..lekat celah gigi jer... Tapi dalam Masak Asam Tempoyak tu ader la 2-3 urat daun kesum.. 2-3 keping bunga kantan.. kira masuk dalam kategori sayur jer la erk...Lauk plak kepala patin semata. Pastu aku terliur plak tengok ikan masin..Ehhh tambah la sejenis lauk lagi... bukan tambah kalori pun..cinonit jer ikannya tapi mahal jugak erk..50sen 1. Ahhh.. makan jer la....



Dan penutupnya, buah sekali lagi... Dalam diet takder macam ni tau. Ni sesajer aku nak tambah. Terliur plak tengok buah nenas..kekuningan yang agak aku tengah masak ranum gitu. Bedal buah sekali lagi lepas makan.



Soooo bertambah tambah la kenyang...



BTW...patin tu satu bungkus ni 2-50.. Korang rasa mahal ke murah?.... Tapi wa cakap lu la..... Masak Asam Tempoyak Ikan Patin dia ni memang betul betul Howwwliuuuuuuwwwwww..... Dulu aku tengok member aku makan..erkkkk... makan kepala ikan..lemak bersepahhh penuh pinggan... Sekali aku cuba.....waaaaaaaaaaaa... terus terjatuh chenta... Esok nak lagi.. lusa nak lagi... tulat nak lagi...Gitulah sampai ke hari ini. Siap tempah lagi ngan akak tu, kalo ada patin harus direserve untuk aku ngan kawan aku sekor sorang (kepala jer la)..

Ok.. itu jer jadual diet saya untuk hari ini.. Berapa % boleh bagi markah?

Cerita Pasal Kaki Pancing

Assalamualaikum..

Pagi sumer?… Apa macam pagi ni…ada ok ker?.Mood korang camner hari ni?.. ok ke ko ke…sedang sedang?…Mood aku agak tenangggg sket. Korang nak tahu sebab apa?..sebabnya kat office lengang sangat. Pakcik pakcik yang datang buat lawatan sambil belajar tu dah pun berangkat balik ke Jepun malam tadi gamaknya. Sebab semalam sibuk diorang dengan bagasi besar gedabak sorang satu, paper bag Robinson Sale pun sorang satu. Sempat lagi diorang shopping sebelum balik.

Pagi ni nasib tak berapa nak baik. Tayar keter Ajeed pancit. Tapi nasib baik jugak sempat hantar aku kerja. Bawakla slow slow pakcik tu. Sedar tayar pancit pun masa kat Taska. Kat umah tak perasan la sebab hari ni tersedar lewat. Kalo perasan kat umah sempat la tukar tayar dulu kan?. Tapi aku rasa Ajeed nak tampal ker kot.

Hubby korang minat mancing tak?… kalo laki aku memang sanggup berjemur sampai “cerah” kulit dia semata mata nak lepas gian mancing dia tu. Dia cakap la..dulu dia putih tau.. siap kelepet paha dia tunjuk betapa putihnya kulit dia tu konon.. tapi sebab suka mancing sangat kulit jadi terbakar. ..

Iyala.. Putih la sangat..

Hari tu aku citer yang kawan dia tak jadi mancing kan. So kempunan la dia. Tapi sebab dah gian sangat sebab hajat tak kesampain maka Senin tu dia pegi la mancing sorang diri kat lombong area area umah aku ni jer Sanggup tu. Kebetulan Isnin tu aku pegi klinik checkup Hadif kan.. So dia taknak la pi kerja.. Kan petang nanti nak bergegas balik ke klinik plak.. Sooo sementara tunggu aku nak ke klinik tu dia pegi la mancing dulu.



Biasala…..dah namanya pemancing tegar. Bila dah lama tak pegang batang pancing menggeletar satu badan..Parkinson 2-2 tangan.. Nasib baik hari tu dapat ikan. Dapat plak 4 ekor..kira sorang sekor ikut saiz. Paling besar tu Ajeed punya.. Paling kecik Hadif punya. Ajeed kata ikan talapia belang ni susah nak dapat. Nak bela pun susah sebab dia nak air jernih… yer ker. Tapi goreng bodoh camtu sedap gak.. takdr bau pun.. lagipun Ajeed siap rendam sama cuka lagi. Lantakla biar dia handle sumer..dari pancing sampai siap goreng.. aku malas nak join. Aku pun dah tak kisah… dulu masa bebudak ni kecik adalah jugak bertegang leher pasal mancing ni… Tapi sekarang lantak la.. malas nak sekat sekat lagi. Kan kalo dihalang bergaduh plak. Tapi kalo dah hari hari kerja nak mancing jer sampai satu kerja lain pun tak terbuat bikin panas jugak hati aku ni.

Tapi kan …siyes aku cakap..aku takder la nak marah dia nak mancing .. lantak la.. Janji jangan biar aku ngan anak anak terkontang kanting kat umah…Time aku kerja tu lain la.. Tapi kalo hari minggu dia nak memancing sehingga abaikan masa berkualiti bersama keluarga pandai pandailah dia beli jiwa aku. Tapi kalo tiap minggu dia nak mancing..tiap minggu jugak dia nak kena hantar aku umah Ila..mati kejung jugak si ila tu kat umah.

Kata orang kalo nak mancing tu..biar la berpada pada.. Ingat time zuhor, Asar.. Pastu kalo kali skali tu ok la.. tapi kalo hari hari pantang ader masa terluang..ITU SUDAH LEBIH…

Ehh aku marah ker?….Ter “MEMBEBEL” plak
Ok..ok.. Mood serabut aku dah datang. Elok aku stop kat sini dulu. Cehh..konon nak cover tak nak marah... muahaha.. termarah jugak..

Wednesday, June 8, 2011

4 Org Budak Separuh Bogel

Assalamualaikum..

Selamat pagi sumer. Dah makan?.. Aku makan kuih jewwww. Ekceli aku dah 4 hari hidup tanpa nasik lemak tau. Caya tak?..Wahhhh very the vangges weyy..berjaya jugak aku ikut diet hari tu. Kan hari tu kan yer poyo jer buat entry pasal makan secara sihat. Sooooo aku rasa tak rugi kalo aku ikut. Buat masa ni la. Tapi kan tergoda jugaklah bila pepagi datang nak beli kuih tapi bila tengok nasik lemak paru kat gerai depan umah aku tu rasa macam…..oooooo nak..nak... Tapi terpaksa lah kentalkan hati.jugak.walopon hati ni menggeletek sesangat nak beli nasik lemak paru.. Sabor..Sabor



Korang ingat tak aku bercerita pasal aku nak pi umah adik aku kat Selayang weekend hari tu. Rupanya jadi jugak kami ke sana. Tapi plan hubby nak mancing memang kelaut la. Member dia kena kerja..sooo cancel la niat dia nak memancing tu. Tapi plan aku tetap jalan.



Macam biasala .. budak ni kalo bertemu geng boboiboy dia… Tunggang terbalik rumah dibuatnya. Dengan main beskal kat tengah lamannya. Dengan nasik tumpah.. air tumpah. Macam macam… pening kepala para ibu dibuatnya. Padahal baru 4 orang. Tapi suara diorang macam patploh orang yang main… Mengucap panjanggggga aku ngan Ila. Biasala la budak.. Makin dilarang makin menjadi.. sudahnya..lantak korang la.. Nak punggah baju ke, Nak koyak buku ke… nak bukak baju… Nak keluar masuk bilik air..buat la.. Janji jangan korang panjat sofa terjun tiruk sudah.



Sekarang dalam geng diorang dah ader cikgu tau. Ader jer benda yang diorang belajar. Cikgunya saper la..SI Sarah la.. satu-satunya gegel dalam geng bogel ni. Tapi pasal bab taknak pakai baju ni si Hadif la sifunya.. Kan Hadif aku biar pakai pampers jer sebab panas sangat… tengok jer Hadif camtu sumer pakat nak bukak baju…hadoiii… Tapi tak kata kat diorang la.. Aku sendiri pun rasa macam nak berkemban jer.. Panas giler. Sudahnya… bukakkkk…bukakkkk..Tak daya aku nak menahan.



TV plak takyah cakap.. Jangan harap la kami dapat tgk citer peberat kitorang.. TB9 memanjang… Wonderpets la..Dora la… ape lagi..Spongebob la… citer dia ajer la… asal tukar jer..bising melalak suh tukar channel balik. Sudahnya kitorang buat macam mana tau… Ambil lappy.. bukak youtube…. Pasang citer Khurafat., . Layannnnnnnnn… sumer pakat senyap takut hantu, habis khurafat pasang plak citer Ngankung Hahhh… baru diorang reti senyap … Si Hafiy plak sampai tertidur ketakutan.. Muahaha.. .. Si Hadif plak awal awal lagi dah masuk buai. Nasib baikk.. Tinggal la 2 orang lagi yang sememangnya kebal dengan citer hantu ni, kesian plak tengok diorang, terkial kial bila geng diorang dah tido ketakutan…Patah sayap beb..tak cukup korum.



Kalo ikutkan memang aku tak nak ajar Hafiy dengan cara macam tu.. Kesan dia macam malam tadila.. Baru jer promo citer.. Kononya aku cakap citer hantu.. tapi bukan citer hantu pun.. tapi dia awal awal lagi dah tido tutup muka. Takut ya amat.. Sudahnya aku plak yang kena ngan Ajeed..

“ Ni kerja ibu dia la ni.. Suka sangat menakutkan anak..Tengokk.. Hafiy dah jadi penakut” (formalnya)

Yer..yer .. memang salah aku.. Takper ..lepas ni aku akan cari jalan supaya dia kembali menjadi jantan sebenar. POWERRRRRRRRRS….

Semalam aku tanya si Ila.. budak berdua tu ader menanya kitorang ker.. Yer la..Plan asalnya nak tido kat sana. Tapi dah Ajeed tak jadi nak memancing malam tu kul 12 Ajeed datang ambik. Kesian nak kejut diorang. Pagi besoknya bila kami dah takder kat sana apa lagi…. Meraung la si Sarah..

“cik Long mana bu?… Cik Long mana bu….”
Dah balik..
“ciklong balik masa adik tido yer..
ermmmm…
UWAAAAAAAAAAAAAAAAA………..
(masa ni volume dia di tahap max)

So sweet jer kan hati bebudak ni….

Tuesday, June 7, 2011

Hadif Checkup 18 bulan

Assalamualaikum..

Ehhh..line clear ni..bos bos meeeting la. Sooo jangan la melepaskan peluang terbaik ni. Susah sekarang nak layan blog. Ramai sangat pakcik pakcik yang buat lawatan sambil belajar kat sini. Meja aku plak kat depan.. Kadang kadang kalo aku ngantuk sangat aku bukan jer forum cari.com. Pedulik jer dengan pakcik kat belakang tu. Dia bukan paham pun. Dapat layan citer hantu jap..Bulat terus la bijik mata ni.

Semalam aku balik awal,Kul 3 aku dah kuar sebab Hadif ader appointment kat KDSR. Ekceli Hadif dah lewat sebulan untuk checkup 18 bulan. Misi ader gak tanya ... reason paling logik Hadif demam. Tapi nasib baik dia tak bising, cuma lepas ni dia nasihat aku supaya rajinkan diri datang sebulan sekali. Sebab apa tau?.. Sebab graf BMI dia tak berapa nak cantik. Dah masuk dalam kawasan kuning. So lepas ni sebulan sekali aku kena ngadap misi KDSR sampai garis tu keluar dari garisan kuning. Kalo dalam masa 3 bulan tak kuar kuar dari garisan kuning.. Makanya aku kena ngadap muka dokter plak.



Ekceli kalo tgk fizikal takder la kurus sangat Hadif tu.. Cuma dia terlebih tinggi..tu sebab berat dia nak kena lebih sket. Baru balace kan?.. Tapi takper la.. Aku kena kentalla .. Pasni nak bagi makan apa lagi. Cuba air beras la pulak. Hadif kalo bab makan takder hal.. Sumer bedal.. Tapi macam susah nak naik. Misi ader suggest kat aku suh bagi makan Planta.. Katanya cepat gemuk.. yer ker?.. Maksud dia bukan buta buta makan camtu jer..tapi buatla sumting like nasi goreng planta... Masak bubur planta.. Haaaa gitulah kekdahnya...

Sekarang..... Kerisauan pasal berat badan Hadif kembali menjelma..hahaha... Serius weyyy..Aku betul betul risau ni.. Sampai bagi effect kat blog aku... Apalagi sindrom risau sampai malas update blog la...