Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, April 28, 2011

Histeria Lagi Ke?

Assalamualaikum..

Yeaahhhhh (sila buat sebijik gaya abg rambut ketaq. Baru terserlah ke"eksyen"nan dan kepoyoaan itu).

Besok saya cuti, Yeahhh (sekali lagi). Ekceli besok nak hantar MIL ke airport. Diorang nak gi buat umrah. Flitenya kul 2. So macam biasalah kena gerak awal 3 jam la. Dah alang alang ke sana tu ingat nak pegi berubat resdung aku sekali la. Itu pun kalo dreber sudi ikut aku.


***********************************************************************************



Hari Isnin tengah kusyuk semayang zuhur tetiba jadi tak kusyuk.. Dah tahiyyat akhir dah..aku dengan macam satu rekrut tau ..bising sangat.... Rupanya diorang tengah usung sorang budak masuk surau... Takkan Histeria lagi kot?

Macam biasala.. Kalo tak kepochi tak sah la kan. Walaupun dalam telekung semayang.. semayang tu semayang la babe.. kepochi pun kena gak. Ekceli bukan kepochi..sekadar nak ambik tahu. Mana tahu boleh tolong halau hantu ker?.. erkkk... tolong picit ibu jari kaki ngan lada hitam pun kira ok la kan?..

Aku dengar budak tu tak henti henti mengaduh sakit..Dalam hati ..ermmm dia sedarrr ni bukan masuk hantu.

aduhh...sakittt... Ya Allahhh......

Sahhhh..bukan histeria... Rupanya dia sakit jantung kot... Sebab dia tekan tekan kat dada dia.. Bila diusul banyak kali rupanya dia ada sejarah sakit jantung. Nauzubillah.. kesian plak.. berkali-kali aku tengok dia gosok dada dia.

Nasib baikla takder org report kat Admin. Kalo tak rasanya budak tu mungkin kena terminate kot. Yer la.. pesakit kronik ni mana boleh dibenarkan bekerja. Tapi kat sini memang takder buat Medical Checkup. Hanya pekerja kontrak yang pure diambil dari negara asal jer yang akan lalui proses Medical Checkup. So selamat la budak tu.

Kadang-kadang kesian aku tengok dengan diorang ni.. Dapat gaji tak seberapa..pastu sampai kat agent plak potong macam-macam.. potong itu la..potong ini la. Cukup bulan dapat 200 henggit jer..tak ke naya macam tu. Pastu nak dikirim ke kampung lagi. nak buat belanja lagi, kesian kan? Tapi apa daya aku untuk tolong diorang.. setakat kesian kat hujung bibir jer. Kalo aku kaya nak jer aku upah diorang buat part time.

Ok la... Untuk esok rasanya takder entry baru kot. Mahu rehat cukup cukup... Tapi kalo rajin nak jugak jengah blog ni. Maklumla..kat sini aku meluahkan segala. Sekali tak jenguk rindu dia lain macam sket..cehhh...

Akhir kata, Selamat berhujung minggu untuk semua... Tata
Wassalam...

Saper Punya Kerja ni...

Assalamualaikum..

Selamat pagi uollsss

Perit jer tekak pagi ni. Semalam silap makan. Biasala orang yang berpenyakit resakdung ni.. Makan kicap pun boleh gatal muka. Aku ingat nak pi berubat la. Tapi tak tau kat mana. Ader jugak dengar member aku ni berubat resung kat Seremban. Katanya ulat kuar sekor sekor macam cacing kerawit tu dari muka dia. Aku rasa muka aku ni dah bersarang ngan ulat ulat. Tak tahan la.. Kena poi cari ni Somban kat celah mana.

Dah lama rasa aku tak citer kat sini pasal askar aku berdua tu. Taska pun dah lama takder citer panas. Alhamdulillah.. Kalo boleh nak bebas dari rasa ketidakpuasan hati kat taska. Kalo nak dikutkan hati rasanya sumer aku tak setuju dengan cara dan tindakan diorang. Tapi yer la.. kena belajar redha la. Kat mana lagi aku nak percaya. Kalo family aku dekat no hal punya. Pung pang pung pang pun kat situ jugak aku letak budak berdua ni.



Dalam minggu lepas aku terperasan jari Hadif macam luka lebam gitu. Gayanya macam tersepit kat pintu jer atau kena gigit. Aku pun tak pasti punca sebenar. Kalo nak kata kena kat rumah mesti dah menangis bagai nak rak budak tu. Mustahil plak kalo kata tersepit pintu aku boleh tak perasan. Sebab kalo kat umah dia berkepit ngan aku jer sepanjang masa. Takkan plak dia boleh diam gitu jer erk?. So pada agakkan aku la dia kena kat taska kot. Agak jerla, bukan nak menuduh. Aku tunggu jer diaorang cakap..Tapi takder plak diorang mengadu kat aku Hadif tersepit ke apa ke. Jadi nak marah pun tak guna sebab tak tahu puncanya. Ada gak aku tanya…tapi macam biasalah jawapannya..

Tak tau plak akakkkkkkk……

Kadang kadang sumer ni bikin hati gue panas jerr… Tapi takper la, selagi boleh Saborrrr, sabr jer la…. Takper… Nasib baikla jari Hadif tak hancur. Kalo hancur ke kuku tercabut ker..rasanya perlu kot aku naik hantu kat akak akak taska ni. Istigfar banyak-banyak dulula. Malas la nak memekak kat sana. Kan jatuh reputasi aku kang.. Tak pasal pasal kena chop kurang ajar.

Lagipun aku tengok luka tu makin baik sket. Lagi satu aku tengok rajin plak diorang duk taruk ubat kat jari Hadif… setiap hari aku tgk dia sapu ubat. Ok la tu. Takderla aku nak geram sangat.

Kalo kena kat anak korang la… korang mengamuk tak?..Kalo korang nak baca kes dulu dulu klik kat sini. Mesti korang geleng kepala punya dan korang pun mesti paham naper aku naik hantu dengan diorang.

Wednesday, April 27, 2011

Resepi | Roti Gulung

Assalamualaikum..



Sesiapa yang suka makan sosej tapi agak kegelian bila tengok rupa fizikal sosej ni bolehlah mencuba Roti gulung sosej ni. Alahaiii senang aje… 10 min buat pun tak sampai.. (konon eksen la).. Yang ni pun aku bawak masa together gether hari tu. Khas untuk askar askar. Iasanya budak kan suka makan hotdog ni.. Apa kurang mak budak erk..

Ok..bahannya senang jer..

Sosej atau hot dog
Roti gardenia atau aper ape brand la.
Telur
Garam


Simple kan?.. mulu mula gelekkkk dulu roti tu kasik nipis… saper mentega ke mayonis ke roti tu dulu.. ikutsuka uollls la.. sos pun boleh. Dah tu masuk hotdog..gulung..pastu sapu sket ngan telur atau air. Kasi melekat..



Dahhh tu celup dalam telur yang disi sedikit garam… pastu goreng. Senang kan. Untuk budak budak potong la kecik kecih. Kan kalo tak habis kan membazir. Potong bulat bulat pun cantikkk… Ngapppp 1 mulut jer..

Ok done..bye..bye..

Kembali Ke Zaman 1994

Assalamualaikum..

Salam untuk sumer readers. Pagi ni sejuk jer kan. Bertambahla sejukla kat dalam ekon ni. Diorang ni tak kira musim, panas, sejuk, dingin, sumer nak tibai pasang ekon jer. Mentanglah bil company bayar. Cuba rumah sendiri, pandai plak nanti korang berjimat.

Semalam aku skodeng satu wall ni tau, kat FB la. Wall kawan pada adik aku.Ternampak la plak no tepon ustaz yang ngajar aku zaman tingkatan 5 dulu. Terus aku ambik no tu then cuba SMS ustaz tu. Nak tahu dia masih ingat ke tak kat anak murid dia ni. Alhamdulillah.. rupanya dia ingat lagi. hehheehe... Satu kenangan yang tak boleh aku lupa pasal ustaz ni... Masa kat asrama.. Dulu dia penah jadi warden... Time magtib jer berlari menyorok macam lipas kudung kalo ustaz buat spot check kat dorm saper yang tak datang jemaah. Kelakar giler. Tempat persembunyian kat mana lagi.. kalo bukan dalam almari. Kalo ustaz baca citer ni ampun ustaz... Bukan apa semalam dia ader bagi url blog dia.. aku pun dengan muka tak malu bagi la url blog aku kat dia skali. Agaknya dia baca ker tak erk?..harap-harap dia bz la, hehe segan jugok..

Satu lagi kenangan yang aku tak boleh lupa masa nak pegi kelas tambahan ustaz ni la. Kononnya dah terlewat. Apalagi macam pelesit aku bawak motor. Tekan minyak sampai tak hinggat. Padahnya terlanggar sorang pakcik yang baru balik dari kutip doyan. Ehh bukan langgar pakcik tu tapi langgar raga doyan yang pakcik ikat kat belakang motor dia. Aduiii..berpinar mata. Tak pasal-pasal kena menyusahkan ustaz lagi sebab aku eksiden masa nak pegi kelas dia la.

Sumer kenangan zaman sekolah mesti kita ingat sampai sekarang kan?.. Sebab zaman tu adalah antara zaman zaman terindah dalam hidup kita. Kata sweetsebenteen... :)haruslah sumernya manis uollssss....

Tuesday, April 26, 2011

Resepi | Sambal Belacan..

Assalamualaikum..

Sila gelak secara berjemaah bila acik anie bagi resepi sambal belacan. Yerla.. sambal belacan ni kan senang. Campak, tumbuk ..jadila sambal. Tapiiiii lain orang lain versinya. Kalo pahang sambal belacan dia pesen lain. Kelantan pun ader versinya tersendiri.Pastu pesen buat sambal belacan ni plak berbeza plak ikut kampung ke daerah.. gitulah. Pendek kata atas selera masing masing la.



Ok.. ekceli resepi ni atas permintaan Kak Sal. So aku tak nak hampakan permintaan dia. kan kalo tak buat kan tak tak dapat plak nak merasa rendang sedap dia tu.... Rendang dia sedap ok.. Terasa kepedasan dan daun kunyit dia..sedapppp wooo. Nanti lepas ni dia kena kasi resepi rendang tu dia plak.

Alaaa senang je… Mula-mula ko kena sediakan bahan dia dulu. Bahan-bahan yang diperlukan :

1-Cili Api (Campur la hijau n merah) variasi sket
2-Belacan sebesar ibu jari tangan Ajeed (sila bayang sdiri..saya tak marah)
3-Bawang kecik sebijik..kopek selai selai then bakar sama blacan tadi
4-Limau Kasturi 2 biji – Air diperah kulit dihiris halus then tumbuk skali
5-Asam jawa sekepal penumbuk saya (ni pun kena bayang sdiri)

Ok.. bila sumer dah standby depan mata… Mula mula sekali tumbuk cili, masuk bawang, masuk kulit limau kasturi tadi, masuk belacan, masuk garam masuk gula…Dah sumer bergaul mesra masuk sumer bahan tadi dalam perahan air asam jawa..

Done….Senang kan?... Pastu celur plak jantung pisanggg...walaweyyyyyyy terangkattttt mollekkkkkk.

Tak Bestnya.... Boringnya

Assalamualaikum...

Pagi -pagi dah mengeluh. Ermmm.. Kadang kadang sampai satu tahap rasa giveup sangat nak berblogging. Ekceli banyak sangat reasonnya naper boleh jadi macam tu. Salah satunya BE tak berapa nak aktif.. slow jer. Takper la atlis gerak jugak. Bayangkan, dekat 2 tahun berblogging tak penah sekalipun dapat qashoutkan duit nuffnag.. kesian kan?.. Takperla.. Lagipun niat asal aku berblogging bukan untuk duit. Sebelum ni mana aku tahu nuffnang ni sumer.. Dah hampir setahun bukak blog baru la teringin nak register nuffnang.

Pagi ni plak mood macam swinggggg jer... Melayang jauh entah mana-mana.. Sedih..keciwa.. pilu... sudu ... garpu..semua bersatu menjadi 1. batuk pun satu hal ni. Ntah bila nak stop. Agaknya tunggu 100 hari dulu baru habis kot..

Ok la.. Cikanie nak keluar cari ketenangan dulu la. Nak blogwalking tak dapek. Blogspot macam kena blok.. Tapi herannya certain blog dapat plak. Tapi takperla..janji boleh update...Itu pun dah cukup. Masalhnya kat PC aku jer.. Orang lain punya PC okkk jer...Laju jer. Tapi yng paling frustnya takleh nak pi jalan umah blog kengkawan. Ermmmm kalo camnilah gayanya misi nak promote blog suam suam kuku aku ni terbantut la.



Tak sabar nak tunggu makan tengahari. Terlebih rajin plak pagi tadi.. bangun goreng ikan pekasam. Pastu ader lebih sket sambal belacan semalam.. Fuhh.. terangkat la lunch kami hari ni.. Sengaja pagi ni tak nak makan sebab nak dapatkan feel 100% dari kesedapan sambal belacan dan ikan pekasam..boleh gitu?

Ok la... stop sini dulu..WASSALAM...

Monday, April 25, 2011

Resepi | Pulut Kuning

Assalamualikum..

Jawapan dah jelas depan mata. Sah sah tajuknya pulut kuning.ofcoz la pulut kuning yang aku bawak hari tu… Aku nak berkongsi resepi dengan uollss… Tapi satu jer aku musykil..setiap kali aku buat pulut kuning mesti tak rasa garam. Tawar heberrr jer.. Takut takut nak letak garap kot termasin. Soo alasan yang paling logic adalah.. tak elok makan masin..kan kena darah tinggi plak. Lagipun kan pulut tu nak di cicah sama kari ayam dan rendang daging buat apa nak masin lagi kan… logic tak.?..logic tak?

Ok.. bahan bahan diperlukan utk buat pulut.

Pulut ½ kilo
Santan Pekat sebijik
Garam
Pewarna kuning..
Kunyit
Asam keping


Sebelum kukus tu pastikan pulut direndan dalam ½ jam gitu paling lama. Jangan 24 jam. Dulu masa pertime aku buat siap rendam malam tu lagi. Pastu pulut jadi lembik jer.
Ok masa rendam tu taruk la pewarna sket, ibu kunyit seketul besar ibu jari. Pastu jangan lupa taruk asam keeping. Sekeping cukup la. Orang tua kata asam ni untuk bagi kilatan pada putih.. Yer la kot. Tapi aku buat takder kilat. Sebabya santan tak cukup lemak. Seleoknya beli yang dah perah. Kalo perah sendiri masam ni. Takder tenaga nak perah. Hasilnya pulut kuning ku kurang lemak.



Sooooo dah agak agak ½ jam rendam pulut tu panaskan kukusan plak. Dah mengelegak air kat dalam kukusan tu siap sedia la. Masuk pulut plak. Tutup kukusan pastu balut sket la kat tepi kukusan supaya haba kat dalam boleh berlegar legar dalam kukusan seterusnya mempercepatkan proses mengukusan pulut..hehe.



Agak agak masak tak mentah pulut tu… angkat pastu masuk dalam bekas….Korang boleh rasa la.. kalo rasa mentah jangan angkat lagi. Bila dah masak tuang pulut tu dalam bekas besar sket.. senang nak kacau kan?.. bila dah masuk bekas uolls ambik santan tadi yang dah siap ditaruk garam secukup rasa kemudian tuangkan diatas pulut. Kacauuuuuuuuuuuu lagi sampai sebati.

Bila dah siap kacau..masukkan pulut tu balik kedalam kukusan. Masak plak pulut tadi kali ke-2… dalam ½ jam gitu baru boleh angkat. Dan sejukkan di dalam dulang yang besar seeloknya.

Ok..itu jer… Satu lagi resepi bakal menyusul.
Dahhhh..tatatitutiti…..

Good Luck My Laling

Assalamualaikum…

Naper erk.. kalo bz cepat jer masa ni berlalu . Cuba kalo takder kerja, blogspot plak kena blok… Apa jadi.?..menggelisah . macam kucing hilang anak. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Satu lagi rasa macam nak pulassss jer jarum jam tu terus jadi 5-50.



Malam tadi tak perasan my sis yang blajar kat Unimas mesej

“Doakan aku dapat jawab dgn lancar sepanjang final exam ni. Doakan kejayaan aku. Dari adikmu…”

Cepat jer 1 semester tu berlalu kan. Aku rasa baru jer aku tgk adik aku melompat-lompat kehepyian sebab dapat result “GEMPAK la jugak” untuk semestar lepas hari. Baru jer lagi….. Masa tu aku ingat lagi muka dia monyot jer sebelum dapat result. Nak-nak setengah dari member dia dah dapat tau . Lagi la menggelabah. Tapi alhamdulillah.. hasil penat lelah dia study sampai demam akhirnya terbalas dengan result yang “GEMPAK la jugak” .

Pada sumer readers kat luar sana tu yang kebetulan terbaca entry ini marilah sama-sama mendoakan adik cikanie biar dapat jawab sumer soalan dengan tenang. Biar dapat result lagi gempak dari semester lepas.. Amin

Thanks uollss yang mendoakan.

Semester lepas study sampai demam.. Kali ini jangan sampai pengsan udah la.

Kegilaan itu datang kembali.

Assalamualaikum..

Bukan kegilaan mental tau.. tapi kegilan menbela ikan dan menghias akuarium. Saper yang dah follow aku dari dulu tau kan betapa cantiknya aquarium milik Ajeed hari tu. Tapi musnah sekelip mata bila aku balik dari pantang 2 bulan hari tu. Masa tu pantang beranakkan Hadif.. Sebabnya tak tahu.. bukan pecah..tapi macam bocor kat kaca aquarium sampai air melimpah keluar secara perlahan lahan sehingga matilah ikan gapi. Neon tetra yang comel comel itu. Frust giler tau. Sebab pada aku bila aku tengok ikan ikan berkejaran dalam aquarium..rumpai laut menghijau..hilang segala stress kat tempat kerja. Tenanggggggg bangatttt..Ala ala terapi minda gitu.



Kali ini dia jumpa kat mana ntah.. Ada kawan bagi katanya.. elok lagi.. Cuma kena repair la sket. Aku pun tak sabar sabar dah nak tunggu hasil kerja tangan dia. Katanya dia nak buat kaki atau kabinet dulu. So tunggulah dengan sabar bila aquarium baru ini siap sepenuhnya.

Saturday, April 23, 2011

Dingin Malam

Assalamualaikum..

Takde nak citer apa pun cuma nak bagi salam jer..hehe

Ekceli aku tengah sabar menunggu citer best ni. Kul 12 start. Bukan kat astro tau tapi ntv7. Realiti tv.... Best. Tak caya korang try tgk.

Ok la tu jer short entry dari cikanie.

Tata

Bangun pagi pagi

Assalamualaikum..

Macam biasa la pagi sabtu.. Dah jadi rutin.. Subuh hampir subuh gajah, terukkan? dah tua tua perangai masih tak boleh nak ubah. Agak aku ada jin kot tgh kontrol otak aku.. Asal hari sabtu jer mesti lewat semayaang subuh.

Lepas semayang jemur baju plak.. Basuh pingganmangkuk... Buat sarapan nescafe sumer sebagai pembasah tekak. Semua keja ni harus aku settle sebelum askar kecik aku bangun. Bila dia dah bangun aku memang takleh nak bergerak. Aku dipaksa eloh sikecik untuk jadi ular sawa yang melingkar kekenyangan.

Begini rutin aku setiap pagi. Kadang kadang nak jugak merasa kuar joging, bekfast kat luar ngan diorang. Tapi keadaan belum memaksa lagi. Tunggulah diorang besar sket baru aku boleh susun schedule aku sendiri. Sekarang ni schedule berat sebelah.

Sooo... Koorang plak apa rutin pagi. . Sama macam aku tak? atau jauh lebih baik dari aku. Apapun...

Aku tetap bersyukur...

Tengah pikir menu untuk tengahri.. Ada cadangan?

Friday, April 22, 2011

Sivik, Mentaliti Dunia Kelas Ke-3

Assalamualaikum..



Pagi tadi lupa nak citer..Jiran sebelah umah bagi mee bekal untuk makan pagi. Baik kan jiran aku. Kebetulan dia tak kerja.. Susah nak cari jiran macam ni tau. Itulah lebihnya kalo kita ni suka buat baik dengan jiran. Orang pun akan berbahasa dengan kita balik kan. Bukan niat nak harapkan balasan. Tapi kalo orang tu cerdik mesti ader respon baik punya . Aku takderla nak kata aku ni baik.. cukuplah sekadar senyum kalo jumpa, bertegur sapa.. Hormat dia... Kalo ader rezeki lebih hulur-hulur kat sebelah sket.. Itu jer. senang kan?. Dalam radio semalam ader kuar topik pasal Rakyat Malaysia ni semakin Sombong, semakin berlagak.. Apa pandangan korang? Pasal ni yang aku nak citer.....

Semalam balik jer kerja macam biasalah rutin harian kami...lepas ambik askar berdua tu terus la ke kedai. Biasala askar sulung aku..kalo tak mengepow vitagen dari babahnya memang tak sah...walaupun dalam peti ais ader 2 pek tak terusik. Ada jer alasannnya.

So sementara tunggu Ajeed tu mata aku biasala melilau menjadi pemerhati bebas.. kira berapa orang keluar masuk dalam kedai Acheh tu.. Ada jugak aku terpikir..Naperla kalo kita meniaga kejap jer panasnya pastu lingkup..beza dengan Achehnya. Satunya Melayu kita ni hasad dengki kuat. Sket sket main bomoh.. Asal kedai orang tu laku jer sket mula la cari bomoh..macam macam dituduhnya gantung kongkang la...rebus spender la... tanam benda la.. taruk ganja la... Biasala orang macam ni..tipikal malay. Bagi aku Acheh bangsa yang rajin, pastu satu lagi dia ada satu semangat kerjasama antara geng geng dia..

OK...Masuk bab citer tadi balik.. Dalam mata aku melilau duk scan orang keluar masuk situ aku dikejutkan dengan...KEBABOMMMM... bukan bom yer tapi kotak kacang , gitu la..biasala kedai runcit.. jajan jajan gitu kan bersepah...

Saya tak langgar erkk... tak langgar...

Wahhh.. bangganya AKAK dengan alasan . Yela.. kami tahu akak tak buta. Kot yer pun akak tak langgar apa salahnya tolong kutip balik la kak.. Apa salahnya kan?.. TOLONG... Ehh takdernya dia buat gitu..blah camtu jer.. Aku perati jer dari dalam keter..sambil pangku Si Hadif.. Aku tengok akak tu bukan main lagi educatednya... pakaian boleh tahan brandednya..Agak matured la jugak tapi SIVIK KELAUT..Maaf la kak.

Dah akak tu blah macam rasa tak bersalah datanglah sorang budak yang kebetulan tengah tunggu Q nak bayar. Dia plak yang terbongkok bongkok kutip balik kacang kacang yang berterabur tu.. Elok plak budak yang kerja kilang tu dari akak yang matured lagi educated tu.

Kalo macam ni la sikap kita.. Layakkah kita menjadi idola untuk anak anak kita.
Tepuk ada tanya la selera.. Malam ni nak makan aper erk?..

Kena Panjat Ke?

Assalamualaikum..

Selamat pagi sumer. Yes. yess... hari ni boss aku cuti.. Walaweyyyyy....manfaatkan masa terbaekkkkk ni sepenuhnya. Ok kita mulakan dari sini...

Semalam my boss agak kebizian.. ekceli hari hari dia bz..tapi semalam memang terlebih bizi lagi.. So nak tak nak aku yang kena tunjuk kat diorang kat mana point point yang nak diambil bacaan . Diorang tu adalah contractor yang dibayar untuk ambik bacaan pelepasan haba yang terhasil dari proses kat kilang aku ni la…Korang paham ke tak erk?… Macam terbelit belit jer penerangan aku ni.. buat buat paham je la.



Ekceli setiap tahun kat sini memang kena buat Air Emmision. Nak tahu tahap pelepasan haba yang kilang ni keluarkan. Ada bahaya atau pun tidak..mencemarkan alam sekitar ke tidak. Kalo kilang ada ambik ISO 14001 secara otomatiknya akan kena buat ujian ni. Kalo tak buat maka tak dapatla Sijil itu. Betul la orang kata Kilang yang ada ISO ni leceh. Nak nak ISO 14001… Semua aspect yang ader pastikan tidak meninggalkan impact yang buruk pada alam sekitar.

Ekceli benda ni sumer bagus. Sebab kita kan ada satu alam sajer. Kalo kita yang tak jaga saper lagi yang nak jaga. Nak ke kita wariskan alam sekitar yang tercemar pada anak cucu cicit kita nanti… Fikirkanla lapanploh kali..bukan 8 saat ok.

Sooo syabas buat kilang aku aku yang sudi laburkan duit demi untuk menjaga alam yang satu ini.

Ok.. masuk citer tadi balik. Nasib baikla ader penyelamat untuk tunjukkan point yang satu ni… Yang lain mudah jer.. Jalan jalan tunjuk jer. Yang 1 point nak kena panjat then kena jalan ikut atas bumbung…Kalo yang datang buat tu orang yang datang tahun lepas takper la… memang tahula kat mana point-point dia. Takyah nak tunjuk lagi.. Tapi yang datang tu orang baru..tak tahu menahu kat mana..



Sekalipun aku sanggup panjat ni sumer , agaknya contractor tu sanggup tak tengok popuan ayu macam aku ni panjat pagar..ohh tidakkk…. Nak nak plak berat badan dah terlebih..Heyy tak sanggup aku tengok diri aku sendiri termengah mengah angkat vontot … ntah lepas ntah tidakkk.. kan tak pasal pasal budak berdua tu yang tukang papah aku plak… sebab terkehel….

HAZABEDAH tul la…

Thursday, April 21, 2011

Histeria Datang Lagi

Assalamualaikum….

Citer panas ni.. berasap asap lagi … Korang ingat tak pasal kes hysteria yang aku cakap jadi kat kilang ni dulu…. Tak silap awal tahun kot.. Kejap tadi jadi balik la. Agaknya benda ni nak mengacau pun ikut musim. Dah boring sangat takder mende nak buat datang merasuk budak kat sini.

Aku ingat lepas pegi berubat kat Bangi hari tu benda jin setan ni dah tak berani datang lagi.. Rupanya masih berminat dengan budak kat sini. Yer la..dia clearkan budak yang kena rasuk tu jer.. Bukan kilang ni. “KERAS “ jugak kilang ni yer. Naperla siang siang hari pun nak buat hal. Tapi aku dengar citer 2-3 hari lepas budak shift malam pun ada gak yang kena kacau. Bila dia start balik ni…tengokla… berapa ramai lagi mangsa yang kena.



Kejap tadi anak akak cleaner tu yang kena. Kuat betul dia menjerit.. Dari dalam toilet tu sampai ke ofis sini boleh dengar. Naper erk kat toilet jer tempat yang selalu kena serang. Agaknya bebudak ni buang "napkin" macam tu jer kot. Takder nak basuh-basuh dulu. Eeeeeee kotorrr. Tak heran la kalo setan iblis tumpang sekaki menyibuk kat toilet.

Budak yang kena tadi tu tetiba jer boleh menjerit then rebah macam tu jer dalam toilet. Bila diangkat masuk ke surau… Ya ampun..berat tu satu hal.. dia punya suara…. Auuuuuuurrrrrrmm (sila lontarkan dari perut).. Aduhhh sihh meremang bulu roma gue.



Nasib baik family diorang dekat.. call jer , dalam ½ diorang datang dengan teksi ambik bawak balik. Kata sepupu budak tu selalu kena kat umah macam tu.. tetiba kan jadi kejanggggg mata tak berkedippp..tangan mengenggam kuat. Macam tu la yang jadi tadi.. Sempat gak la bomoh terjun azan tadi… menjerit jerit……hehehhhehe..seriuuuuu….



Memang betulla…

Syaitan , iblis, jin ni akan sentiasa mengganggu, menggoda manusia sehingga hari kiamat…..

Saper tengok TV3 semalam .. 360.. pun pasal ni gak…. Lagi teruk. Siap keluar paku , batu, pisau gillete lagi dari mulut pesakit. Alhamdulillah..masih ader lagi perawat perubatan islam ni yang merawat secara ikhlas tanpa mengenakan bayaran sehingga boleh mengubah niat asal mereka. Tak silap aku namanya Kiswah… Nanti nak try google….Syabas pada mereka yang terlibat.

Akibat Makan Ubat Tanpa Arahan Doktor

Assalamualaikum..

Korang sumer sihat?.harap harap sihat a yer. Aku jugakla yang tak berapa nasihat. Suka sangat penyakit hinggap kat badan aku. Tapi takperlah… kalo kita sakit tu tandanya Allah sayang kat kita kan?. Tapi kalo sakit kronik tu nauzubillah la.

Semalam demam pun gigih datang kerja demi 100 hinggit. 2 kali telan panadol kat ofis. Ingat malam dah takder. Rupanya tidak. Panas tapi mengigil datang balik. Sakit sakit badan tu yang tak tahan. Dah demam tu satu hal. Batuk plak. Batuk ni plak bukan sebarang batuk yang uhuk uhuk manja tu. Ni batuk yang memaksa aku tukar kain. Sampai lemah pundi kencing dibuatnya. Pastu satu lagi sekali batuk terus tangkap kepala. Sakitnya ya allah..berdenyut denyut. Satu hal lagi yang buat aku tak tahan..batuk sampai jadi lelah… dah kena serang lelah plak. Stok ubat dah la takder. Tawakkal jer telan ubat batuk.

Pastu aku teringat ader sebijik ubat tahan sakit yang kawan aku bagi kat ofis tadi. Telan jer la.. Kepala dah sakit sakit sangat. Mana tahu boleh hilang.. rupanya tidak.. Aku terasa macam mata aku macam gatal. Aku dah rasa lain macam. Takperla tido jer la. Harap harap esoknya gatal tu hilang la.

Bila dah pagi nak bukak mata terasa macam melekat jer taik mata kat kelopak. Aduhh takkan sakit mata kot..Bangun tengok cermin…..



Ini kesan yang aku kena tanggung bila suka suki jer makan ubat tanpa arahan dokto. Aku memang tahu sebelum ni aku ader alrgik ngan ubat tahan sakit. Tapi itu yang pattern lain. Yang member aku bagi ni pattern lain. Pastu kecik sket. Rupanya kecik bukan sebarang kecik… tapi kesan yang aku kena tanggung adalah sangat besarrrr punya.



Dah tak pasal pasal muka aku berubah wajah dari yang “cute” terus jadi ahsooooo.
Ofismate sumer pun terkejut tengok muka aku. Yang tergelak pun ader .. Takper… kena kat korang nanti baru tau… Pasni kalo saper tanya naper muka jadi gini..

Baru lepas suntik Botox..tunggu kembang ni..

Yang kelakar bila pagi tadi Hadif tak nak mandi ngan aku.. lama di ajak baru nak.. Tak kenal muka ibu dia.. dah bengkak semacam jer.

Sekarang ni pun tengah tuam dengan air panas. Ntah bila bengkak ni nak hilang.. Malu pun ader bila orang pandang lain macam bila tengok muka aku.

Wednesday, April 20, 2011

Cuba Teka

Assalamualaikum..

Cer teka.. mana satu yang aku bawak masa together-gather hari tu..
Saper dapat jawab memang bijak la….



Goreng Pisang?…. melampauuuu..agak agakla…
Nuget ?…. rendang?… Nasi impit?… Kari ayam?… Pulut kuning?…
Teka teka…

Ada Tanda Macam Kena Pecah la..

Assalamualaikum..

Pagi Senin lepas kami kami sumer dikejutkan dengan kejadian ini.

Ntah la saper punya kerja. Nak kata akak cleaner tu yang buat tak mungkin kot. Sebab Jumaat lepas dia balik cam biasa kul 5.. Lagipun mana ada ot. Macam ader kesan orang alihkan rak cawan ni. Lepas tu ada plak nampak kesan lekuk kat sinki. Berat jugak orang yang cuba pecah masuk ni. Tapi tak tau la.. Sebab barang barang kami kami sumer takder yang hilang atau belum perasan hilang lagi pun aku tak tahu.



Satu lagi kami kami perasan locker kat dalam toilet yang sebelah tingkap tu.. Macam kena tolak atau tertolak oleh satu objek tau. Sebab barang kat dalam loker tu sumer berterabur. Agak agak ini kerja saper erk. Apa yang diorang nak cari kat sini. Bukan ada barang berharga pun.



Ntah la.. Kat sini ada alarm. Tu aku pelik..takkan takder bunyi bila orang bukak tingkap . Lagi 1 guard ada kat depan tu. Takkan tak perasan kelibat sipenceroboh. Melainkan si penceroboh masuk melalai pagar belakang. Naper aku cakap gitu? Ada logiknya tau.. sebab rumah kongsi diorang betul betul tepi pagar kilang ni. Diorang ni sumer pekerja pekerja binaan kat tapak rumah belakang kilang kami.



Ntah la. Kita tengok jer la apa tindakan management. Diorang mungkin takder kisah kot..janji barang jalan, order masuk sudah..hihi (statement berani mati ni).

Ohh.. ada sedikit berita terkini. Sat tadi aku kebelakang jadi Detektif Conan jap. Sajer nak kepochi sket. Budak mantenance tu cakap memang malam tadi orang dari Secom ader datang sebab ada bunyi alarm personal . So mungkin benda benda yang kat tepi tingkap teralih sebab itu kot. Tapi kalo dia datang sebab alam bunyi memang ader orang pecah masuk la. Mungkin tak sempat nak ambik apa apa sebab SECOM segera bertindak kot. Kot jer manjang..speku jer lebih acik anie ni.

1 Lagi aper kes ngan guard Pakistan yang jaga malam tu. Makan gaji buta ker… sah sah makan gaji buta sebab ko siap membuta malam tu. Kena “U ARE FIRED” jugak dia ni. Siap ada toto lagi kat pondok guard depan sana. Ish ish… duniaaaa……

Info terkini… boss dah turun padang la.. siap masuk lepak dalam toilet popuan lagi.. hehe..
Nasib baik aku tak masuk melabur lagi. Rugi betul la… Malam tadi makan sambal jering. 1 toilet kat umah tu bau perpium original…

Tuesday, April 19, 2011

Simptom Apekebenda Ni

Assalamualaikum….

Yihaaa.. akhirnya berjaya update jugak blog aku ni. Semalam dan hari ni sumer sistem out of service. Modem kena panah kat kilat..kebabommmmm maka seluruh satu kilang takder network. Hari ni beli modem baru... barula ok.

Ntah kenapa sejak 3 bulan lepas asal jer masuk 18 hb… tubuh rasa tak sihat, sakit sakit badan.. perut..ari-ari.. sumer la. Kalo disentuh kulit pun rasa..aduhh sakitnya. Kenapa yer?.. Atau itu satu petanda awal nak monopous?… Nauzuillah.. Tapi aku rasa ini ada kaitan dengan kitaran haid aku la. Korang bayang kalo dah 3 bulan aku tak period. Nak kata ngandung tak jugak. Tapi perut buncit semacam. Agaknya darah beku jam kat dalam perut kot..





Ok la.. minggu aku citer pasal mini gathering kali ke-2 kan?. Alhamdulillah..berjalan dengan jayanya. Kesian dengan tuan umah mesti penat. Yer la…2-2 bilik kena ceroboh. Yang tak tahannya askar aku la. Sumer benda dia nak konker. Bab kata kak Ida.

Mainan dia mainan dia
Mainan orang mainan dia…


Sampaikan orang lain nak sentuh pun idak di baginya. Aduiii anak jantan. Nasib baik jugak la anak janting yang kecik tu tido. Berbuai lagi. Kat umah takdernya nak dibuai buai. Lepas dia tido tu barulah aku boleh makan . Kalau tak jangan harapla nak rasa rendang spesel Kak Sal. Bukan selalu boleh rasa tu.





Ok la.. tak nak citer panjang panjang.. layan jerla pic together gather ahad lepas. Ini jer yang ok sket setelah diedit. Yang lain sumer bluur jer. Pastu nanti aku nak jugak la kongsi resepi sket. Tapi yang tu nanti la dulu.. Ada citer panas kat ofis ni. Tengahari sket aku update. Tengah dalam siasatan ni..

Ok byeee………

Sunday, April 17, 2011

Planning Di Hari Minggu

Assalamualaikum...

Uwarghhhhhh malasnya nak bangun awal hari cuti camni. Apakan daya askar aku yang kecik ni memang bangun awal. Nak tak nak aku pun terheret sekali dengan tabiat bangun pagi. Pagi ker?.. idakla pagi sangat dalam kul 8-30 gitu.hehe..setelah disambung selepas subuh.

Ok la.. apa plan korang hari ni?..shopping?.. karokk... jalan jalan cari makan?...atau berjimba depan tv ngan anak anak jer. Tak kisahla... janji stress hilang.

Aku plak plannya nak ke rumah member aku..taman sebelah ni jer.. Katanya ader mini gathering kali ke-2 hehhehe. Kali ni lain sket..sebab gathering kali ini ala-ala potluck. Masing masing kena bawak menu spesel ni. Aku nak bawak apa erk.. pekasan boleh?.. banyak stok ni kat umah. Ermmm Jap nak pikir......



Lokasi 2gather-gather kali ini.. cukup luas untuk askar askar buat training, latih tubi sumer.

Ok la.. dah ader jawapannya. Menu special yang aku nak bawak ader dalam entry berikutnya. Hehhehehe.. ok..ok..jom masuk dapur. Sebelum tu kena pegi kedai dulu beli bahan bahannya. Tinggalkan korang dengan kalimah....

Asslamualaikumwarahmatullahhiwabaraqatuh.. mau masak babe.....

Saturday, April 16, 2011

Sabtu Lagi...?

Assalamualaikum.

Mulakan pagi Sabtu anda dengan........



Wanna..Wanna...NESCAFE..

Ermmmm.....Sedappp.... Jom sambung tido balik. Breakfast tu nanti nanti la... kira jamak ngan lunch skali.

Okkk daaaaaa..........

Friday, April 15, 2011

Pekasam

Assalamualaikum..

Semalam terkocoh kocoh berkejaran ke pasar malam. Sampai sana tempat pertama yang dituju ialah tempat jual ikan pekasam. Nasib baik sempat beli.Aku tengok adalah tak sampai 10 pek lagi yang tinggal. Terus cekau 4 pek... kalo 1 3henggit..aku ambik 4, dia caj 10 henggit. On the way balik, singgah isi minyak kejap, hensetku berbunyi..



anieee.. ko pegi pasar malam tak?
Dah balik pun.. naper?
Ingat nak suh ko beli ikan pekasam..
Takperla..aku beli banyak ni..ko ambik satu..nanti besok aku bawak.


Seeeee..bukan aku jer penggemar ikan pekasam makcik ni tau. Ada gak insan lain yang berminat sama. Padahal minggu lepas aku rasa dia dah beli. Siap goreng bawak bekal ke tempat kerja lagi.

Sampai jer kat umah... Ajeed plak yang interbiu aku..

Mana ikan yg awak beli tu..
Niii... saya borong 4 skali wakk...
Ermmm.. patut la murah.. ikan talapia rupanya memang la...


ehhhh yer ker.. mana saya tau.... Aku pun mula konpius. Konpius mikir kat mana dia tangkap ikan ni...Jangan sungai kat belakang pasar malam tu dah la. Ahhh lantakla..janji sedap... Ehhh kejap... lupalaaa.. malam ni umah aku ader tetamu la... My FIL... Nak masak aper erkk?.. Masa ni nak tunjuk keparan dalam bab masak memasak ni. Biasa kalo aku balik umah dia memang aku takder peluang nak masuk dapur. Setakat pegang sodek kacau kacau atas dapur tu apa la sangat.

Okkk..tingggggg..idea sudah datang maaaaa....

kerutup daging
Ikan pekasammmm of coz...
Celur pucuk ubi..
Budu....


Amacammmmmmm.... Agak agak terserlah tak aura menantu pilihan..uhukk..uhukkk....
Ini korang panggil pucuk ubi ke daun ubi.. sila bagi penjelasan. Acik konpius ni...

Izinkan Aku Pergi….

Assalamualaikum….

Aloloooo nak pegi mana cayang oiii?



Cakap pasal nak lari ni teringat plak kisah dizaman aku kecik kecik. Asal gaduh ngan mak aku jer mesti sibuk nak lari dari rumah. Lari nya idak… lebihnya menyorok belakang umah jer, dalam semak. Kalo nak lari tengah malam plak port peberet adalah atas pokok rambutan Itu jerla modal aku. Mak aku memang tak heran pun sebab dia tahu kat mana port aku setiap kali aku hilang. Ko duduk berejam pun takkan datang pujuknya.. Buang Karen ko jer la. Kan sejam dua bila dah boring merajuk aku seludup la masuk umah slow slow..nyorok dalam bilik plak…Buruk kan? Bukan aku tak tahu..mak aku jeling ekor mata jer tengok aku seludup masuk..hehe.

Tapi itu perangai tak senonoh aku zaman hingusan. Masa bercinta plak pesen lain plak gaya merajuk. Siap baling henset. Sebab henset pertama yang aku miliki adalah pemberian si dia. Konon marah sangat la tu..Puiii…..Pastu yang paling latest pattern merajuk aku adalah setiap kali merajuk siap kurung diri dalam bilik..siap kunci ko… masa lom kawin la..welllllll…pujuk rayu bagai la… Tombol pintu pun sampai tercabut konon konon….

“dindaaaaa kanda datang selamat dinda…. Uhukk.uhuk kiss kiss hug hugg….”

Tapi bila dah anak 2..hentikan rajukmu.. Ko tarik munjung 14 siap boleh simpul mati lagi…

"nehi heyyyyy…Kanda takkan pujuk lagi…"



Sooo aku harap sangat sumer peel buruk aku tu jangan terkena kat anak anak aku plak. Tak payahla diorang ambik perangai tak elok ibu dia ni. Tapi kalo tengok gaya si Hadif…. Ermmm boleh tahan ni, kalo bab merajuk memang kepakaran dia.. siap ambik kunci nak buka mangga gate lagi… Nauzubillah.

Thursday, April 14, 2011

Sakit Kepala

Assalamualaikum..

Bestnya.. Lagi 2 jam nak balik... Sementara tunggu tinggg tonggg ni sempat lagi la kot aku nak bercerita sikit.



Korang pernah sakit kepala tak... Maksud aku bukan sakit kepala yang sket sket denyut manja manja tu.. Sakit yang sakittttttt sangat. Hinggakan kalo ko tarik rambut pun boleh terasa kesakitan tu berpindah ke gigi geraham atas. Korang boleh bayang tak sakit macam mana?.. Baik korang bayang sekarang.

Menurut sumber yang digugel:

"Sebanyak 3 dari 4 penderita migrain adalah perempuan"

Takkan aku salah sorang kot... Pastu statement yang paling merisaukan aku

"Hati-hatilah bila anda sering mengalami sakit kepala. Gangguan kesihatan yang kecil ini sebenarnya boleh menjadi penyebab atau gejala penyakit yang lebih besar"

Aku perasan selalu sakit sakit kepala ni sejak 2 menjak ni jer. Dulu kala mana ader. Mungkin satu sebabnya umur makin tua kot.. Ops bukan tua veteran la..

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Assalamualaikum..



Memang Cikanie suka bab gegar mengegar ni. So tak nak ketinggalan gak la. Kebetulan plak ader masa nak update sket. Soooo apa lagi kasi BERGEGARRRRRRRRR la blog cikanie ni EN.BEN.

Mana tumpahnya Kuah......

Assalamualaikum..

Khamis datang lagi. Naper aku suker?.. sebab aku nak pi borong ikan pekasam sedap lagi murah kat Pasar Malam Seksyen 7. Sedapppp..murah plak tu... 4 ekor 3hinggit.. Murah la kan? Ingat nak beli dalam 5 bungkus. Nak buat stok puasa. Hehhehe.. puasa ganti pun blom terbuat lagi.



Ekceli aku nak tanya korang.. sesuai tak kalo seawal usia 3 tahun aku dah paksa Hafiy baca buku. Maksud aku aku dah susun jadual blajar untuk dia. Untuk 1st step ni aku tengah gigih jadi cikgu paksa dia menghafal huruf vokal dan Iqra (baru alif ngan Ba)..Elok ker tak elok erk? Aku takut dia stress jer. Sebab apa aku cakap gitu?... sebabnya setiap kali aku suruh dia baca.. ada jer alasan dia..Pastu mesti dia buat muka tension gila. Lagak orang putus cinta..lembik segala sendi. COntoh la kan...

Hafiy Jom baca buku..
Ibu... Hafiy nak minum air erk..


Bukan main lembut lagi suara dia tau.. Bila dah siap bagi air...

Ok..jom kita baca buku balik..
Ibuuu nak air tehhhhh...


Pulakkk... Masa ni suara dia serak serak basah...memek muka plak macam nak nangis.. cembeng la senang citer. Ader jer alasan dia tau. Pendek kata sumernya nak kena paksa. Siap ugut bagai. Nak kena kurung luar rumah dulu baru la dia nak ikut apa yang kita baca. Itu pun suaranya tenggelam timbulll..alahaiiii...... rasa mau jer aku nak transform jadi raksaksa.



Tapi kalo bab basuh pinggan.. menyapu.. masak kat dapurr... dialah orang yng pertama nak tolong aku. Genetik babah dia terlebih ni. Suka masak..konon nak jadi chef.
Adiknya lom boleh join group memasak lagi. Apalagi nak tolong mengemas, sapu sampah.. Tukang kirai kain baju yang aku lipat yer. Itulah kepakaran dia buat masa sekarang.

Psst : Ya Allah Kau peliharalah Anakku ini.. Jadikan dia anak yang soleh.. Yang memberi manfaat dan ilmu berguna pada orang lain. Amin

Wednesday, April 13, 2011

Dah dapat agak dah sebenarnya mmg mcm ni...

Pagi tadi dapat satu email dari seorang kawan. So aku nak share kat sini supaya uollss kat luar sana jelas dengan situasi sebenarnya. Bukan apa...takut ader pihak yang cuba menangguk di air yang keruh. Sekiranya artikel satu kebenaran.. maka sebar sebarkan...dan sekiranya satu putar belit maka ambiklah iktibar.

Ok..cer baca...

BERILAH KESEMPATAN UNTUK MENCERITAKAN YANG SEBENARNYA..
pastambun - Posted by Greenboy



Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan cerita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.
Boleh kita baca bagaimana ‘jahat’nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,



“Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung” – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

“Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman” – JPM Malaysia -

Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh ‘membunuh’) menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebenar kejadian.



“ adik saiful (arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis (gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal di asrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi ke hospital, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat”.

Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8 pagi hari ahad.”

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai ke rumah Abang Zamri (ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. “ dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia” cerita abang zamri.



Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih )

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporan forensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meninggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. (gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah ‘menghukum mati’ peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim.



rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri

SUMBER : http://www.mygamis.net/2011/04/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya.html

kp : Al-Fatihah..

Cekodok Bertukarrrrrr.... Tinggg....

Assalamualaikum..

Orang cakap pankek kat Yummie Bangi tu sedap. Maksud aku tepung la. Saper penah cuba?.. Ni ada kisah pasal pankek ni..

Akceli citernya bermula bila kami anak beranak dah tak tahu nak makan apa di petang minggu. Nak keluar ?.. malas la plak.. tukar baju lagi.... Soooo pikir punya pikiaqqq datang idea nak buat cekodok manis. Itu jer yang dapat... Nak buat cekodok bilis , bilis pun takder. kangkung pun takder... Saper penah cuba cekodok bilis campur kangkung... Sedapppp.. kangkung tu ko hiris halus mulus macam nak buat ulam nasi kerabu, pastu taruk bilis, taruk bawang merah yang dihiris halus then masuk garam sket... wallahhhhhh.. makan plak time hujannn huuuuuuhu syahduuuuu.... teringat plak memori lama.. Asal musim hujan jer ..mesti mak aku akan tanya gini..

Nak make jepput mallasss dop?

ekceli kami panggil cekodok bilis campur kangkung tu jeput malas... Mengikut pendapat aku la.. jepput mallas diambil sempena orang yang malas nak masak sedap sedap masa musim hujan.. Logik tak?..hehe, Lepas mak aku tanya gitu..gerenti.. berlari lari la kami adik beradik pi beli kangkung. Tak banyak..20 sen jer..dapatla 2-3 cekak.

Ok berbalik citer asal, dah jauh sangat melencong masuk plak ke zaman 80an budak di zaman hingusan... Dah takder idea sangat nak makan kan, makan lakiden pun masuk la dapur.. Jangan heran yo.. lakiden memang dari dulu lagi bercita cita mau jadi master chef.. tapi berkubur macam tu jer sebab awal awal dah fail..nak buat roti hamlet...hasilnya dapat roti helmet, dahla rasa kari. Haisss...melencong lagi.

Soooo.. masuk la ke dapur.. pung pang pung pang... Aku tanya dia...

Ni nak buat aper ngan nestum Hadif ni...
Nak campur dalam cekodok la..
Ooooo cekodok manis nestum la...


Sooo aku tunggu la cekodok nestum tu masak dengan penuh sabar..dalam hati..

Ermmmm mesti sedap ni..tak sabar..tak sabar...

Jomla Hafiy...kita masuk dapur..tengok babah goreng cekodok..Mesti dah masak ni. Tetiba jer...



Aiikkk naper jadi lempeng plak?...

Yer la.. Nestum kan kalo campur air jadi cair.. takder rupa nak jadi seketul la...
Takperla...lempeng pun lempeng la... Dari lempeng elok aku sebut pankek... western sket... hehe. Kebetulan cokelat ader kat dala peti aais... Apa kata kita sapu pankek ni dengan coklet.. Jadila wafel kan...

Cuba tengok.. bebudak berdua ni pun tak sabar nak menunggu pankek nestum ciptaan master chef yang direject...



ermm.. bolehla tahan... Dapatlah melepaskan keinginan yang membuak buak nak beli tepung pankek kat Yummie tu. Tengokla minggu depan.. ingat nak gak try buat.. mesti sedap kan?..

Tuesday, April 12, 2011

Penemuan Ke-3 dan terakhir..

Assalamualaikum..

Sebelum baca entry ini pastikan korang baca 2 entry yang sebelum ni. Baru korang paham.. Kalo tak korang mesti blur blurrr.. kondem aku.. citer aper ni? Allaaaaa jumpa ni pun nak kecoh ker.… So seafdhalnya luangkan masa anda membaca cerita sebelum ni yang membawa kepada penemuan pertama, kedua dan seterusnya yang ketiga ni la.

Ok penemuan ke-3nya adalah….Korang nampak tak apa yang aku nampak. Dalam banyak banyak botol air kat surau ni ader terselit botol budu yang cinonit tu. Aku pun heran..Sumer jenis barang kalo boleh diaorang nak simpan dalam surau. Dah takder tempat lain. Paling teruk makan nasik dalam surau pun ader. Tempat ni kan untuk kita beribadat. Kalu kotor camni..dengan sisa nasik la..KFC la... air tumpah la...Camne nak cari kesempurnaan dalam beribadah.



Ontheway balik dari belakang kilang, aku terus ke surau… lewat dohhhhhh…..Nak masuk asar rupanya. Aku jumpa botol budu kat dalam surau..hehehe tetiba terasa tekak ini nak makan telor rebus cicah budu…

Sedaapp Ooooo sgt sedappppp…

Itu jer… Dah.. masa untuk focus…..buat kerja..buat kerja.
Jangan marah erkkk…

Penemuan Ke-2

Assalamualaikum..

Sajer jer aku nak cerita sekerat sekerat. Di kala kekeringan idea… cerita sekerat inilah yang menjadi penyelamatnya.

Ok.. semalam aku citer pasal aku rayau kat belakang kilang..tetiba jumpa dengan sangkar kucing kan… Pelik tak…?… Memang tak pelik pun… hehe..sajer jer nak citer kosong kat sini. Lepas tu kan.. masa aku nak balik tu, singgah kejap kat paip air.. nak basuh tangan… kotor sket tangan… Maklum lah… kat belakang kilang aku tengah giat buat projek… Sumer bukit kena gondol dah…Tak sesuai dah kat sini pakai nama Bukit Angkat. Nama baru kat sini adalah Bukit Gondol. Soooo… habuk habuk banyak la berterbangan. Saper yang parking keter kat belakang memang hari hari pakai bedak la keta diorang. Memang banyak banyak giler habuk kat sini.

Ok sambung lagi.. melencong kejap… Masa nak buka paip tu,, Terperasan tanda ini..



Ayoooo… Kat sini sudah habis kertas ker?.. Sampai kena tulis kat dinding ni…Yang menggerutu tu sebenarnya dinding simen tau. Tak rosak ke pen diorang?

Bijakk.. Memang bijak… Mecam la orang lain boleh nampak.. Orang yang macam aku jer boleh perasan tau.. Sebab aku jer yang ader masa suka nak rayau sana sini cari perkara pelik macam ni. Muahaha.. Janganlah bos aku dan kroni kroni dia baca blog aku ni....

Psst : Penemuan Ke-3 akan menyusul… hehe

Macam Macam Aku Jumpa…

Assalamualaikum….

Minggu lepas aku bapakkk punya boring, so kena la buat buat ader kerja sket...kerjanya jalan jalan cari pasal belakang kilang..hehe.. Ekceli aku aderkerja sket kat belakang. Kat belakang tu merujuk kepada kawasan kilang yang paling belakang. Korang paham kan?…Nunnnn di hujung tanjungg………

Ok… Jalan punya jalan… Jumpa penemuan yang pertama…



Ada sangkar kucing la kat belakang sana. Saperla rajin membela ni erk. Sempat lagi tu kasik makan sumer. Agak agak mandikan pun dia sempat buat jugak ker tak?. Tak puas hati tengok dari jauh…… Cuba rapat sket ngan kandang tu.. ohhh ader 2 ekor rupanya. Ntah jantan ke betina aku tak reti plak nak lihat. Pastu paling best siap ader ayam goleng maaa… Ikan kembung goleng pun aderrr……



Wahhhh ini sudah baguss… Naik lemak la ko erk kucing…. Nanti pasni beranak pinak lagi la ko..Sebab ko dah ader tuan kan?…

Masa aku duk sibuk ambik gambar ni tak perasan plak tuan yang bela dia tengok..

Akak nak bagi kat opis ke gambar tu?
Ishhh tak la….. Jangan risau…. (akak Cuma nak citer kat blog jer)


Kata aku dalam hati jer la. Rupanya dia ingat aku nak report kat Admin kot. Tapi lambat laun diorang akan tahu jugak. Bulan depan ader audit. Mesti auditor pegi rayau kat belakang punya.

Psstt: Penemuan kedua akan menyusul untuk next entry…

Monday, April 11, 2011

2 BUDAK BENJOL

Assalamualaikum…

Heyyyyyyyyyyy………..heyyyyyyyyyyy… (sila mengeluh panjang macam aku mengeluh sekarang). Ehh confius kejap.. camni ke bunyi orang mengeluh erk.. tapi itu bunyi versi aku la. Orang lain aku tak tahu.

Ok… Hari tu baru jer Hafiy terjatuh..sampai tinggalkan sebijik telor benjol kat kepala. BESARRRRR PUNYAAA kan?..Ingat lagi tak?. Sampai sekarang benjol tu masih tak hilang tau.. Kalo korang nak refresh balik kisah dia terjatuh tu pegi kat sini. Camner nak ilangkan kesan tu erk?.. Tuam dah sudah. Tapi aku takder la tuam hari hari. Time aku free sangat aku tuam la, itupun kalo aku teringat. Tapi kalo dah hari hari schedule penuh..Camner nak ingat.. Masa pulak memang takder. Cer jawab.. Ingat senang ke nak jaga 2 budak benjol ni. Orang cakap senang la.. Cuba ko jaga satu hari.. Baru ko rasa kencing tak lawas.. Itu kira dah cukup baik tu. Macam mana nak lawas..kalo sampai ke dalam jamban kena ikut. Siap kena skodeng lagi.

Hari minggu lepas si Hadif plak yang kena. Aduiiii.. Tinggalkan kesan benjol yang sama. Dahi sebelah kiri jugak…. Aduiyaii.. masa aku jamah kesan benjol tu kan..Terasa lembik lembik. Bahaya ke tak erk?.. Nasi baik takder muntah. Punca budak berdua ni terjatuh pun hampir sama…Terlebih Galak. Cuma versi jer berbeza. Versi Hafiy sebab dia hepy sangat. Masa tu nenek dia ader kat umah. Lari menyorok tak hinggat dunia.. KEBABOMMMM…. UWAAAAA…….



Kalo korang perasan cuba tengok kat dahi sebelah kiri tu.. lebam sket kan.

Versi Hadif plak hampir sama jer …Galak jugak. Hafiy yang mengejar dia. Kebetulan dia baru panjat naik atas sofa. Bila Hafiy kejar secara otomatiknya dia melompat turun pesen lompat katak dari atas sofa ke bawah..… KEBABOMMMM….UWAAAAAAAAAAAAAAAAA.. (yang ni kena panjang sket).. Nasib baik tak terkehel leher..NAUZUBILLAH…



Hadif pun sama....dahi sebelah kiri gak.. benjol pun masih jelas lagi. Aduhhh…. Fininnnnng…. Apa mau jawab dengan En Suami….. Soooooo silalah pikirkan ayat yang sedikit logic.