Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, February 28, 2011

Ngantuk Weyy...

Mengantuk plak petang petang gini. Tambah plak terlebih makan lunch tadi. Takperla.. bagi peluang untuk aku hapdate blog kejap.

Pagi tadi dalam sejarah. Bangun pagi kul 7-20..... diulangi sekali lagi..7.20.. bukan 6.20... Subuh ntah ke mana....
Maybe sebab ubat batuk yang power semalam. Tak tahan batuk sampai terkencing kencing...tu telan sebijik... terus lalokkkk tak hingat. Apalagi.. macam lipas kudung la.. pampers anak tak sempat tukar... susu tak sempat buat... kesiannnnn.....

Ohh..nak update pasal Hafiy sket..... harap boleh bagi motivasi pada ibu-ibu yang lain.... Ekceli ini berita gembira buat aku la........ hahahha..(harus ader tanda ..hahaha itu untuk gembira okkkk)

Hafiy dah "free pamperss"... :) (gembira tak mak ngah dia tuuuu)

dah boleh cakap kalo dia nak shii..shiii... Berak lom lagi.. mungkin tak biasa lagi.
Tapi kan dia ada ngadu sakit kat perut la.. Aku rasa dia kencing tak lawas kot.. Sebab...kejap-kejap..nak kencing..tapi kuarnya sikitt jer. Tapi yang kelakar tiap kali nak masuk toilet dia mesti bawak keter skali... alasan dia car nak mandi...7 kali kencing 7 kali car dia mandi..... motivasi untuk dia kot..

Dan sedikit update pasal Hadif..
Semalam bawak Hadif pi jampi umah pakcik kat tempat kerja Ajeed. Kena calit kunyit kat badan...terkena baju putihhh..alohhhh sayangnya... tapi kalo ilang penyakit dalam badan tu alhamdulillah...baju kotor lantak pi la..janji anak sihat walafiat.... bukan nak taksub sangat dengan bomoh..jampi sampai boleh menyekutukan Allah S.W.T..Tapi sekadar berikhtiar, dah cara moden lambat sangat nak berkesannya...

Sooo.. itu jer... para ibu... termotibasi tak?....

Macam Macam Ada..

Sila jangan terkejut tengok gambar di bawah. Ini adalah kejadian benar yang berlaku setiap kali balik kampung. Nak nak 3-4 bulan ko tak balik. Sekali balik…nahhh ..penuh satu bonet. Sket lagi aku nak suggest kat Ajeed suh dia ambik Nissan C20, senang nak isi barang. Serba serbi ader.. anak pisang, tempoyak , kelapa, keropok, sos cili, …… nasib baik tak disuruh bawak pokok getah jer.. Kalo umah aku jenis yang ader laman.. mau rasanya mak aku paksa suh bawak anak getah.. balik la tanam getah..getahkan mahal sekarang…dah agak agak malas nakgi kerja ..pi laman toreh getah…. Amacammmm….ader branssss.



Kali ni biasa lagi.. Cuba ko tengok time musim doyan. Pendek kata sumer benda bau doyan..sampai spender kat dalam beg pun terlekat bau perpium doyan. Tuan yang bernyawa ni takyah la citer…1 badan bau doyan.. Nak muntah sumer isi dalam perut tunggu 6 jam sampai Kajang. Tapi nak buat camner..Hati orang tua mesti nak kena jaga beb. Tapi dalam nak kena jaga hati orang tua..muncung memang panjang sedepa la. Kena paksa bawak. Bila sampai Kajang lain plak citer.. lahap tahan gaban. Makan doyan licin sampai ke bijik. Hampess.


Korang ingat tak pasal aku dipaksa jual tempoyak. Nasib baik ader orang nak. Nak balik hari tu yang tukang beli tu siap kirim lagi botol…. Masyukkkkk…untung gak jual tempoyak kat KL ni erk. Kalo kat kampung dah sah sah tak laku. Sampai masam rebam naik kulat pun lom tentu habis. Tapi sebab doyan kat sana takder rege….setakat 50sen sekilo..bau kopek jer doyan tu buat tempoyak….lagi banyak untuk dari jual bijik ni.



Korang bayangkan…dengan bonet penuh.. jem lagi…. Naik plak bukit 7..merayap cam siput sedut….sampai separuh bukit temperature dah naik line merah. Nasib baik takder aper aper.. elok jer turn bukit….jarum tu jatuh balik macam biasa.

Sekarang ni pun aku dah pikir..musim doyan nanti.. berapa tan la plak yang aku kena bawak datang sini….Takperla.. sekala stahun rela dalam membebel jer la….
Psttt: Ader saper yang mood tgh swingggg.... layan lawak pecah perut ni.

Saturday, February 26, 2011

Andai Kata..

Andaikata masa ni aku kat negeri kelahiranku ku…. Bestnya…Naper la kalu balik kampung..singkat sangat rasanya masa berlalu.. Baru bangun tido ni..tetiba dah tengahari….masak kejap..lepas makan…dah petang plak.. Bila masuk petang tu… kejap kang..dengarlah azan magrib…. Makan malam sumer….masuk insyak…. Lepas insyakkk…dah nak masuk tido.




Apa yang best sangat kat kampung erkkk?…

Pepagi sebelum makan nasik berlauk turun kat laman tegur kambing..ayam sumer… masuk umah makan nasik berlauk….boring berlauk..nasik krabu plak…..



Dah tengahari sibuk masuk dapur…. Masak untuk lunch plak….

Petang sket ..lepak la ko sampai la matahari masuk sarang…..gossip sana sini…. Opssss..gossip secara berhemah..hehe

Oh bestnya…. Kampungku…bila la dapat balik plak ni... harap-harap bulan 5 ni Ajeed free. Bukan aper... kesian dengan si Hafiy.. tak habis habis nak balik kampung...jumpa nenek..tok ayah..chik..adam.... pagi tadi pun nangis..tak nak gi sekolah.... nak balik kampung. Mimpi kot malam tadi...sebab aku nyakat dia... kononnya aku merajuk nak balik kampung sebab dia pukul aku... lama gak aku meyorok belakang keter.... siap nangis nangis lagi nak ikut..aku buat derkkk jer.. nyorok belakang keter.1/ jam baru aku masuk.... merajuk sampai ke sudah la jawabnya.. sebab tu la dia mimpi kot..hehe

Setahun 3 @ 4 kali balik dah cukup baik aper?....

Friday, February 25, 2011

SENTAP

Tersentap kejap bila ader sombedi tanya aku..

“Apa yang blog awak boleh motivate diri awak…”

GERAMMMMMMMMMMSSS

Soalan bikin panas korang tau tak? siap highlight merah lagi.. merah itu marah.
Means blog aku tak dapat nak motivate diri aku sendiri… apa lagi orang lain..gitu…

Ok fine…. Aku mengaku…tak habis citer pasal anak..anak berak..anak sakit anak muntah..anak terkecing….. tapi sombedi tu harus ingat…. Itu DIARI HIDUP aku…. Bukan blog motavasi…

Tak payah nak expect lebih dari tu…
OK...Lepas ni aku nak niaga cookies la plak… bolehhh? puas hati?

Sukanya Bila Dia Ceria

Adehhh… semput acik terbatuk batuk … mengejar loceng. Ngam-ngam bunyi loceng ting tong aku punch. Berlari memang tak hingat..kesian kat lemak tepu..pening loya terkocak kocak. Ni sumer gara gara nak makan roti canai. Asalnya mak dia nak makan… konon pelawa kat si anak. Si anak plak terus nakkkkkk… sekali tengok orang punyalah ramai yang menunggu…. Nak jer kansel…. Tapi sebab anak yang nak…nak tak nak tunggu jer la… hasilnya… semput terbatuk batuk la ni…..uhuk..uhukk….(oh itu tipu)

Alhamdulillah … dah nampak muka ceria si Hadif dalam sari dua ni. Kalo tak..monyok jer muka dia aku tengok.. lahaiii kesiaaaan. Banyaknya benda dia belajar lepas cirit birit muntah muntah demam hari tu. Legi seronok bila aku tengok dia dah nak makan nasi..walaupun sket. Dia lebih suka makan nestum yang bijirin tu la. Sekali makan banyakkkk…. Tapi risau plak tengok tahi dia jadi putih, naper plak erk?.. macam macam. Ke kena cacing plak?



Semalam aku dengar Ahad ni Ajeed nak bawak dia pi jumpa pakcik yang dekat tempat kerja dia. Nak mintak air penawar sket. Mana tahu peel nangis nangis nak dukung tu bulih hilang. Tapi kalo bab demam panas, anak aku memang serasi dengan pakcik tu. Ingat lagi yang kes Hafiy kena tarik sampai kena warded hari tu. Lepas jer kes tu aku terus bawak Hafiy jumpa pakcik tu… Alhamdulillah… sampai sekarang..memang takder demam langsung. Mungkin jugak kebetulan..sebab Hafiy kan dah besar.



Soooo apepun penyebabnya tak kisah la.. janji anak aku sihat. Yang penting 2-2 aku try. Klinik pun aku pergi… air jampi pun aku try. Orang kata ikhtiar tu penting. Jadi tak jadi itu kerja Allah Taala. Insya Allah la.. aku nak bawak hadif plak. Mintak mintak serasi la dengan pakcik tu.



Takder aper yang boleh melegakan hati seorang ibu..tengok anaknya sihat pun dah cukup baik. Tapi bab suka nangis ni aku surrender la. Mintak mintak pakcik tu boleh ubatkan sekali la. Tak tahan wey.. kalo doplohpat jam…asyik nak menempek jer. Satu jer yang boleh buat dia senyap… aku terbaring tengok tengok dia main depan TV. Kalo aku duduk pun dia tak sedap hati lagi. Dia nak aku tido. Habisss kalo gini rupanya.. camner aku nak berjalan umah orang… pendek kata jadi buah mulut orang la camnilah kekdahnya…



Diorang tak tahu…. Kita jer yang tahu pesen anak kita….
Takperla… redha jerla kalo jadi kes macam ni. Nak buat camner lagikan. Ader aku kisah.. Lebih baik aku pikir pasal anak anak aku. Teruskan keceriaanmu duhai anakku…



Haaa..macam ni la bagus…..sukerrrr… hepyyy….. riang.. tertawa…gembira…
Nangis nangis takmo tau…..!!!!


Thursday, February 24, 2011

Ralat

Ingat wartawan jer ader ralat.. aku pun ader tau

Ekceli camni... pasal entry semalam tu aku tersilap masuk link. Mesti korang pelik kan?...
asik asik kuar benda sama... klik tu pun kuar panjat kabinet.. klin yang satu lagi pun panjat kabinek jugakkk..... aiseymannn.....tersilap copy paste la...

Ok .. yang bawah ni baru betul

Nak tengok pesen Hafiy plak.. sila klik sini.
Nak lagi best.. tengok yang ni plak....siap panjat atas kabinet lagi. Dalam laci tak syoik lagi.....

Pastu 1 lagi yang takder dalam link semalam..

Satu lagi tempat peberet budak budak ni bawah meja. Korang perasan tak… Mana mana pegi pun naper kat bawah meja jugak yang diorang suka main main.

Confirm.. kali ni tak silap dah...
Sorry...

Bukan berjimat....

Citer ni dah lama. Baru teringat jap tadi soooo nak dikongsilah dengan readers yang sudi mendengarnya. Walaupun citer kosong jer. Tapi aku rasa ader mesej yang tersembunyi disebalik citer ini… Suspennn tak?

Alahhh…. Takyah serius sangat…. Takder suspen pun… gurau jer..
Ntah..aku pun lupa bila dah aku balik umah FIL aku… kebetulan pak mertua aku tertengok la selipar nipis aku ni…

“alahai.. jimatnya anie nih.. sampai nipis selipar ni dia pakai”..

Ekceli bahhhh.. selipar saya memang pesen nipis bah. Bukan sayang duit nak beli baru…Nasib baik suami ader tukang cover. Tapi selipar ni masih elok lagi. Buat apa nak bazir duit. Pesen aku..rosak 1 beli satu.. gitu la.. Pastu 1 buat pakai untuk jalan-jalan dekat dekat jer..like balik kampung.. satu lagi untuk majlis aper aper la… So bila dah rosak.. baru aku ganti….Aku ni jenis tak suka buat koleksi. Sampai dah takder ruang nak simpan kasut or sandal.. rimas gue…

Sooo dah alang-alang kena tegur ni… takperla..aku pun nak tuka selipar baru la. Lagipun yang nipis tu dah semakin nipis. Tapak dah haus. Mana tak haus.. sebatu aku jalan org mesti toleh balik..sebab bunyi kuat sangat. Lagipun selipar ni pernah cetuskan kontroversi kat dalam bas. Elok tukar jer la erk….



Soooo pilihan korang.. merah atau kuning..?…
Mana satu taste aku? Tu selipar lama.. nak yang baruuuu skettt jer..

Mesej kat sini…. Jom la kita pi beli selipar baru wakkkkkkk……. setakat nak gi kedai acheh tu boleh lagi keletum keletam pakai selipar nipis tu.. tapi kalo nak balik Klang.. segan la plak..dah kena tegur kan?....hehe

Wednesday, February 23, 2011

Port Peberet

Ntah naper… anak anak aku ni suka sangat lepak kat dalam laci kabinet. Dulu Hafiy pun sama. Tapi lepak dalam versi yang berbeza. Masa Hafiy dulu dia suka buka laci then berdiri kat dalam tu. Hadif plak suka duduk. Ntah apa yang best sampai nangis nangis bila aku paksa dia keluar. Sudahnya aku biarkan ajer. Duduk la lama mana ko nak duduk nak…. Janji jangan tinggal sisa udah.



Nak tengok pesen Hafiy plak.. sila klik sini. Nak lagi best.. tengok yang ni plak....siap panjat atas kabinet lagi. Dalam laci tak syoik lagi.....

Baju diorang pun hampir sama. Maybe saiznya berbeza sket kot. Hafiy berisi sket. .. Adiknya ni cekeding jer. Maybe Hadif ni ikut versi aku zaman kecik kot.

Takpe la.. janji lepas ni dia sihat walafiat. Kalo boleh dijauhkan sakit sakit, tak selera nak makan ni sumer. Risau betul tengok anak anak tak sihat ni.

Satu lagi tempat peberet budak budak ni bawah meja. Korang perasan tak… Mana mana pegi pun naper kat bawah meja jugak yang diorang suka main main.

Tuesday, February 22, 2011

Mental perlu cekal bebb…

Minggu lepas adalah hari bersantai paling syiokk kami anak beranak. Lepak guling guling kat umah bersama insan insan tercinta adalah momment momment yang paling berharga dalam hidup. Cewahhhhh… puiiii…

Tetiba terlintas kat otak aku.. aper salahnya aku cuba train Hafiy tak pakai pampers. Masa yang sesuai ni. Tapi make sure mental dan fizikal aku kental pada hari tu. Kental beb. Lagipun dia dah masuk 3 tahun awal bulan lepas. Sooo..time ni adalah masa yang paling sesuai la sebab dia dah boleh cakap bila masa dia nak berak..bila masa dia nak kencing.

Pepagi lagi aku cakap kat dia….

Ibu taknak Hafiy pakai pampers hari ni erk….
Ermmm…. (jawapan standard)


½ jam pastu……sedar-sedar dah lencun sambil berdiri….Ok fine.. nanti ibu bersihkan……. Aku tengok dia dah mula gelisah., Kejap kejap dia pegang anu dia.. Yer la..punggung dah terbiasa tebabl.. tetiba…nipisssss jer.. janggal la tu….



Aku cakap lagi……..

Kalo Hafiy nak kencing cakap….”Ibu …Hafiy nak kencing”
Nanti ibu bawak Hafiy masuk toilet…
Ermmm…. (jawapan standard)


Lebih kurang setengah jam pastu aku perasan dia meluru belakang sofa. Tak heran la..biasa dia suka main toys dia belakang tu…tetiba..

Ibuuuu……

Aduhhhhhh……… sketul besar penumbuk aku elok jer kat kaki dia……
Relexxxxxxx…… aku ambik tisu…kain..mop segala bagai.. cuci bersih bersih….

Babahnya…..? Tukang tengok. Sekali skala dengar dia mencelah…

Nanti Hafiy cakap ka ibu kalo nak kencing yer…..

Iyoooo la…tukang basuh sumer ibu jugak yer….

Kali ke3 dia terkucil aku dah hangin….. siap paksa masuk toilet.. bebel bebel mulut… biasala ..mulut jer bising.. tangan takder nak lepuk lepuknya.
Tetiba dia boleh cakap…

Ibu pakai la pamperssss…….

Amboi…… ko plak yang nak ngajor ibu erk…..

Hinggala petang aku kira 7 kali dia tukar seluar. Sumernya terkucil di hall depan tv..1 kat dapur.. 1 kat porch depan….Macam artis plak… dalam satu hari 7 seluar ko tukar erk?



Kat pic ni baru 2... malas dah nak snap.. sampai habis dah seluar single...Sabor jer la…… tu sebab aku cakap mental kena kental… Tapi heran plak aku naper coyonunalif senang jer train anak diorang. Stahun lebih sket jer dah tak pakai pampers…

Camner diorang buat erk?…..

Monday, February 21, 2011

Bebel Pagi Sama Hati

Tahap keboringan sebab training 2 hari minggu lepas sudah habis. Masuk minggu baru..minggu akhir untuk Feb2011. Dari hari ke hari bulan ke bulan.. masa berlalu makin pantas. Usia plak makin banyak. Kadang-kadang hati tertanya tanya... apa aku puas dengan kehidupan sekarang?.. bila dipikir hati mula berkecamuk.resah.... Tapi untuk menyedapkan hati sendiri....

Hidup hanya semetara.... tiada yang baqa'...

Ahhh.... kalo ikutkan hati memang tak pernah puas...
Wasatiah....

Itu yang terbaik..

Dah.. stop bebel jap. .. sambung pasal training minggu lepas....
Ada lagi pic yang tak berapa nak ready rupanya...



Serius bebenor acik anie ni.. kusyuk dan tawaddukk mengaudit si Fara.

Allah huakbar..... mengandung ker acik anie ni?....



Kasutnya mana.....?

Bebel dan bebel yang tak pernah puas. ... .sila terima hakikat perut anda susah mau diselamatkan..
Hati mana nak penah puas?...


Pssst : Semalam hari paling penat....... Nanti aku citer.. pic tak sempat nak upload

Friday, February 18, 2011

Nak Sangat kan?

Semalam ngan hari ni aku kena attand In House training untuk Internal Audit ISO 9001 & ISO 14001. Ya Ampun malas gilerr. Nak -nak hari ni ada task untuk site audit. Semalam satu hari memang cuak giler. Siyes.. aku memang takder mood.

Dan hasilnya bila takder mood......



korang nak sangat kan aku present kat depan... Nahhhhh.......
aku dah kata PR aku hancus.... gaya aku cakap pun dah jadi gaya aku tulis blog.
ko bayangkan camner aku nulis blog..gitu lah aku present kat depan ...

Dah nak sangat dengarrrr... hambikkkk kooo..
tergagap...gagap.. uuuuuuu...aaaaaaa...uuuuuu....aaaaaaaa...

tak suker la. Memamng aku takleh fokus langsung. Padahal ni bukan pestime aku attand training ni...

Huwaaaaaaaaaaaaaaaa

Maluuuuuu.......... Tambah plak ader yang tukang sakat.. lagi la aku gabra beb...
Aku ni nampak jer ok... tapi kalo bab nak cakap depan orang..memang aku hancusssss

Hancus tahap tertinggi OKKKKK.
Tapi dah korang nak sangat aku cakap..... aku belasah hentam kromo jer la..


Pssstt: Pasni nak tengok aku uuuuuuuu.....aaaaaaaa.....uuuuuuuu........aaaaaa lagi tak Abg IS.

Thursday, February 17, 2011

Cirit Birit


Gambar di atas bukan aiskrim coklat cip tau.. itu namanya aiskrim PILCIKITECKAUN.

Ekceli dari minggu lepas lagi kami anak beranak diserang cirit birit. Yang tukang bawaknya Hadif la… pastu aku.. Pastu Hafiy plak.. babahnya tak sempat nak kena.

Puncanya aku pun tak tau..maybe air kot.. karat sangat aku tgk air . Tapi tak tahula..mungkin ader penyebab lain.
Pegi klinik mintak ubat cirit pun tak jalan gak. Masih berak berak lagi. Yang paling kesiannya Hadif la. Makin cengkung aku tengok. Kesiannn… Masa nak tido bila aku tenung wajah dia..sayu jer rasa hati ini. Rasa teremo plak. Mau aku tak sedih. Baru jer berat dia nak baik sket. Cirit birit plak. Risau sangat sangat bila pikir pasal anak anak ni.

Nak 2 jenis ubat kasi dia minum. Semua tak menjadi. Stop berak kejap. Bila dah tak makan datang balik. Tapi yang buat aku tak risau sangat dia masih nak makan dan minum la. Takderla tolak makanan kalo aku kasik. Cuma tak tahannya berk tu jer la. Puas difikir camner nak kasi dia berenti berak. Finally…aku bagi makan PILCIKITECKAUN 5 bijik. Alhamdulillah.. lepas makan dah takder dah jenis yang berak air sesajer tu. Aku terpaksa masuk dalam aiskrim sebab Hadif susah sangat nak telah. Mungkin sebab bijik bijik camtu..nak gigit rasa tak sedap plak...

Sekarang ni macam biasala.. berak jugak..tapi takderlah berak air semata. Muntah pun ader..tapi sebab dia batuk.

Aduhhhh… macam macam hal anak anak aku. Ujian besar buat aku untuk membesarkan mereka berdua. Sekarang ni aku tengah risau pasal nak pi klinik checkup dia bulan 3 nanti. Sekarang berat dia turun. Gerenti kena la ngan misi…sebab berat badan tak stabil.

Kerisauan aku pasal ni buat aku tak selera nak makan . Siyes aku cakap. Mood pun takder.. sumer down la.

Wednesday, February 16, 2011

Syabas Bebeh



Julung julung kalinya aku kagum ngan bebeh aku sebab berjaya jaga 2 orang anaknya sampai petang… walaupun hanya mandi 1 kali jer sehari.. Takper.. Well Done bebeh. Rumah tu ko takyah la tanya… macam tongkang pecah dah gayanya. .. tongkang ok lagi…titanic pecah baru ok. Tapi takper (sambil urut dada)… dia berjaya jaga 1 hari pun dah cukup syukur buat aku.

Semalam kan aku duk membebel kat sini pasal aku kena kerja …tapi taska tutup. So secara paksa aku suh bebeh aku yang jaga. Akhirnya dia rela dalam paksa jaga budak berdua tu sampaila petang. Maka selamatlah satu hari cuti aku…tapi dah standy dahh.. form cuti half day dah suap isi dah…submit jer blom kat boss….

Pasal upah plak… saper baca citer semalam tahula..yang aku ader offer dia kan…
Yesss aku tepati janji… tapi dia mintak separuh jer.. mintak tetap mintak bebbbb…..

Tapi kan otw ambik aku balik kerja..dia cakap susu anak dah habis….akhirnya duit upah hari tu guna untuk beli susu anak jugak.. malah kena lagi tambah duit dia… begitulah bebeh aku..

Anak didahulukan Bini diutamakan..
Sekian terima kasih

Kelapa Makin Kurang



Kat tempat korang kelapa sebijik berapa henggit?.Kat tempat aku 2-20 sebijik. Mahal giler.... Moh la kita pakat tanam kelapa.

Kat kampung pun sama...mahal. Aku cakap kat mak aku kelapa sini mahal ..... kalo nak beli sebijik..2 henggit ++... apalagi...macam lipas kudungla mak aku turun jolok buah kelapa. Siap kopek kulit lagi. Dapatla bawak sini 5 bijik. Sibuk nak bawak kelapa..tapi mesinnya nggak ada... ape cer ?....Ingat nak bawak balik umah mak mertua aku la. Dia biasa suka sangat buat masak lemak. Hari tu balik sana pun terpaksa masak lemak pakai susu. Katanya kelapa takder. Bukan aku tak biasa masak lemak...tapi alaaa. setakat makan berdua.. malas la nak gi kedai... semata nak suh dia mesin kelapa. Aku suruh jer pakcik tu tanam kelapa kat depan umah...

Aku : Tanam jer la wak kat depan umah...
Dia : Dah kopek kulit.. mana leh tanam lagi..

Aku pun konpius... kalu nak tanam kelapa kena tanam dengan bijik bijik skali erk?... lupa daaaa.....
Boleh gak kan tanam lepas kopek. Tapi hidup tak hidup.. Wallah huaklam la.

Lupa nak citer.. masa mak aku tengah jolok kelapa..ntah tetiba Hafiy tercongok kat sebelah dia. Kebetulan plak kelapa jatuh betul betul depan dia. Elok melantun kena dagu. Lebam jugak dagunya. Bahana budak tak reti duk diam. ginilah. ada je kena penyakit. Nasib baik tak luka. Terkejut beruk gak aku tengok muka dia. Terus melalak. Yang pasti dia nangis bukan sebab sakit. Tapi sebab terkejut..tetiba kelapa melantun kena dagu dia..

Tapi budak.. mana reti serik.....

Tuesday, February 15, 2011

Nasib SI Anak Tiri

Beginilah nasib si anak tiri. Orang kerja kita cuti. Orang cuti kita kena kerja. Yang paling sakit hati kena kerja di hari kelahiran besar Nabi Junjungan kita Muhammad S.A.W. Nampak sangat ke anak tirian ini. Korang nampak kan?.:P

Ok ..takper…sebab cuti ini berganti bulan 3 nanti. Ekceli.. hari ni sepatutnya memang kita cuti. Tapi sebab bulan 2 kan memang hari kerja pendek sangat plus cuti tahun baru cina hari tu.. soooo lagi la pendek hari bekerja bulan 2 ni. Sooo management decide tukar hari cuti hari ni ke hari lain. Hari lain itu adalah 18/03/11… Hoyeeee… masa ni orang kerja ..kami plak yang yilekkk….

Ni nak citer kisah pasal kerja hari ni la. Kan dah nama cuti umum. So taska budak 2 orang ni pun tutup gak. Sooo pening la aku.. mana nak letak budak berdua ni. Tepon akak yang biasa jaga budak berdua ni pun cuti gak. Katanya nak gi jenjalan..namanya cuti umum. Pengasuh pun nak gak bercuti la kan. OK fine…..

Soooo nak tak nak.. Ajeed jer orang yang paling layak menggalas tugas besar ini.. hehe. So aku pun berdiplomasilah dengan Ajeed. Pung pang pung pang.. (itu cara kami berdiplomasi). Dan keputusannya.... dia hanya boleh jaga separuh hari saja. Means aku kena half day la hari ni, dan satu lagi aku kena naik bas datang kerja pagi ni. Dia tak boleh hantar la. Yer la mana nak letak si Hadif. Hafiy tu takper. OK la..aku sanggup naik bas. Janji dapat datang kerja hari ni (cehh.. nampak sangat pekerja yang berdedikasi kan.. walhal..minggu lepas baru MC)

Dan pagi tadi seawal 6-30 lagi aku bangun.. mandi sumer…pakai baju sluar (nak kena mention gak erk?).. sekali aku dengar bunyii bas…. Berlari tengok.. sahhhh.. bas dah terlepas….. tengok jam kat dinding baru 6-50. Makkk aiiiiiii…awal gilerrrr bas datang. Biasa tak penah pagi naik bas. Mana ku tahu seawal ni dia datang. Habis camner ni?…. Kena cuti gak la gamaknya…….huhuhu (sedih yang dibuat buat)

Tetiba…………. toingggg..teringat..sorang kawan.. call dia terus… nasib baik dia kerja…. Soooo aku kira tumpang dia la. Satu masalah dah settle…Kebetulan jalan kami pun sehaluan… lagi cantikkkk. Takyah nak susahkan dia… dah memang dia kena lalu jalan umah aku kalo nak gi kerja kan.. Apa salahnya aku tumpang skaki. Dia kuar 7-30…..maknanya aku masih ader sket masa nak beli sarapan untuk budak berdua tu.. plus pengasuh sekali. Hehehe. Sempat gak la jemur kain. Sambil sambil jemur kain sekali lagi cuba berdiplomasi ngan Ajeed. Kali ni aku offer dia..

Aku : Wak… kalo saya bagi upah 50 untuk ngasuh budak-budak ni 1 hari nak tak?
Dia : Cash nak…hutang tak nak...


Wahhhhhhh ambik ko.. mata duitannnn...… terus nak… dari ader kerja hari kena hantar company profile la…ambik itu ini la.. discussion la…bila aku offer gitu..dan dan ok jer…..

Husshhhhh…

Tengah berbincang tetiba kawan yang aku nak tumpang tadi dah sampai…. Tak sempat nak habiskan perbincangan kami. Takperla..jap lagi aku call dia.. Kalo dia kena kerja gak maknya aku halfday la hari ni.. Kalo dia sanggup cancell kerja dia..maknanya duit aku pun melayang la 50 henggit… cash tau….
Ok la.. itu jer cerita untuk hari ni. Sat.. aku nak call dia camner…..

Friday, February 11, 2011

Kesan itu Masih Ada.

Korang perasan tak... dahi Hafiy tajam... ekceli.. tu kesan ddia jatuh hari itu. Kisah dia jatuh tu sila baca sini. Memang aku lambat sket tuam masa dia jatuh hari tu. Ingat takder benda la. Tak sangka plak jadi macam ni.



Agaknya boleh hilang tak benjol dia ni. Masa kat kampung hari tu..ada jugak tuam 2-3 kali. Lebam tu ilangla... tapi tajam tu tetap takmo surut. Camner lagi aku nak buat er...Takperla..kalo rasa rasa nak tutup benjol tu..apa kata aku buat rambut remos jer. Ok tak idea aku.. untuk jangkamasa pendek boleh la kot. Tapi takkan selama-lamanya nak buat rambut remos.



Balik kampung hari tu sempat plak Ajeed potong rambut budak berdua ni. Elok sket aku tengok.. Kalo tak.... rimasss sangat tengok. Berpintal-pintal. Dulu kalo aku nak sikat rambut mesti dia ngelat...

"Sakit la bu....." ......Tapi sekarang.. " tak sakit dah.."...

Nasib baik budak berdua ni jenis yang senang ..elok diam jer bila rambut kena potong. Yang bestnya potong rambut Hadif main pintal dengan jari jer.. Kan rambutnya gulung gulung... mudah sangat kerja Ajeed....cubit rambut .. pintal..... and gunting... hehe. Gunting yang mana bergulung jer...



Ok la kan?... janji kemas sket rambutnya... kalo tak potong kesian sangat aku tengok. Dah lebih rambut dari kepala..

Thursday, February 10, 2011

Aktiviti Makan Sepanjang Cuti

Biasala.. kalo dah balik kampung.. banyak benar kijernya...memang tak sempat nak rest langsung. Tapi satu perkara yang aku paling suka masa balik kampung adalah.. acara makan..masak..makan ..masak... aser jer benda yang nak di buat. Kenyang makan nasik nak makan kuih plak.. kenyang kuih nak makan nasik kerabu plak.. kenyang nasik krabu nak makan goreng pisang lak. Pendek kata kalo balik sehari dua tu memang perut tak sempat nak kenyang..hehe. Mana taknya... sumer nak pulu dalam 1 masa.. kot tak sempat. Yang beli tu belii la.. yang buat pun ader.. jangan tak tahu.

Hari ke2 balik kampung hari tu masak Acar Pisang Gggaler (Pisang yang teramatla pahit n kelat)..tapi bila di buat acar..sedapppnya walllahhhh. Buat lagi sedap la weyyy.. Kalo beli cairrr sangat kuahnya. Hari tu dapat buat sungguh puas hati. Pic tak sempat nak snap.. sebab tak terlintas pun dek akal nak share rasepi kat sini. Maybe lenkali balik kampung nak cuba buat lagi. Nanti rasepi boleh share kat sini.


Hari 3 plak tekat terasa macam nak makan Sira Labu. Tapiiiiii...... tak puas hati kerana labu yang disira hangit rentung dalam periuk. Ni lah kesannya kalo suka buat banyak kerja dalam 1 masa. Mana boleh... jam tu ko nak masak.. jam tu jugakklah ko nak sapu daun kering kat laman depan rumah. Walaupun sedikit hangit...tapi masih boleh dimakan. Yang hangit tu gula jer..isi lon hangit. Nasib baik sempat perasan. Kalo tak aper jadi tak taula. Aku masuk dapur tengok asap dah berkepul kepul. Bahaya tulll...



Korang kenal tak pucuk apa kat atas tuh?...pernah rasa pucuk ni tak. Ni namanya pucuk puttaq. Sedapppp.. lemak jer rasanya. Lagi sedap dari pucuk gajus. Jauh ni datang pucuk ni... Bukit Marak mari looo. Kalo makan dengan sambal belacan pun sedap. Lagi afdhal dimakan sama al budu. Aku pun ni lah pestime makan pucuk ni... Suh pakcik tu rasa.. dia biasa.. rasa sikit jer... bila tanya sedap ke tak?... sedap ajer..tapi bila suruh makan lagi terus tak nak.. Nampak sangat dia rasa tadi nak ambik hati jer. Huisss......



Lepas kecewa tak dapat makan sira labu hari tu terlintas plak nak makan Nasi Manis atau Wajik.. Kat sana kami panggil nasi manis. Buatla sket untuk hilang rasa kempunan. Mak aku ni pantang sebut nak makan apa.. Terlintas jer kat otak...cakap jer.. terusss...zassss siap. Hebat dop?
Wajik ini lain sket dari biasa..sebab mak aku tak taruk gula melaka. Sebabnya gula melaka dah yilek..malas nak gi kedai. So dia masuk serbuk kopi jer. Lagi sedap.. sebab bau kopi itu adalah wangi...hehe.. Aku makan jer.. tukang godek godek...Tapi lepas ni kalo nak buat... boleh kot...
Makanan yang lain lain tu aku tak dapat nak snap. Sebab dalam otak aku..MAKAN..MAKAN..SEDAP..SEDAP... bila dah sedap..kenyang .....apa lagi.. sumer benda pun tak ingat.... Yang ingat satu jer la.....krohhhhh...krohhhh........
Dan itulah endingnya...... ZZZZZZZZZZZZZZZZZ.........

Tuesday, February 8, 2011

Diari Balik Kampung

Okkk.. penat balik kampung dah hilang. Cuma batuk jer blom hilang lagi. Suara pun seksis bebenor ni. Elok sangat kalo nak jadi Protege Rahim Maarof ni. Cuaca kat kampung pun tak menentu.. tambah plak makan limau cina tu tak hinggat dunia... ermmmmpppp... apalagi... batuk,, demam...sakit urat..sakit badan..sumer ader..plus orang dah tua.... itulah hakikatnya.

Ok la .. imbas kembali kejadian ahad yang lepas lepas... Gerak dari Kajang dalam kul 8. Hajatnya nak gerak sesubuh adam. Dah subuh pun dekat kul 7...makanya kuar umah pun lewat gak la. Tapi takperla.. dah selamat pegi balik pun.


Kebetulan ayah aku kan ada sini.. datang tengok adik ipar si Ila kat spital Slayang hari tu.. so...dah alang alang aku nak balik.. paksa la dia tunggu ..balik skali ngan aku. Kalo nak suh dia naik bas pun kesian. Tapi kalo dah darurat .. terpaksa jugak la.

Aku ni kalo jalan jauh..... boriiiinggggg yang amat. Satunya..keter sempit...2nd jauhnya berjam-jam...So untuk kesenangan aku masa dalam keter kenalah cari solution untuk buat aku feeling feeling naik MPV...biasala...budak berdua ni tak reti duk diam, keter ko kecik. Nak beli keter besar tak termampu lagi... Dan hasilnya Hafiy n Hadif boleh baring serentak dalam 1 masa. Aku bentang toto besar tu....kat depan sit tu aku letak beg kain....jadilah katil kecik.Takyah gilir gilir kalo nak tido... pandai pandai ko la nak buat kasik keter tu jadi besar.. 6-7 jam tu bukan kejap tauuuu.... Lagi 1 aku pening kalo budak budak ni tak reti duk diam dalam keter.. Kejap nak gi depan ..kejap nak ke belakang plak... rimassssssssss gueee.....


Bukan anak jer yang boleh baring.. ibu pun boleh tumpang sekaki..hohoho... sakit belakang la kalo duk menegakkk jer.. betul kan urat urat anda..... baring sekejap...thennn..krohhh...krohhh... Bengan jer drebar kat depan.

Dari KL perjalanan lancar.. keter banyak tapi masih boleh jalan la..... sampailah ke Merapoh....baru jumpa jam yang amat siotttt... rupanya ader eksiden... keter sondol bas... memang keter tak bergerak langsung..


Dekat kul 6 barula sampai rumah.. nasib baik sumer dah terhidang.. badan dah mengigil kelaparan... dan menu untuk hari tu... Daging gulai campur buah ara..ayam goleng... pucuk ubi sama budu... itu yang wajib... sedapnyaaa makan...3 kali tambah...satu lagi sambal belacan... sedappppppp.....

Ohhh... tetiba rindu masakan ibuku...
Sekian untuk seketika...

Pssttt : Berapa kos nak ilangkan lemak bawah dagu erkkk....

Duhai Anakku

Ibumu ingin berpesan ...
  1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

  2. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

  3. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

  4. Selalulah baik tuturkata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

  5. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

5 dari 25 pesanan LukmanulHakim kepada anaknya...



Hepy Bufday anakku sayang..

Dulu mula kamu kembang...sekarang tidak lagi...
Dulu hidung kamu penyek.. sekarang pun masih penyek...
Dulu kulit kamu putih sangat.. tapi sekarang kurang sket....

Tapi itu tak bermakna ibu tak pandai jaga kamu....
Tapi itu juga bukan bermakna... ibu tak sayang kamu lagi...

Ibu mana yang tak sayang anak kan?... Malam tadi dah ingat. Hari ni boleh lupa nak wish kat dia. Sorry yer...

OK.. peace no WAR...

Pstt : Adakah aku ini pendendam?... motip?

Monday, February 7, 2011

Perjalanan Yg Memenatkan

Pecah rekod aku balik kampung cuti raya cina tahun ni...8 hari 7 malam. Fuhhhh.. paling lama... tahniah En Suami.. kerana memahami kehendak hati binimu ini. Ekceli ada sebab lain yang boleh buatkan dia stay sana sampai seminggu lebih.. tak lain tak bukan sebab dia dah jumpa lubuk ikan... Yi haaaa.... aku harus bergumbira sebab dia kata bulan 3 ni nak balik lagi.. kalo takder kerja and duit lebih... Konpem aku pastikan duit kami lebih... hahaha.

Ok balik pada cite balik kampung... Fuhhh penat siot.. bayangkan kul 11 kuar umah... kul 7 malam tadi baru sampai. itu pun sebab aku lari ikut Mempaga. Kuar kua ker jumpa tol BEntong. OK la sket kalu banding ngan saper saper yang duk KB.. aku kat KK jer.. jimat 2 jam.. KB to KK pun dah hazab ok. Tapi apepun seronokkkk.. itu yang penting. Penat sket takpe.. janji dapat jumpa orang tersayang. Andddd semestinya dapat makan yang best best.

Diari balik kampung nanti akan aku hapdet dari semasa ke semasa... mintak-mintak aku rajin la. Sebab aku tau... ader yang menunggu tu.. maklummmm la...orang tu tak dapat bali kampung..

"Best gilerrrrr wa cakappp luuuuu........."

Kasi panas sket...

Saturday, February 5, 2011

Ada hati nak rambut pacak

Ntah mana blajarnya.. saper cikgunya..



Pagi tadi tengah sapu minyak..sikat rambut dia.. Biasala rambutnya kalo tak ditaruk minyak..kembangnya mengalahkan bunga pagar. Elok jer.. nak parking periuk pun no hal la...... Tengah ralit sikat rambut dia...

Hafiy : Ibu.. acakkk bu...
Aku : Wak… ada hati ko nak rambut pacak erkkk....camner nak buat...
Hafiy : Iniiii... (tangannya sibukk duk godek rambut dia.. konon tunjuk gambar pacak)




Hahhh.. pacak la sangat. Pacak tak boleh la anakku.. kembang boleh... nak tengok?...Ohh..yang ni tak berapa nak kembang sebab dah taruk minyak..hehe

Friday, February 4, 2011

Ke Hospital Selayang Plak..


Ahad lepas ayah aku turun KL tengok adik suami si Ila yang kat selayang tu kena admit kat ICU Hospital Slayang.. Terkejut beruk pagi Sabtu bila baca mesej si Ila..Dah la kul 6 pagi dia hantar. Hati dah tak sedap dahhh....

"Adik Faizal ,Awal teruk loni, Kritikal kat Spital Slaye, Jangkitan kuman kat paru paru"

Paham kan?...

Soooo... aper lagi.. bergegas la orang tua tu naik bas malam sabtu tu.. Pagi Ahad sampai kat Putra. Dia la yang tukang ambik.

Ahad tengahari tu janji la ngan dia nak gi skali tengok si Awal.. Alhamdulilllah... dah sedar. Satu hari jugak koma. Sedar tu pun meracau racau . Siap nak cabut wayar wayar yang berselirat kat badan dia. Dah satu hal lagi kena ikat tangan. Kesian tengok dia. Aku nak ambik gambar pun tak sampai hati. Aku ambik gambar Spital jer la.

Masa kena malam tu kat umah memang teruk. Sampai biru lebam dah mukanya. Siap ketap ketap bibir lagi... Pukul pukul badan sendiri plak tu. Nasib baik umurnya masih panjang lagi. Alhamdulillah..



Thursday, February 3, 2011

RESEPI | Cek Mek Molek

Ntah bila masa angin rajin datang menerjah…

Petang minggu yang lalu… teringin tekak ni nak makan kuih muih. Konon kalo minum petang sambil pekene cek mek panas yang gulanya masih cair meleleh sedap jugak. Toinggg.. baru teringat.. En Ajeed ader belikan ubi keledek hari tu. Masak sama pucuk manis… sedappp… ader la sket lagi balance buat sayur lemak hari tu.. 2 ketul jer..idak l banyak… Cukupla nak bagi anak tekak ni rasa kuih cek mek… Ok jom ke dapur teman cik anie buat cek mek..


Mula mula rebus la keledek tu.. kupas kulit dia.. rebus taruk air sket jer… taruk garam ske.. biar ader rasa lemak kemak masin manis sket. Baru best. Dah agak agak masak tu… amgkat la.. tos kan air… then tumbuklah dengan aper jer benda yang keras. Aku senang jer… tumbuk pakai anak lesung. Masuk bekas…tum.tum..tum…. penyek sumer..hahhh settle.


Dah siap tumbuk yer… ok kita ambik tepung gandummm… bukan tepung beras or tepung kanji.. gandummmmm okkk… Masukkan sket demi sedikit… aku tak reti main sukat sukat ni.. Tak terbiasa dengan sukat menyukat. Aku main campak jer… Kalo uli tu masih terasa lembik..ko tambah la lagi. Jangan terlebih tepung lak.. Keras melantun.. baling anjing pun boleh luka udahhh la.


Dah agak agak sebati tu.. ambik la seketul.. ala agak agak penuh satu kepal tangan tu.. kepal kepal kepal…. Buatlah lembah sket… Untuk taruk gula. Bagi aku uli pakai tangan lagi afdhal la.. Sebab air tangan tu yang buat lemak masin manis tu… Dah agak agak cukup ngam ngam isi gula la… tutup la slow slow…. Jangan bagi bocor plak.. kan nanti ko goreng meleleh leleh gula keluar… dah lawa plak.


Dah siap gentel.. ko goreng jer la. Eloknya minyak penuh. Kalo tak penuh macam masaknya tak berapa nak rata.. sebelah sini dah hangit. Sebelah satu lagi cantik. Bila dah siap goreng… apa lagi.. Makan time.


2 ketul keledek..dapat 4 bijik jer. Ok la… aku sama anak anak 4 bijik.. En Suami 3 biji… Sebab En Suami aku lom balik lagi masa ni.. Kul 11 malam baru dia boleh makan.. Tu bukan makan petang.. Tu dah jai Supper.
Ehhh.. Naper Cek Mek aku hangit.. Cek Mek En Suami elok jer…. Tak aci ni….




Wednesday, February 2, 2011

Giliran Sarah Plak



Budak ni kelakar sket. Maklum la..baru pestime masuk skolah. Yang paling aku perasan perangai dia sejak masuk skolah… sedikit matured… Baguss… macam tu la kakak Sarah…. Baru boleh jadi kakak.

Macam biasa la..disogok dengan beg pink karre… sumer barang nak pink karre.. ..


Masa hari pertama kat skolah… Si ibu dah tak kenal mana satu anaknya… mana taknya.. saiz badan sumer spesen.. gaya rambut pun spesen…. Beg pun spesen gak.. kalo girl tu sumer pink karre la…Mana la si ibu ni tak rabun mata….


Antara perangai cantik yang dia tunjuk masa minggu minggu awal mula bersekolah.

Hari ke-2 sentap tak nak gi skolah- Marah kat ibu dia.. “Malam malam mana boleh pegi skolah”.. Dia tengok kat luar gelap… terus dia cop malam.. dah budak tak reti nak tengok jam. Agaknya dia pikir la… “Baru jer aku tido.. nak bangun gi skolah plak”. Terus mogok sampai la nak naik van….. Oh… hari pertama jer ibu dia hantar.. Hari 2-3 dan seterusnya.. pandailah berdikari sendiri…

Masa nak naik van plak….

Ibu..ibu…(sambil tahan sebak ni….)

Ibunya tutup jer pintu van…..terussssss

Ibuuuuuuuuuuuuuuuuuu………….(hahaha…syahdu sungguh drama sebabk ini.)

Menangisla dia di dalam van itu sepanjang jalan menuju ke skolah….

Hahahhaa.. kelakar giler…
Dan hari ini…. Sumer perangai dulu telah dibuang jauh. Sekarang bukan main bersemangat lagi nak pegi sekolah.. Suka aku… Gud gurl….

Sarah blajar rajin rajin erkk… nanti datang Kajang Cik Long bagi hadiah……