Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Saturday, October 1, 2011

Bestnya Lepak Di Pankin

Assalamualaikum

Apa yang best kat kampung? Lepak lepak sambil gossip gossip kat tangga rumah kan?.. Nak nak diwaktu petang. Ada plak air batu lawan plak cekodok labu.. Fuhhh… syurgaa…



Sementara tunggu mak aku kutip doyan kami lepak kat pankin umah makcik aku. Sempat lagi SI Hadif ni tidor. Kat umah sendiri panas sangat. Bahang lagi. Nasib baik ada tempat untuk kami melarikan diri dari kepanasan.



Kalo korang nak tahu rumah makcik aku ni kat dalam dusun doyan mak aku. Kalo doyan tu gugur diorang yang tahu dulu tau. So kalo musim doyan, rambutan ke, kat sini lah tempat kitorang melepak sambil menikmati buah doyan fresh. Orang kata tangkai tu pun masih panas lagi. Tapi biasala kalo makan buah fresh, nak kopek dia susah ya amat. Tapi makan , puas hati..tip top punya la.



Masa kitorang balik hari tu buah doyan dah ujung ujung ranting. Halus mulus dah.. Tu pun berebut tau dengan Si Tupai. Tupai dah koreh separuh, kitorang plak yang makan separuh. Apa boleh buat.. dah balik lambat sangat. Tapi takper la.. at least merasa jugakla makan doyan fresh walopun tak berapa nak puas hati sangat.

Tahun depan kan ada lagi.. nanti aku nak ambik cuti 2 minggu. Reasonnya balik makan doyan.. OK?.. Nanti apa plak reaksi boss aku nanti… hehe..(jahat kan?)

No comments: