Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, September 23, 2011

Nak Sambung Citer Raya Boleh?

Assalamualaikum...

Open House lom habis lagi kan?.. So boleh la sambung citer raya saya kan?

Raya ke-3 baru kami balik Klantan. Kat Kelantan plak nikmat rayanya dah habis sebab sibuk dengan kenduri. Kalo diikutkan raya ke-3 tu kita dah start bz dengan kenduri, tapi disebabkan raya ke-3 tengahari tu baru gerak balik Klantan makanya raya ke-4 tu la baru kami gerak balik ke KB



Kami tahun ni serba merah.. Adik aku yang kat Slayang pun merah gak.. Dah helo helo sebelum raya. Gambar family pun tak sempat nak ambik... sempat beberapa keping jer.. ngan yang lain lain hampes.. sibuk sangat makan gulai kawah.


Alkisahnya tahun ni aku gian nak berbeli ngan shawl. Bila tengok orang pakai selendang elok cantik terletak jer. Tapi bila cuba pakai...mak aiii... tak reti tu satu hal tapi yang sebetulnya muka aku memang tak sesuai la nak berbelik dengan shawl. Senang citer tak lawa la.


Ini plak anak buah aku si Aqil dan Si Sarah.. Anak pada si Ila.. Dia ni pun satu hal gak. Sibuk gak tahun ni nak shawl mengeshawl. Sebelum ni mana ada reti pakai. Pastu sibukla suh adik aku yang kat serawak tu. Yang tu la sibuk tolong aku belitkan selendang. Nak pakai tapi tak reti apa kes...


Gaya budak yang beraya dalam keletihan. Mau tak letih.. Raya pertama tu diorang gerak dari Selayang. Sampai jer terus singgah beraya umah mak sedara aku. Plan asal diorang nak balik raya ke-2. Tapi sebab tak tahan beraya dengan mat bangla ngan Nepal jer kat Slayang..terus call mak aku... Plan kasi tukar la. Untung si Ila.. Kalo Ajeed macam tu... mau aku buat sujud syukur... dah termaktub sampai mati la aku balik Klantan raya ke-2 kalo kena turn raya sini dulu.


Pura pura sajer... konon photoshoot cover majalah Jelita.... :O.. muuuuuuehehe....


Ini pun budak keletihan. Seharian dalam baju kemeja. Rimas agaknya kot. Tambah plak selsema..srooottt...srotttt.... Kesan benjol jatuh motor hari tu pun ader lagi.


Ajeed yang pura-pura ganteng... Poyooooo tak sedar tu perut dah maju ke depan. Tapi bila aku cakap gitu dia lagi bangga gilerrr.. Konon aset lelaki yang dah berkawin... Keji giler statement dia...


Anak jantan saya yang terlebih aktif. Datang umah orang dengan selamba pegi bukan peti ais orang tu.. Tak cukup dengan tu masuk bilik buat spot check bawah katil orang. Sebabnya dia dah nampak bontot lori terkeluar dari bawah katil. Tu sebab dia cuba selongkar .. Hebakkkkk.. anak sapo la ni.



Last sekali gambar kami sefamily. Kan hari tu aku ader buat intro pasal gambar raya... Pic kat atas ni la yang paling lawa aku tengok.. sebab apa tau... cuba tengok yang bawah ni....



Ajeed jer yang menten senyum pandang kamera.. cuba perati.. aku ngan anak anak... tak habis habis.. sorang nak air.. sorang lagi plak tak nak pandang kamera. Hafiy plak nak berebut air dengan Hadif. Macam macam betul diorang ni.


Yang ni pun sama.. lom sempat pandang kamera.... Tapi ok la..atleast ada gak gambar raya kami walopun tak berapa nak sempurna...:)

Pic ni sumer kami ambik masa kat umah pengantin popuan. Kami sumer belah pengantin lelaki.
Gambar pengantin akan menyusul dalam next entry yo... Punya la susah nak ambik masa habiskan entry raya. Sekarang bz sket dengan kerja orang .. Kerja sendiri takder sangat. Nak nak plak PC masih lagi ting tong..asal bukak tenet jer dia hang. Tu sebab aku malas nak bukak blog.

Ok la geng........ wa can cin cau dulu...

1 comment:

D'aNie said...

Wahh3..Dah pakai DSLR .. Sy pon asal nk kaler merah jgk temanya..tp xbole la nk vouge2 bagai..pasal masih dlm pantang..hehehee