Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, September 27, 2011

Kenduri Dalam Raya

Assalamualaikum..

Dah menjadi kebiasaan masyarakat di Kelantan.. Asal raya jer mesti ada orang akan kawin.. Asal orang kawin jer mesti time raya. Masa Ajeed mula masuk dalam keluarga aku dulu dia pun macam pelik bila orang kat Kelantan buat kerja kawin masa time raya.

Raya.. Raya la.. Naper nak kawin masa raya…
Alaaa… Cuti raya kan sumer sanak sedara..sahabat handai taulan balik…

Itulah jawapan aku… Memang time tu jer cuti yang sumer orang akan dapat balik kan?. Biasa kalo cikgu cari time cuti skolah nak kawin kan, tapi kalo orang biasa biasa cuti raya la diorang akan buat kenduri kawin ni.



Masa raya ke4 hari tu giliran sepupu aku ni yang kawin. Akad nikahnya aku tak sempat nak join. So masa kenduri kat umah popuan ni aku ambik kesempatan nak menjoinkan diri. Yerla.. dah lama tekak tak merasa gulai kawah… sedappppnya lahai… masih terasa lagi kesedapan guali kawah, ayam sambal, ikan kering, jeruk rebung.. macam macam lagi la..



Nasib baikla si Zam ni dapat jiran sekampung jer… alaaa…. Dalam 5 minit perjalanan jer. Soooo takder la sibuk sibuk nak merempuh jem. Sebelum acara makan makan apalagi kita posing la dulu sampai berpeluh.



Sumer sepupu sapapat yang masih berstatus dara laku la sket gambar diorang.. orang tu nak ambik orang ni pun nak ambik. Kita yang mak dara ni siap kena rekues lagi. Tu pun jenuh duk mikir camner nak buat muka menten cun dara jelita… bluwek.



Mak aku mengetui rombongan mak kiah ni kali ni. Excited giler dia hari tu sebab jumpa eamai sangat kawan sekolah dia. Bekas pakwe lama pun terjumpa jugak… ah haiiiii. Kat sebelah tu kawan lama dia. Mak aiii boleh tahan juga mak aji ni kalo jumpa geng bas skolah dia. Bukan main lagi. Banyak citer diorang. Maklum la dah berzaman lamaya terpisah. Sejak lepas kawin memang takder jumpa. Walhal berpuluh kali dalam stahun balik pun diorang bukan boleh jumpa. Yerla.. masing masing sibuk ngan anak cucu la kalo dah tua tua gini.



Kami yang kembang semangkuk pun nak jugak ada kenangan ngan pengantin. Takkan kasi kan orang muda mudi jer. Teringin jugak wey….



Ibu pengantin lelaki (Mak sedara aku) kat sebelah kiri.. Kanan tu saper lagi Makcik Aji Nah la (Mak aku)



Ini pun bakal pengantin ..tahun depan la kot.. Nasik minyak lagi. Kalo dikira masih ramai lagi sepupu sepapat aku yang blom kawin. Tengah tunggu turn ni..Berderet kat belakang….So standy jer la. Buatla baju kurung banyak-banyak.



Ini plak suami si ila… Tersenyum kepenatan. Mana tak penat kalo 2 trip ulang alik dari Krai ke KB. Sebab tu la malam raya ke-4 tu kitorang plan nak sewa chalet kat Tok Bali jer. Sebab besoknya kenduri belah lelaki, belah kami la. Malas plak nak patah balik ke rumah kami. Jaranknya bukan dekat.. dalam 80km ader kot. Tambah plak jam giler babas. Kalo tak jam sanggup kot balik tidur rumah sendiri. Pagi besok datang balik.



Makcik Aji Nah hanya mampu tersenyum. Batuknye masih tak ilang ilang lagi. Naik risau aku dibuatnya. Aku ajak ke spital memang dia takkan setuju punya. Ajak ke klinik pun tak nak. Nasib baik ada stok ubat batuk aku yang dulu. Dia hantam yang tu jer.



Ni plak adik aku yang no 4. Abang pada yang blajar kat Serawak. Masih solo molo lagi.. Ader sesiapa berminat tak? Solo ker?… single kot but not available.. hehe.



Ni plak ayah aku… Pak Cik Pin…a.k.a Ayah Pin… tapi bukan ketua kerjaan langit.



Ni pun sepupu aku jugak. Sorang dah berstatus ibu orang, baru jer dapat anak no 3..gigih gak datang kenduri. Sorang lagi plak dah berstatus isteri orang. Sorry..takder chance la nak ngorat. Panas lagi ni….



Ohhhh… pening tengok pic banyak sangat. Stop la sini dulu. Habis jer kenduri kat sini kami hantar mak aji ngan ayah aji pin ke rumah mak sedara aku.. Kami dan kami sumer ker Tok Bali. Mana tahu ada bilik yang masih kosong. Bukan tak nak tido kat situ atau tolong menolong merewang sekali . Yerla .. terpikir jugak aku takut ada mak sedara lain yang fikir kami sumer nak melarikan diri, sebab besoknya kenduri belah lelaki plak, tapi memikirkan kami yang dah beranak pinak ni… anak plak takleh kontrol.. kan tak pasal pasal bunga telor dalam bilik pengantin hilang.. sooo kitorang nekad cari chalet kat Tok Bali jer la.

Citer Tok Bali akan menyusul.

4 comments:

Kathy Tuah said...

lama dah x makan nasi minyak ni..huhu

Anonymous said...

HUHU gulai kawah .. memang best...huhu kalo kite tak buat time raya pun akak leh dtg kan... leh akak lik kpg akak kan
~Miszz Liana~

aCik Anie said...

khaty.. tunggula cuti panjang sket..mesti ada jemputan punya

aCik Anie said...

liana..
kalo kena dengan cuti panjang boleh ajer ... risaunya cuti 2-3 hari jer..hehe.. tapi mengenangkan gulai kawah... lahaiii..sedapnya