Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, September 28, 2011

Bermalam DI Tok Bali

Assalamualaikum..



Akceli dah lama tau kitorang plan nak bermalam kat sini. Sebab musabab yang utamanya Ajeed nak memancing. So dah alang kepalang kitorang dah sampai daerah situ.. kena plak dengan takder tempat nak berehat malam tu..sebab besoknya kenduri belah lelaki (belah kitorang la). Kalo nak patah balik ke Kuala Krai tak sanggup den nak menempuh jam sebab masa tu kebetulan keter tengah banyak. Ramai dah rakyat Kelantan yang mula bergerak balik ke KL.. Sooooo jangan cari pasal. Kan muntah berak dalam keter.



Kitorang ke Tok Bali ni pun main redah jer. Tawakkal jer la.. ader ker takder bilik kosong pun aku tak tahu. Nasib baik ada.. tu pun Ya Ampunnn… Hazabbb… Hancin…ekon plak diorang dah setkan 30 jer kot. Tingkap pun takder. Betul betul macam rumah burung merpati. Tapi disebabkan terdesak maka kitorang pun tempahla 2 bilik. Satu untuk geng lelaki. Satu lagi geng popuan.



Sewa untuk satu malam adalah 75 henggit sahaja. Ada 2 katil queen size jer kot.. Kalo diikutkan, 1 bilik dah cukup. Tapi sebab nakkan keselesaan, ambik jer la 2 bilik. Malam tu Ajeed memang kuar memancing ngan adik aku. Tinggallah kami yang popuan popuan saja.




Sebelum kuar memancing kitorang kuar makan dulu. Kat sini pun satu hal. Cari kedai makan bukan main susah lagi. Bila dah dapat, terkena plak kedai yang servisnya lembab tahap cipan. Tukang masaknya agaknya sorang jer kot.. Dekat sejam jugak kitorang menunggu. Bukan ramai nau pun pelanggan masa tu. Tapi nasib baikla masakan dia boleh tahan sedapnya , takderla nak marah sangat. Tahap mendidih jer.



Lepas jer kitorang makan.. terus balik chalet.. tido.. besokkan ader satu lagi kenduri besar. Dalam kul 10 gitu kitorang dah standy nak checkout.. Sementara menunggu sang suami bersiap persis Putera Mahkota.. Kitorang lepak kat pantai dulu. Diorang sumer lambat bukan apa..lambat bangun la.. Kul 3 katanya diorang balik dari memancing. Dah la malam tu hujan. Camner diorang setup pun aku tak tahu.



Soo.. dalam pukul 1 gitu kitorang baru sampai kat umah makcik aku tu.. Masa dalam keter aku ada cal mak aku.. yer la..nak jugak tahu situasi kat sana.. Tak pasal pasal kena sebiji..

Bila nak sampai ni.. anak orang lain sumer ada duk nolong.... anak aku sorang pun takder…

Terus kami sumer tersentap. So apalagi sampai jer sana buat buatla kami sumer menolong apa yang patut.. Sampai ke Petang jugakla anak menantu Makcik Aji Nah ni jadi penanggah. Itu pun aku masih lagi terdengar kat ujung ujung telinga yang kami tak sudi nak menolong. Lari tido kat tempat lain. Tapi rasanya kami yang dating lambat datang ni lagi banyak menolong dari mereka yang berkampung sampai 2-3 malam kat sana. Masa kitorang sampai tu nasib baik rombongan pengantin popuan blom sampai lagi.

Nanti citer bergambar masa kenduri kat umah mak sedara aku ( pihak lelaki) aku citer kat entry lain la.. Ok chow..

No comments: