Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, September 28, 2011

Berita Mengejutkan di Pagi Hari.

Assalamualaikum..

Semalamkan… Pepagi masuk ofis dapat satu berita yang tak berapa menggembirakan. Salah sorang rakan kerja kami eksiden.



Katanya dia kat tengah tengah jalan (lane putih tu).. Ntah macam mana motor yang kat belakang keter tu tak nampak yang dia nak melintas. Keter yang depan dia dah stop bagi jalan kat dia melintas…Sooo apalagi..langgarla… Nasib baik retak jer tulang rusuk tu , kalo patah tak tahula..lama jugak kot dia kena menetap kat Spital Kajang…Yang kelakarnya si reporter.. tukang jaga dia tu..

Teruk kak.. patah 4 tulang rusuk dia…
Masya Allahhh….

So dalam kepala dah terbayang berbalut sana sini macam mumia tu.. tapi bila sampai kat spital tanya tuan punya badan sendiri lain la versinya… tulang rusuknya Cuma retak jer.. Biasala ... cerita ni kalo takder perisa macam tak best plak kan.. kena ada aji sket, garam sket .. gula sket.. baru real...



So petang semalam lepas jer habis kerja kitorang bergegas la pegi hospital. Adala dalam 7 orang. Macam biasanya bila kami sumer dalam uniform..

Assalamualaikum Sister…

Diorang ingat kami sumer ni stafnurse kat situ.. Kelakar la plak. Bila kami masuk ward sumer misi kat situ confius… Agaknya diorang ingat Sister ni datang buat lawatan mengejut ker.. hehe.



Dekat sejam jugakla kami kat spital. Sempatla kawan aku ni tolang si pesakit tukarkan baju. Untung la ko siti, ramai orang ambik berat pasal ko.. bersyukurlah.. ramai yang ambik berat pasal dia. Agak agak nak magrib masing masing tepon laki datang angkat la.



Sayuppp jer memandang kat bawah dari tingkat 3..



Ok la Sister nak buat kerja jap.. hehe

No comments: