Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, August 18, 2011

Kad Raya Tanda Ingatan

Assalamualaikum...

Sebelum citer banyak, aku nak cakap yang pagi tadi aku terlajak.... 5.40am baru tersedar. Sian lakiden..den takpo la. Entah bila masa aku pegi tekan butang stop. Ni mesti kes terlebih tido ni. Malam tadi tido awal... dalam kul 3 tersedar si Hadif lapar susu then sambung tido balik tu .... dah sambung balik memang sendiri paham la....langsung tak sedar la. Nak panas kan nasik dalam kul 3 tu macam awal sangat. Sudahnya terkulat kulatla bila tgk jam dah hampir subuh. Huwaaaaaa.......................



Ok la..jom citer bab kad raya.... Lately ni kad raya macam semakin dipinggirkan kan?. Makin lama makin tenggelam. Aku pun lupa bila kali terakhir aku tulis kad raya... rasanya masa sweetsebenten kot. Lama giler kan. Bila dah malas tulis kat raya maka nak terima kad raya pun jauh sekali. Kalo ada sekarang pun mungkin dari customers or suppliers jer la. Itu pun mungkin ada niat tersembunyi..ada udang sebalik mee...hehe... Sory..hehe.. Kalo customer kat sini memang sumernya ikhlas.. Wa Caya Sama Lu. Biasanya tiap tahun tak pernah nak miss dapat kad raya dari diorang.

Tapi kalo terima kad raya dari customer ni macam takder feel nak raya sangat. Tak macam dolu dolu. Kalo dapat kad raya tuh.. Ya allah.. very the vangges.. Kalo boleh 1 dinding ruang tamu tu nak tepek kad raya yang kita dapat. Tak cukup kat dinding.. ranting kayu kat hutan tu pegi cari... gantung plak.... betul kan?. Ingat dulu masa zaman zaman berkerak... kena marah ngan mak aku sebab rosakkan dinding rumah. Walhal bukan tampal ngan gam pun guna sollatape jer pun. Tapi ntah.. mak aku ni naper tak kasik.. Serabut bijik mata dia kot.

Tapi sekarang kalo pegi raya umah saper saper pun..jarang dapat nampak tampal tampal kad raya ni. Orang zaman sekarang lebih senang guna medium yang lebih canggih. Macam sekarang, nak invite kenduri pun pakai FB, aku rasa macam tak berapa nak relevan la dengan budaya dan adat resam bangsa kita. Rasanya cara lama lagi sopan dan beradap.. Penuh dengan tatasusila.

Itu sumer terpulang pada pandangan masing-masing. Depa biasanya nak kerja senang. Mungkin bagi mereka nak call sorang sorang buang masa, buang kredit kot. Tu sebab invite jerla pakai FB or SMS jer... Itu sumer tak penting.. Janji nawaitu dalam hati tu ikhlas.


2 comments:

Reena said...

Setem dah naik harga dah cik Anie hehe sebab tu nak save cost invite pakai internet je. Cik Anie jom raya rumah nanti. Hehe

aCik Anie said...

tu pasal org malas nak hantar kad raya pakai pos kot.... nanti kalo tetiba bagi salam kat umah jangan plak buat buat terkejut..hehe.. nak beraya..