Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, August 12, 2011

Ini NekBat Yer.....

Assalamualaikum..

Semalam jalan jalan kat pasar ramadhan.
Ohh sebelum tu aku nak buat pengumuman sket.. Ops No Bazar Ramadhan telah gagal. Yess GAGAL.



Maka semalam merayaulah kami 4 beranak kat BRKM (Bazar Ramadhan Kajang Mewah)... Rayau punya rayau makan jumpalah aku dengan kuih ini. Namanya NekBat. Ermmmm...dah lama rasanya tekak aku ni tak dibasahi dengan air kemanisan NekBat itu. So apalagi .. Belila...

NekBat ni kira macam mana?..
5 duahenggit kak..
(dalam hati.. mak eh mahalnya....) Bagila 2 henggit..

Ekceli rasa kuih ni takder la sesedap akok atau beko (mesti korang tak kenal kuih ni kan?). Saper yang tak suka manis manis ni memang tak sesuai la beli kuih ni . Sebab apa tau?... satunya memang rasa dia gula semata. Ok aku bagi gambaran yang lagi jelas la..

Cuba korang bayang kuih bahulu yang direndam dengan air gula..

hahhhh..gitula rasa dia secara ringkasnya. Tapi elok cuba dulu. Baru tau sedap ke idak. Biasanya kuih ni kat pantai timur jer ada... Biasalah orang Kelantan sinonim dengan manis kalo bab kuih kuih ni. Sebelum ni member aku ada tanya...

camner kuih nekbat tu..
alaaaa... yang warna kuning tu.. pastu disira dengan gula....

Semalam baru berkesempatan jumpa kuih ni.. so aku snap la untuk dia.

Korang plak apa macam...?.. Pernah tak merasa kuih ni?..Tak kenal maka tak cinta. Tapi kuih ni amat tidak sesuai bagi mereka yang mengidap kencing manis..sangat sangat bahaya wooooo...

2 comments:

Reena said...

Tengok kaler dia pun nampak manis. Tapi siyes tak penah dengar nama kuih ni tau kak dekat sini. Saya suka kuih badak berendam. Hihi

aCik Anie said...

yesss....dari kilatan itu dah tahukan.. berapa tahap kemanisan gula dalamkuih ni....skaliskali basahkan tekat okla...