Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, July 20, 2011

Resepi | Nasi Ayam Laki Mithali

Assalamualaikum..

Minggu lepas aku ada buat entry pasal makan nasik ayam..lakiden yang buat. Soooo itu sebab la aku taruk nama Nasik Ayam Laki Mithali ( bodek kena lebih).. baru hari hari dia masak..muahaha.

Ekceli resepi ni Mak buyung (Pn Naem) yang request. Tak sampai hati plak nak lengah lengahkan tepek resepi ni sebab tak sampai sebulan lagi dia dah tak boleh makan… Kesian kat baby nanti. So untuk tidak mengecewakan ….. Nah Naem.. ambik resepi ni… Suruh En Hubby yang tolong buat.. Lagi afdhal.

Nasi ayam ni lain orang lain caranya… Kalo nak ikut cara akak.. camni la…

Untuk Sup.



Bawang Putih & Merah
Halia.

Tumis sama rempah 3 bradik, bunga lawang , kayu manis, cengkih.. Dah garing bawang tu sumer masukkan ayam… Pastu masukkan pati ayam sket, garam dan pak aji. Jangan masak lama sangat ayam tu sebab sat lagu nak goreng kan… takut hancurrr.

Untuk Nasi..



Nak tumis pun boleh.macam nak tumis sup jugak. Campur air campur beras, tapi kalo malas ambik jer sup ayam tadi masuk dalam beras. Campur air sket campur garam sket. Ambik kepala minyak tu lebih sket. Sebab tu sup tu kena lebih sket..spare untuk nasik skali.

Untuk Ayam



Agak agak dah masak ayam tadi angkat jer pastu gaul sama kicap manis cap kipas udang..nak taruk sos tiram pun boleh…Perap sampai sebati . Sampai masa dah sebati bergaul mesra goreng guna api slow mellow jer.

Untuk Sambal



Cili besar 3 bjik
Cili Padi Merah 2-3 bijik
Halia 1 inci
Bawang Putih 4-5 biji
Cuka
Garam Gula

Blender sumer skali, taruk sos cili sket, garam , gula… Siap

Untuk Sos Kicap..

Ambik jer dari hasil perap ayam tadi..
Pastu untuk aksoseri lain… ambik salad, timun sket, tomato sket.. pastu daun sup and daun bawang…



Done.. sedia untuk dimakan..

1 comment:

aizamia3 said...

oyeh.. ai dah bersedia dengan pinggan dan sudu nak makan ni..