Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, July 26, 2011

Mintak Maaf Tuan Auditors

Assalamualaikum...

Bersiaran secara langsung dari meja aku. Auditors dah habis audit kat sana (Shah Alam). Dengar citer kat sana banyak item yang kantoi. Memang patut pun, sebab kat sana memang kerja nak tak nak jer.Reject pun melambak. Maklum kilang jauh tercorot Soooooo kita enjoyyyyyyy.

Ekceli hari ni audit kat sini plak (factory 1). Semalam factory 2 (Shah Alam). Macam biasa la.. procedure biasa diorang. Jalan jalan carik pasal nak bagi NCR. So sementara diorang roundthekilang apa kata aku membebel kejap kat sini.

Minggu lepas aku balik Klang kan?. Umah MIL. Biasala sebulan sekali wajib balik sebab abang aku tu pemegang amanah duit pencen FIL aku. Kalo kami tak bawak balik macam mana mereka nak beli makan. Wolopun anak anak diorang ader bagi duit tapi untuk beli makan diorang tetap guna duit pencen. Duit yang anak diorang kasi tu tersimpan kemas/kukuh kat dalam ASB. Tapi balik hari tu aku dah tau tempat rahsia FIL aku simpan duit.

Masa balik hari tu Ajeed ader citer balik besok nak singgah beli tilam. Mak dia pun offer la suh Ajeed ambik tilam kat situ jer, sebab tilam kat sana tu banyak sangat, berlebih lebih. sooo takyah la Ajeed beli tilam lagi... Save budget anak dia jugak kan?.. Masa nak angkut tilam tu masuk keter...

Bahh.. ader duit la..
Yer la.. duit aku la tu.... (jawab FIL aku)


ooooo sekarang baru aku tahu tempat rahsia diorang. Bawah tilam rupanya...hehe.



Masa kitorang OTW nak balik Klang hari tu menyinggah la kejap kat Speed nak beli stok susu bebudak ni. Bukan apa..kat Speed ni jauh lebih murah dari Giant. Jangan la beli susu kat Raksaksa ni. Mahal giler. Cekik darah nak untung. Dyper pun sama. Biasa kitorang beli stok dyper kat MyMaidin jer.. sebab kat sini jauhhhhhh lebih murah. Beza yang sangat berbeza dari Pasaraya Raksaksa ni.



Dah siap beli susu kebetulan lalu depan abang yang jual Ayam Golek kat Seksyen 7..

Jom kita beli ayam golek.. Abah mesti suka ni..
Boleh gak...


Abang yang biasa jual tu takder plak... yang tukang jual pun orang lain.. Nak tak nak beli jer la. Dah alang alang sampai kat situ kan? Tengok ayam pun macam tak berapa nak masak lagi. Tapi dah malas nak menunggu bungkus jer la. Bila dah sampai kat rumah.. macam yang dijangka la.. Tak sesedap yang biasa.. ayam kurang masak sket, pastu rasa perap tu tak berapa nak masuk...tawar heber jer.

Ini mesti orang lain yang jual ni. Bukan abang yang biasa. Tapi FIL aku tetap cakap sedap jugak. Tapi siyes... abang yang biasa tu lagi sedap.. ayamnya la....
Tapi dalam tak berapa nak sedap, habis jugak sekor. Aku makan beberapa kerat jer. sebab dari rupa fizikal pun aku dah tahu ayam ni tak berapa nak sedap.. (mcm pro sangat).

OK la.. auditors dah masuk balik ofis. Aku kena standby. Kot kot dia mintak document aper-aper. Huissss..muka serius giler...tapi tatap montelllss...comelsss gitu.. Tak caya?... tgk nih..



Wolopun muka strict sket, tapi tatap nampak comelsss...

bye...

1 comment:

intan morsalin said...

askm cik anie..nak tnya..speed tu slalunya susu dutch 123 & 456 tu arga bape ek?

sya slalu beli drypers kat hero bdr sri permaisuri...kat cini slalu wat sale..skrg ni drypers kat sini arga 32.99..