Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, July 14, 2011

Pakcik Kayooo

Assalamualaikum..

Dah lama janji nak citer pasal anak jiran setaman aku tu kawin. Tetunda dari hari ke hari. Entah korang ingat lagi ke idak. Tapi kalo tak ingat pun acik tak marah. :p



Ekceli gini… kami bukan kenal pun pakcik ni. Agak aku la..sumer orang yang dia jumpa ataupun yang jadi customer kedai tu sumer dijemputnya kot. Korang bayangkan 3 kali kami ke kedai tu.. 3 kali jugakla dia tanya dah dapat ke belum kad tu. Kali ke-4 kami ke kedai tu masa atas motor cepat cepat Ajeed tanya aku,

Pakcik tu ada tanya lagi tak?
Takder.. naper..
kalo sekali lagi dia tanya..saya tak nak pegi
Boleh kita pegi… tapi kita bawak escort ramai ramai… lepas makan bagi jer la sploh henggit

Bini plak yang tukar ajar… hehe… Bagus tak idea ni. Tapi nasib baik dia tak tanya. Mungkin dia dah cam kot muka kami laki bini. Pastu sebelum aku blah dari kedai tu aku tengok dia bagi kad kat member aku plak. Hati tu kebetulan dia singgah kedai.

Tapi bila hari kenduri kami tetap pegi jugak. Bukan apa …malas nak masak.. hehe.. Nasib baik jugak aku pergi sebab makanan hari tu memang sedap. Ader satu family tu yang kebetulan 1 meja ngan aku siap bangun ambik nasik tambah lagi… Aku pun teringin plak nak menambah..tapi malu la plak… Tapi dia selamba jer cakap anak dia yang nak makan.. Walhal elok jer aku tengok dia suap kat mulut dia… Tapi aku rasa la.. ari tu memang tak cukup makanan la. Sebab orang yang datang bukan main ramai lagi..



Berbaloi baloi pakcik tu dapat menantu.. Pagi besoknya aku tengok dia takder kat kedai… selamba badak jer Ajeed cakap…

“Pakcik tu dah kaya kot.. sebab tu tak datang kerja…”

Ntahla.. aku perasan macam ader orang dengar jer...

No comments: