Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, July 11, 2011

Percutian 4H3M Yang Menyedihkan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. masih lagi diberi peluang untuk menggodek blog setelah sunyi sepi untuk beberapa hari.. Yang pasti aku menyepi bukan sebab aku sibuk dengan BERSIH tapi aku dipaksa untuk bercuti selama 4 hari 3 malam di satu destinasi yang ..agak “ BEST GILERRRR…”

Biasanya orang lain kalo dapat cuti hepy jer.. tapi kenapa aku bersedih plak… macam pelik jer kan?.. Ekceli percutian aku jadi menyedihkan sebab aku bercuti di sini.

Pediatric Ward Hospital Kajang.



Korang kan tahu melalui entry aku sebelum ni kondisi Hadif tu macam mana kan?.. Asyik demam jer kan?.. Genap seminggu demam dia pun tak elok elok lagi.. Asal malam jer demam, asal demam jer malam sooooooooo aku nekad apa nak jadi aku kena refer dia kat hospital. Tak kisah la walopun kena ambik cuti. So pagi Khamis tu bergegas la kitorang ke spital sebab panas dia naik balik. Nasib baik tak ramai orang sangat. Menunggu jugakla tapi takder la lama sangat. Mungkin sebab terima banyak sangat komplen kot.. tu sebab diorang buat kerja laju sket kot. Hehehe.



So bila dah masuk jumpa doctor.. apa lagi doctor terus tolak masuk ER.. ambik darah n masuk air skali.. Masuk air tu sebab dia dah taknak makan seminggu. Tapi nasib baik susu nak hisap.. Kalo tak lagi teruk la kondisi dia.



BilA dah masuk ER apa lagi… meraung raung la… sebab kena ambik darah, nasib baik kejap jer di nangis, time kena cucuk jer dia nangis..pastu dah ok. Masa kat dalam ER ni suhu badan dia ON OFF.. kejap panas..jap lagi sejuk..gitulah kekdahnya hinggalah doctor putuskan untuk masuk ke ward.



Kat ward plak satu penyiksaan lagi bila dia memang langsung taknak diletak atas katil.. nak dukung jer sepanjang hari… anak..anak… Malam pertama kat spital..katil No.13, Kat sini bilik asing sebab dia disyaki cirit birit. Kat sini memang strictly patient lain tak boleh masuk. Bawak anak main kat bilik permainan pun tak boleh. Guna tandas kat luar pun tak boleh. Kena guna tandas yang ada kat dalam bilik tu jugak sebab takut cirit birit tu boleh berjangkit dengan budak lain.Kat katil 13 ni Hadif tidur dalam 5-6 jam jer. Selebihnya mengamuk nak dukung jer…. Cobaan.



Tapi untuk malam ke-2 Hadif kena pindah katil No. 10 plak, sebab doctor sahkan yang dia berak dan muntah bukan sebab cirit birit, tapi sebab kesan dari ubat antibiotik jer. Alhamdulillah. Untuk malam ke-2 adalah malam yang paling memenatkan bila dia langsung tak nak tido… Malam tu tak silap aku 2 jam jer dia tido, pastu sibuk nangis nak ajak aku kuar. Sebab apa dia nak ajak aku kuar?.. sebab dia piker yang babah n abang dia doplohpat jam ada kat luar sana datang tengok dia.. Memang malam tu langsung aku tak dapat rehat. Apa lagi nak tido .. Cobaan.



Masa kat katil 10 ni first time (kat spital) bagi gas kat dia.. Ya ampunnnn... rasanya kekuatan rontaan dia tu memang luar biasa... 3 min pertama jer ok...Rasanya nak tercabut jarum kat tangan dia tu.. Seriuuuuuu aku tengok.

Untuk Malam ke-3 sedikit melegakan sebab malam tu dia dah boleh tidor. Paling melegakan bila dia dah berada dalam area “Pesakit yang dah OK”.. Kira macam bila dah masuk kawasan ni besoknya tu memang boleh discharge la.



Alhamdulillah.. Lega…. Lagi satu malam last tu dia tido lama sket la… kul 11 dah tido. Bangun pun sebab nak susu. Aku pasang gas pun dia tak sedar.. Kalo dia sedar memang haremmm la. Langsung gas tak masuk dalam mulut dia. Kalo kebetulan ader babah dia ok la. Petang tu masa bagi gas nasib baik adik aku si Ila tu datang..



Elok jer dalam 3 minit pertama (macam biasala)..tapi lepas tu bila dah lama sket dia dah mula rimas. Aku tengok budak lain elok jer lalok bila kena gas.. Tapi dia tak.. Makin agresif.

Soooo besoknya..Ahad tu (semalam la)… pagi doctor datang check sumer dah ok la.. Kahak dah takder.. demam dah hilang. Nafas dia pun dah takder bunyi lagi. Bila doctor cakap “Tengahri anak Puan dah boleh discaj… horeeeyyyyy……. Boleh balik mandi pakai sabun. 4 hari aku kat hospital tak jumpa sabun. Kerbau mandi pun tak seteruk itu.

Lepas ni ader rawatan susulan lagi. Untuk simpton asma rawatan susulan bulan 12, sama macam jumpa pakar pemakanan.Kan berat badan dia kurang. So lepas ni ader rawatan susulan pasal diet dia. Untuk Anemia plak rawatan susulan bulan 8. Sementara ni doctor suruh bagi ubant tambah darah and multivitamin jer la. Harap harap aku tak miss la bagi ubat kat dia, doctor cakap darah dia memang tak cantik. Macam mana nak cantik kalo makan pun kurang. Harap harap lepas ni selera makan dia bertambah. Ekceli sebelum ni selera makan dia ok… Tapi bila dah seminggu demam , Itu sebabla selera makan dia hilang.

Itu jer la kot citer pasal Hadif kena admit kat Spital Kajang. Sepanjang kat hospital kami memang mendapat layanan yang terbaik dari misi misi yang baik hati. Spital sekarang tak macam dulu. Kalo dulu dengar jer nama misi...nyampahnya..sebab diorang ni eksyen semacam jer, garang lagi..kerek plak tu ..lagi satu yang berlagak tak tahan tu... Tapi sekarang tidak nak nak misi spital Kajang. Diorang sumer baik baik and ramah tamah orang. Satu lagi doctor kat sana..memang baikbaik.. suka jer tengok diorang. Kalo yang popuan tu mesti comel comel, cute cute.. yang lelaki plak semestinya ensem ensem..ganteng ganteng... Siyes aku cakap... diorang layan pesakit memang first class la. Tak caya...?.. cuba try test.

Nanti kalo ader masa aku citer pasal kawan kawan Hadif yang lain kat Spital. Ramai sangat geng kat hospital. Mau tak ramai 3 kali pindah katil kan. Nanti yer nak buat kerja sket. Maklum la cuti panjang.

2 comments:

aizamia3 said...

Alhamdulillah selamat akhirnya..

psstt: memula tengok entry tadi, kat tempat manalah yang tak best, ai nak pangkah je.. ropa2nya.. ok ok.. pernah lalui tidur dalam wad walaupun setakat semalaman tapi penat dengan tak cukup tidur hanya Allah yang mengetahui..

aCik Anie said...

HEHE... SILA PANGKAH PERCUTIAN INI YER KENGKAWAN