Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, June 28, 2011

Resepi | Sambal Lancang

Assalamualaikum..

Korang pernah tak dengar sambal lanchang. Bukan Lanchang Kuning…SAMBAL LANCHANG… Memula aku dengar nama makanan ni terus otak aku imagine cerita Lanchang Kuning. Ini kali ke-2 aku makan sambal ni. Sedapppppp… feelinggggggg kampunggggggg gitussss…



Korang nak resepi dia tak?… alaaa senang jer… sumer rebusss jer.. pastu masuk santan.
Sedappppnya.. terbayanggg lagi rasa daun kadok tu. Daun kadok ni bau dia jer lebih. Tapi bila rasa…emmmpp takder apa apa pun. Sedappp..lemak.

Bahan Bahan yang perlu ada..

Santan Pekat,
Bawang merah
Bawang Putih,
Kunyit
Ikan Bilis/ Udang kecik
Tempoyak.
Cili Padi


Daun hijau/ pucuk/ ulam yang diperlukan (yang ni rebus siap siap..tinggal masuk dalam santan jer)

Daun Kadok
Pucuk Ubi
Terung Pipit
Daun Kunyit
Petai
Pucuk Labu


Tapi tak semestinya nak kena ader.. dah ader pucuk ubi ngan terung pipit dah ok.. daun kunyit skali. Tapi kalo ada sumer orang kata complete la… lagi perfect.
Sambal ni yang buat dia spesel sebab tempoyak ni la. Hari tu kebetulan buah asam gelugur ada kan?.. soooo masuk skali buah tu ganti asam keping..akceli tempoyak kan dah masam, tapi kalo lagi masam lagi la sodap…so bila bertambah PH kemasaman dia tu, maka lagi bertambahlah level kesedapan sambal itu… Perghhhh… Pehe dop?

Cara-caranya Plak…

Tumbuk bawang merah, bawang putih kunyit, ikan bilis, cili padi tu sumer. Masak ngan santan pekat.. Bila santan masuk, masukla pucuk yang direbus tadi. Kacu hingga pekat..masuk garam..masuk asam keeping atau buah gelugur…pastu siap la..

Hidang panas panas…. Nak nak ader ikan sungai masammmm…. Walahhhhweyyyyyyyyyyyy menitik peluh betina… Makan tak hinggat.

Cuba la... Mesti nak lagi...

No comments: