Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, June 10, 2011

Lalok Di Pagi Jumaat

Assalamualaikum..

Sekarang aku tengah update blog dengan mata kejap terbukak kejap terkatup. Kalo ader kesalahan ejaan tu harap maklumla. Ni sumer gara gara telan ubat selsema jam 4 pagi tadi. Aku tak tahan sangat... Terbersin tengah tido.. hinggakan Hadif 3-4 kali terjaga. Siap bangun bersembang lagi ngan aku.

Dan kesannya pagi ni la. Datang kerja awal 10 min..siap boleh tertido lagi kat atas meja ni sementara loceng bunyi. Dalam pada lalok pun ada hati jugak nak update. Walhal takder point pun nak citer pasal apa.

Nasib baik pagi tadi Si Hadif tak meragam. Walopun pagi tadi terbagun 2-3 kali. Yang suka buat hal pepagi ni bukan Si Hadif.. tapi abang dia.. Manja terlebih. Nak dukung la.. nak basuh muka jer badan taknak basuh, Nak bukak pampers, baju taknak tukar, mandi taknak tapi baju nak tukar... Adoi.. macam macam hal la. boleh semput pepagi kalo hari hari cenggini. Tapi kan walopon diorang ni mengamuk kat umah, tapi bila dah sampai kat taska diorang elok jer.. Tu yang bestnya.. Takder la diorang ni nak heret pe'el yang kat umah tadi tu hingga ke taska. Mungkin jugak sebab diorang malu kot nak nangis depan kawan kawan. Yer la hilang machooo bebbb...



Pagi tadi macam biasala... datang taska.. orang pertama yang Hadif cari awek dia, Ecah.. Kalo dia makan apa apa yang dalam mulut tu sanggup lagi dia bagi kat Eca. Hari tu pengasuh ader citer la yang Si Hafiy ni nyakatlah budak Ecah ni.. yang jadi penyelamatnya tau saper?.. Hadif la.. siap usap usap kepalo si Ecah ni lagi, konon memujuk la tu.. Alahaiii...so sweet nya budak budak ni kan. Ecah plak pepagi lagi dah tunggu Hadif kat pintu kalo Hadif lambat. yang bestnya dia panggil Hadif ni kakak.. hehe. Nampaknya Ecah pun confius jugak dengan muka Si Hadif. Agaknya kena botak kepala dulu kot baru nampak kelelakian Hadif ni.

Ekceli wolopun mata nak terpejam ni sempat lagi duk mikir budget untuk beli baju raya diorang ni. Aku ingat nak beli sekarang la. Kalo nak tunggu puasa jadi plak macam tahun lepas lepas..beli baju raya main tangkap muat jer. Korang dah start beli ker?

Kat mana ade Sale sekarang erk..?... Online shopping pun ok jugak kan.. Takyah bazir tenaga cari parking hadap jem sumer...

Ok la... nak cuci mata jap .. mana tau ader yang berkenan...

No comments: