Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, June 15, 2011

Konon Nak Bakar Dalam aluminium foil… feeling fresh gitu….

Assalamualaikum..

Hahaha.. Kemain lagi tajuk kan?.. Dari tajuk pun sudah tau ini entry pasal makan makan. Eh..macam dah lama tak tepek resepi kat sini. Bila takder idea baru la teringat nak tepek resepi kan.. Tapi sekarang nampak gaya takder resepi lagi la kat blog aku.. Sebab apa tau… Kan sekarang aku dah tambik dinner (cehh kenkonon).. Makanya aktiviti masak memasak dah makin berkurangan la… Kalo ader pun tunggu hari minggu baru masak. Tu pun lom tolak aku malas nak ke kedai lagi… Tapi kalo nak gak aku tepek resepi boleh…takder hal punya kan tak habis habis Resepi | Nasi Bubur Hadif… Takpun Resepi | Sup Hadif. Nak?…hehe

Ok back to the topik kat atas tu. Hari Jumaat lepas biasala aktiviti potluck 2-3 kerat kami ni la.



Aku bawak ikan jaket bakar tempoyak, Ulam sket.. ulam tu aku celur pucuk paku sama terung pipit jer.. Budu memang menu wajibulghunnah.



Walaweyyy..meleleh plak air liur aku teringat kesedapan celur pucuk paku ni….. tabah.. tabah duhai hati…..

Okkk… pastu member aku sorang ni bawak ikan, sotong . udang perap dengan sos ikan bakar tu…



Yang jadi masalahnya dia suh aku bakar dalam oven kat ofis ni.



Aku pun ok la.. bakar jer kan… Tapi bila tiba nak bakar oven plak yang rosak, silap aku jugak tak check dulu… nasib baik pantry atas pun ada oven.. so aku pun meluru la naik ofis atas nak bakar lauk ni sumer. Tapi malang sekai lagi bila….. oven hampir hampir meletup, aku ni kan teramat la cetek ilmu pasal bakar membakar dalam oven ni. Makanya keluarlah bunga bunga api dari dalam oven.. aluminium foil sudah terbakar weyyy….apalagi..kelam kelibut la…Nasib baik sempat tekan butang reset/ off.. Kalo tak nayala aku. Tapi aku Frust sebab tak dapat makan lauk ni sumer. Soo dengan hampanya aku serah balik bungkusan ni kat tuan dia… Tuannya yang bestnya siap menunggu kat kantin dengan hati yang berbunga bunga… konon-konon

Tak sabarrrr nya.. tak sabarnya.. aku tengok pun nasik bukan main membukit lagi.. alehhhh aku pun sama…

So bila aku bawak ke kantin.. macam yang dijangka la.. frustnya tuan dia. Siap bungkus nak bawak balik dah.. Tetiba datang idea….. Toinggggg…..

Apakata kita mintak tolong mira bakarkan…
Ok.. jommmmmmm


Setelah 5 minit bakar kat dalam kuali… tak masak masak juga… sekali lagi bawak masuk dalam dapur.. kali ni kitorang dah takder nak bakar bakar.. kitorang goreng terusssss.





Hahhhh Puas hati.. so..hajat nak makan fresh fresh yang dalam aluminum foil tu cancellllll terusss…. Makan lah yang goreng goreng ajer... Goreng pun sodappppp



Puas Hati aku….

1 comment:

Kathy Tuah said...

ikan jaket tu sedap! ulam2 tu sedap.. kalau pasal makanan semua sedap.. huhuhu~