Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, June 2, 2011

June Punya Cerita.

Assalamualaikum..

Semalam terpaksa mengMCkan diri (cehhh.. budget baik sgt). Padahal..akulah Ratu MC.. Tak caya?.. sepupu aku pun belajar MC dari aku hahaha.

Ekceli dah kebetulan ke klinik kan.. Malam semalam Muhammad Aisy Hadif demam mengejut datang dengan pakej terbaik muntah campur berak. Apa lagi menempek macam belangkas la. Lagikan sihat pun tak leh berenggang..apa lagi demam.. Haruslah aku kumpulkan kekuatan kelek kemana sahaja aku pergi..kehulu kehilir bertenggek atas pinggang. Sampai tumbuh buah pinggang aku. Masa pegi klinik tu teruk sangat, dah tak boleh tido baring… sebab standby nak mencirit. Kesiannnn didif.



Kebetulan bawak dia pegi klinik aku pun apalagi..ambik kesempatan checkla perut aku.. Ader baby ke ader lemak.. Dapat plak doctor yang friendly.. Siap bagi cadangan lagi supaya pakai spender yang cover perut sebab taknak bagi lemak bermaharajalela.

Puan tengok ni.. ni lemak puan yer… teballlll………. (sambil tangan golek kamera kat perut)

Usahkan doctor.. aku pun terkejut tengok lemak tepu kat perut aku. Siap meliuk piuk lagi bila doc scan. No wonderla Hafiy pun confius tengok gambar kat iklan. Semua perut buncit..IBU YANG PUNYA. Awalnya doctor pun ingat aku ader baby.. bila dah check baru tahu..rupanya lemak dah beranak pinak ka dalam perut.

Kalo boleh puan buatla senaman… baring …pastu angkat ke dua-dua kaki.. kejap jer … lepas semayang subuh tu buatla…

Baik Puan Dokterrr….

Lastly doc bagi ubat untuk datang haid. Pastu satu lagi ubat untuk balance hormon dalam badan supaya sistem haid teratur... Bagi aku..hal tu tak risau sangat. Paling aku risau pasal lemak ni la. Kalo boleh bakar buat satey sedapla jugak.

Tapi aku tak citer kat Ajeed apa yang doctor tu bagitau... sah sah aku yang akan kena balik .. Tapi dia dah siap buat janji ngan aku.. benda pertama yang dia akan buat bila dia banyak duit ialah... Nak rawat perut aku.. kasi kempis macam anak dara dulu.. Muahaha... Aku takut janji tinggal janji jer.. Masa tu lemak aku dah degil kot...ohhhhh tidak.... kena mintak bantuan Pati Halia untuk sementara waktu.

Dahhh.....

No comments: