Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, June 14, 2011

Bahaya Ni Kak…..

Assalamualaikum..

Dah mula kekeringan idea. Biasala.. masalah utama blogger suam suam kuku macam aku ni… Eh..nak kata suam suam kuku pun aku rasa tak layak.. Yang layaknya blogger beku.. Update ke tak hapdate ke ader orang kisah. Lately ni pun aku perasan readers blog ni banyak yang 1st time..means yang mengoggle jer. Tapi syukur la.. dari lansung takder visitor atlis ader gak yang rajin mengoggle.

Weekend hari tu aku ader terpandang 1 artikel pasal statistik jenayah jalanan kat Mesia dah dah berkurangan kalo dibanding dengan tahun tahun yang lepas. Dalam iklan pun banyak dah keluar pasal isu ni. Sekarang pun kalo kita kuar rumah tak sampai 5 minit kita dah jumpa polis yang buat rondaan. Sikit sebanyak kita rasa lebih selamat la kan? Tapi rimas pun ader gak… yer la sikit sikit nak tahan.. sikit sikit nak saman. Bagi seorang pesalah ofcoz la akan rasa rimas.. Tapi pasal CCTV tu bagus. Atlis boleh jadi sumber rujukan kalo ader kes ragut ke..kes curi keter ker atau kes culik ker.

Tapi pesoalan yang utama yang menjadi menjadi punca permasaalahan ini sumer adalah sejauh mana kita peka dengan jenayah yang bakal berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh..



Akak ni siap stylo mylo lagi dengan beg sandang belakang dia. Pastu beg dia tadi kalo masuk dalam bakul tu di kira masih selamat lagi la. Tapi akak ni bukan letak dalam bakul.tapi parking kat seat belakang.

Alahaiii..senang giler kan kalo nak ragut beg dia. Bukan takat bag yang dapat ambik. Dengan akak akak tu skali boleh jatuh dari motor kalo beg tu kena tarik dari belakang. Lagi malang kalo lori kat belakang akak ni langgar plak motor akak ni dari belakang. Dah la jatuh..ditimpa plak ngan tangga. Pastu tersembam plak muka kat taik kucing. Gitulah kekdahnya.

Jenayah ni berlaku bila ader tiga factor ni..satu- Mangsa, dua- Pemangsa/ Penjenayah tadi la, dan tiga- peluang. Kalo lengkap 3-3 faktor ni maka terjadilah jenayah. So kita lah yang kena peka dengan setiap bahaya yang ader kat depan mata kita. Kita tak boleh 100% mengharapkan CCTV dan polis yang membuat rondaan setiap masa. Pokok pangkalnya sikap kita.

Jangan sesekali memberi peluang kepada penjenayah.

Sekian WASSALAM…

Copppp......
Sebelum stop menaip aku nak tukar topik jap. Ekceli aku nak bagitau yang aku bangga dengan diri sendiri tau.. sebab sejak 2-3 minggu lepas aku dah berjaya skip makan malam. Yang kelakarnya penyebab yang menjadi punca aku tak makan malam adalah…………………….

Korang ader tengok cerekarama “ Jemaah Kolestrol”..alaaaaa yang Neelofa (erk..betul tak aku eja) yang gedik berlakon jadi doctor pakai tudung tapi retis nak………. (isi sendiri)siap minpi kawin lagi.. tak sesuweyyyyyy.....

Citer ni la yang menyedarkan aku…. Caya tak?
Terima Kasih TV3……(bajet ahli MyTV3 buat ucapan)

1 comment:

Faztee Danisha said...

dtg jenguk blog ni dan folo..jenayah skg x kire mangsa..jgn bg pluang kt dorg..as ppuan kite kne bhati2..plu jugk bljr pthnkn diri