Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, May 10, 2011

Resepi | Sambal Pauh

Assalamualaikum...

Apa kata di petang yang tak berapa nak syahdu ni cikanie hidangkan korang dengan satu menu yang simple tetapi sedap , elok sangatlah kalo dipadankan dengan sayur lemak pucuk manis ubi "stelo".

Pagi tadi tak sempat nak say hi pun kat blog ni... Terkocoh kocoh pegi Shah Alam.

Ok la... Pasal Pegi Shah Alam tu citer dilain waktu la. Ni nak kongsi sikit resepi buat sambal pauh. Pauh itu adalah mangga. Sila maklum yer. Ni kira sambal pauh versi kami la. Setengah orang lain caranya. Kami punya ni simple jer. Tapi sedapppppp... Ada masam masin pedas...ikan.

OK... Bahan-bahanya :

Cili Padi
Mangga atau "Pauh Reknge"
Ikan Sadin atau "Ike Slaye"
Garam


Cara-caranya..



Tumbuk Lada burung tadi... Pilih la nak hijau ke merah ke.. Janji pedas. Taruk garam skali secukup rasa.



Bila dah lumat... tapi baik jangan lumat sangat.. Biar agak agak makan tu boleh tergigit cili la, pastu masukkan plak mangga yang di cincang tak berapa nak halus tadi. Hancur sangat tak sedap. Tumbuk la pauh tu skali lada burung.



Masukkan ikan rebus tadi...opsss lupa nak cakap. Rebuslah ikan tu siap siap.. masuk sket garam. Asam takyah.. Mangga tadi dah masam. Tumbuk skali dengan Mangga & cili padi tadi...Pastikan korang tumbuk ikut turutan tau... cili, mangga last skali baru ikan....

Dan hasilnya..



Amat sesuai dinikmati bersama sayur masak lemak pucuk labu....plus ikan rebus goreng...perghhhh...... Menjilat jari..Gerenti..

Cuba yer... Wassalam.