Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, May 26, 2011

Mood Pagi Khamis..

Assalamualaikum..

Hati rasa macam tak sedap jer. Mood nak berblogging pun kurenggg jer. Nak nak bila check stat kat Dasboard traffic tak berapa nak tinggi. Lagi la takder mood. Aku perati kan... kalo nak start cuti sekolah mesti readers pun makin kurang. Dah la sememangnya readers blog ni sikit. Nak tiba musim cuti sekolah lagi makin sikit. Tapi aku tak kisah...Takder hal punya. Lagipun aku berblog hanya suka suka. Nak jugak merasa dapat income sampingan dari blog picisan ni. Tapi aku rasa macam impossible.



Semalam godek-godek FB soang member ni.. Mintak ijin yer Bang Is kidnap pic ni dari album Abg Is. Ternampak plak masak lemak ikan tenggiri ngan daun asam gelugur.. Meleleh weyh ayaq liuq ni. Teringat plak cuti Wesak hari tu. Sempat gak makan Masak Lemak Ikan Duri sama daun asam gelugur ni. Wallahhhhhh.... budak berdua ni pun menjilit bibir skali. Yang buat bestnya...pucuk asam gelugur tu la. Tapi hari tu mak aku campur ngan daun asam kandis skali. Aduiii..terbayang bayang skali lagi kesedapan dia tu. Mula mula tu macam.. ehh ... masuk daun aper ni.. macam tak sedap jer.. mesti rasa daunnya pahit-pahit sket.. Sekali makan.... terus terjatuh chenta ngan daun asam gelugur. Masam daun tu ngan lemak santan bersatu.. Korang boleh bayang tak macam mana.

Masuk bab sedih plak..



Malam tadi tengok rancangan 360.. saper ader tgk... sedihnya kan?.. Kesian ngan nasib keluarga diorang. Anak yang tak berdosa yang menjadi harapan mereka takder dalam sekelip mata angkara kelalaian manusia. Tapi tak guna nak menyalahkan sesiapa. Dah tertulis ajal diorang macam tu. Tapi aku rasa macam sebak semacam jer bila aku terbaca dalam satu artikel.. tak silap dalam Kosmo.. yang penyelamat tu dapat hidu satu bau harum yang keluar dari jasad adik bradik kembar setelah mayat diorang berjaya ditemui dari timbunan tanah yang runtuh tu. Korang ader baca tak?.. Subhanallah..Maha Suci Allah... Untungnya mereka.



Tak boleh la aku nak taip panjang panjang pasal isu ni... Pada readers yang terbaca entry ni sama samalah kita sedekahkan al-Fatihah untuk adik adik kita ni. Moga tempat mereka disisi para anbiyak..

AL Fatihah



Terimalah Permohonan Kami Ya Allah...

No comments: