Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, May 23, 2011

Malas Rasanya Nak Balik Kajang

Assalamualaikum..

Sekarang ni roh rajin update ader la sket dalam dalam badan Acik Anie nih.. Sooo apalagi hapdate la.



Selasa lepas berat sangat kaki nak melangkah balik KL, rasa macam baru jer balik sana..dah nak kena berangkat balik KL dah.. cepatnya masa berlalu. Namun sempat gak la tolong tukar enjin air yang dah lama rosak kat kampung tu. Biasala kalo bab bab merepair ni mak aku mesti tunggu anak anak balik.



Orang tua biasala… Kita yang muda ni kena peka sket . Ajeed ni aku perati kalo bab repair merepair ni dia ringan tulang sket. Tapi kalo bab pegi situ sini memang dia liat, melainkan terpaksa sebab nak ambik hati. Kadang kadang tu lom mak aku suruh dia dah sibuk menanya. Biasala orang tua..mesti segan nak mengatur anak menantu kan?.. itu sebab aku cakap kita yang anak ni nak kena peka. Jolok sket laki tuh…



Sebelum ni yang tukang pasang tu beli yang made in china punya.. sempat beberapa bulan jer..pastu kejap kejap rosak.. kejap kejap tukar part yang rosak. Senang senang tukar jer enjin terus.. baru puas hati. Lagipun kalo beli Enjin yang Panasonic tu baru 400 ++ , Hitachi mahal sket. Sooo sekarang ni aku harap takder problem lagi la.



Masuk balik bab nak sambung cuti. Kalo ikutkan si Ajeed dia ader plan nak ke Tok Bali…nak memancing katanya. Tukang sokong nya adik aku.. Siap suh aku sambung cuti lagi. Mana boleh wey.. dah la tengah audit sekarang, pastu Khamis lepas tu aku ½ day, Jumaat plak MC.. Rabu tu nak cuti lagi?… Nehiiii Kabi Nehhiii la jawabnya. Kalo awal awal plan lain citer la.. ader kebarangkalian nak sambung kot.hehe

Korang tau kan kalo aku balik kampung mesti tak sah kalo bonet tak penuh. Kali ni balik kampung macam yang sebelum sebelum ni.. time balik KL mesti bonet penuh.. Itu blom musim buah lagi. Kalo musim buah memang takyah citer la, Sampai merajuk sebab kena paksa bawak balik buah banyak sangat, hehe.



Ntahla.. nak ditukar keter besar sket lom dalam kemampuan lagi. Nak tak nak sumbat jugakla dalam bonet keter buruk tu. Kali ni balik takder musim apa apa.. musim kelapa jer kot. Aderla sket buah salak aku tgk tengah ranum masak. Tapi ntahla, tekak dah jemu nak makan salak ni. Mentang la salak ni selalu berbuah, cuba yang jenis bermusim, macam doyan, mau kemaruk jugak kot nak makan . Sooo salak kat sana tak berapa nak laku. Ader bawak jugak sket balik sini. Tu pun sebab nak bawak kat tempat kerja jer.. Eksen jer bunyinya kan?..hehe.



Sooo sebab takder musim aper-aper maka bonet keter pun tak berapa nak penuh jugakla. Tapi mak aku ni memang takleh tengok bonet ana ruang sket.. mula la dia nak masuk barang… mula-mula tu dia bawak turun tikar…

“Ambikla.. senang nak bentang bila orang datang.. Ila pun aku ader bagi satu..” (setelah ditranslit)

Ermmm yo la… sumbat jugak kat dalam bonet… Pastu dalam 5-10 min…

“ Beras ader.. Hok lama tuh.. mu ambik jer la aku takut bubuk make” (Korang translit sdiri hehe)

Sumbat lah Si Ajeed masuk bonet. Takperla..rezeki tu..beras siam sedap… dah save budget beli beras bulan ni hoho.

Aku rasala mak korang pun mesti macam ni jugak kan?.. Takperla selagi dia ader kan.. bila dia takder mesti kita akan rindukan saat saat manis macam ni. Sooo selagi dia ader, jangan kecewakan atau hampakan perasaan diorang.

Touching la plak….

No comments: