Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Friday, May 27, 2011

Baiknya Anak Mak..

Assalamualaikum...

Lambatnya hari Jumaat ni berakhir. Aku dah mengantuk tahap jingga dah ni. Pagi tadi hajat nak bangun awal, nak masak nasik goreng tapi macam biasala... hajat tinggal hajat. Lagipun malam tadi tido lewat sket. So bangun tido pun ofcoz lewat la jugak. Nak jemur kain pun tak sempat. Tapi nasib baik la mak mertua aku nak datang hari ni.

Sebab apa aku kata nasib baik?
Satunya sebab Ajeed offer dia nak tolong jemurkan kain baju sebab hari ni dia nak kemas rumah.

Sebab apa dia nak kemas rumah?
Sebabnya.......mak dia nak datang la... so aku agak dia malu kot rumah tu macam tongkang pecah. Bukan aku malas.. tapi cuba bayang kalo aku gerak seinci pun tangan si hadif mulalah nak melekat kat lutut. Apa patut aku buat?..sudahnya terbungkam depan TV jer. Muahaha...Aku suker.. aku suker..

Ekceli rumah kami tu takderla teruk sangat (coberline).. Tapi biasalah En Suami aku.. takut sangat mak dia komplen..

Kalo macam ni setiap bulan aku nak jemput jer mak dia datang umah. Dah rajin sangat kan?... Bab rumah bersepah aku tak heran sangat.. Sekarang ni duk pikir nak masak apa malam ni. Biasa diorang datang aku mesti kantoi.. Nasik keras la..daging tak empuk la. kali apa plak yang kantoi.

Tapi kan aku perati Ajeed kalo mak dia datang mesti dia kecoh terlebih.. ober excited. Mak aku datang takder pun aku nak gabra, sebab apa tau.. aku pun satu kepala ngan aku.. tido bangun..tido bangun dah boring bergossip sambil cabut uban tgk TV plak... Makan tu balakang kira..time laor baru sibuk terkocoh kocoh masuk dapur..yang bestnya mandi pun taknak.. Ajak keluar apatah lagi.. Itu sebab aku tak heran. Bertambah tambah best Bila aku nak kemas pun dia tak bagi

tak payoh la mu kemas... pahtu "Berkube" plak..

Berkube itu adalah bersepah...harap maklum..hehe

Suker kan?....

No comments: