Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, May 5, 2011

Anak Aku… Sukahati aku la nak beli buku macam mana….

Assalamualaikum..

Weekend lepas aku bawak Hafiy pergi kedai buku. Kata orang kalo nak menarik minat anak anak kat buku ni kena rajin bawak kedai buku. Pastu pastikan buku yang kita pilih tu macam menarik minat anak anak untuk menbeleknya. Contohnya buku yang banyak gambar. Gambar –gambar dalam tu plak terang dan jelas..berwarni warni… Sooo secara tak langsung boleh buat anak-anak untuk tengok buku tu. Bagi budak yang macam Hafiy tu tengok jer la dulu. Baca mana boleh lagi. Huruf pun belom kenal lagi. Huruf vokal kenal la. Huruf konsonan ader la yang dia kenal jugak. Tapi blom khatam sumer lagi. Sooo untuk permulaan aku pilih kamus bergambar.



Alhamdulillah.. Sejak beli Ahad lepas aku tengok tiap-tiap malam dia duk belek buku tu. Bukan dia sekadar tengok tau, tapi dia cuba untuk tahu…benda ni apa nama..itu apa..ini apa. So secara tak langsung dapat menarik minat untuk tahu sesuatu tau. Satu lagi aku peratikan dia cuba cara sedaya mungkin objek yang sama.. ooooo lembu kat sini….car kat sini… gitula kekdahnya. Secara tak langsung cara itu boleh merangsang minda dia.

Yang aku kelakarnya masa kat kedai buku hari tu siap terkencing lagi. Aku saja tak pakaikan dyper keluar hari tu. Yer la..ingat kuar kejap jer.. rupanya idak..sebelum ke taman singgah pekena ABC dulu. Habis semangkuk ABC singgah taman plak. Dah penat lelah berkejaran kat taman haus la plak. Diteguknya separuh air mineral yang botol kecik tu. Dah dekat maghrib barula menyinggah kat kedi buku. Mau tak terkencing wey.. tangki dah penuh. Nasib baik masa tu takder orang sangat. Sudahnya balik umah dengan seluar hancing. Basah separuh badan.

Balik umah plak satu hal lagi. Tengah kusyuk belek buku si adik plak tumpahkan susu atas buku abang. Apa lagi membebel la si hafiy macam mak nenek plak aku tengok gaya dia marahkan adik dia tu. Siap memek muka lagi. Pastu aku perasan tau dia menonong ke dapur. Korang tau dia pegi mana?..
Dia pegi basuh buku dia kat sinki. Rosakla buku tu… Aduhhh..pintarnya askar aku sorang nih. Nasib baik dia basuh kat hujung..kalo satu buku dia basuh.. mengamuk aku… Baru jer beli..belek pun lom habis lagi.

Pagi ni plak berdesing telinga aku kat taska kejap… Yerla sejak beli setiap hari Hafiy bawak pegi Taska. Ader plak akak taska tu sound deret kat aku..

Ko makan la buku tu jer Hafiy….

Sebab aku tak bawak bekal untuk diorang pagi tadi…. Aku senyap jer… Takperla..saya anggap akak dah takder modal sangat nak cakap dengan saya. Nak eratkan silaturrahim gitu. Pastu akak sorang ni plak yang sound…

Buku ni untuk budak darjah 5 dah ni…..

Apaaaaaaaa la akak ni… Sukahati saya la nak beli buku yang macam mana untuk anak saya. Tapi aku cakap dalam hati jer. Aku pun jawab balik..

Biarlah dia minat nak tengok gambar cantik cantik tu dulu..nanti barula dia ader minat pada buku besokkkk…..

Aku rasa ayat yang aku bagi kat dia blom kurang ajar lagi tu. Ntahlah .. naperla ader segelintir oaring yang suka kondem mengondem orang ni. Tak paham aku. Mari saya tarbiyah akak sket.

Minat membaca perlu ditanamkan dan ditumbuhkan sejak anak masih kecil sebab minat membaca pada anak tidak akan terbentuk dengan sendirinya, tetapi sangat dipengaruhi oleh stimulus yang diperoleh dari lingkungan tempatnya berinteraksi anak tersebut. Maknanya kat Taska la banyak kan?..kat umah hari minggu jer. Keluarga merupakan lingkungan paling awal dan dominan dalam menanamkan, menumbuhkan dan membina minat membaca anak. Orang tua perlu menanamkan kesedaran akan pentingnya membaca dalam kehidupan manusia

Saya tau..akak takkan baca blog saya.. Oleh itu, Sekian terima Kasih .. Wassalam….

1 comment:

Sal Saari said...

betul tu..kalau anak akak sume buku ader..sume dorang tengok, kamus bergambar tu bagussss sgt, akak bli 2 jenis buku kamus bergambar untuk depa..
1- yg ada byk bahasa
1- b.i to malay