Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, April 25, 2011

Resepi | Pulut Kuning

Assalamualikum..

Jawapan dah jelas depan mata. Sah sah tajuknya pulut kuning.ofcoz la pulut kuning yang aku bawak hari tu… Aku nak berkongsi resepi dengan uollss… Tapi satu jer aku musykil..setiap kali aku buat pulut kuning mesti tak rasa garam. Tawar heberrr jer.. Takut takut nak letak garap kot termasin. Soo alasan yang paling logic adalah.. tak elok makan masin..kan kena darah tinggi plak. Lagipun kan pulut tu nak di cicah sama kari ayam dan rendang daging buat apa nak masin lagi kan… logic tak.?..logic tak?

Ok.. bahan bahan diperlukan utk buat pulut.

Pulut ½ kilo
Santan Pekat sebijik
Garam
Pewarna kuning..
Kunyit
Asam keping


Sebelum kukus tu pastikan pulut direndan dalam ½ jam gitu paling lama. Jangan 24 jam. Dulu masa pertime aku buat siap rendam malam tu lagi. Pastu pulut jadi lembik jer.
Ok masa rendam tu taruk la pewarna sket, ibu kunyit seketul besar ibu jari. Pastu jangan lupa taruk asam keeping. Sekeping cukup la. Orang tua kata asam ni untuk bagi kilatan pada putih.. Yer la kot. Tapi aku buat takder kilat. Sebabya santan tak cukup lemak. Seleoknya beli yang dah perah. Kalo perah sendiri masam ni. Takder tenaga nak perah. Hasilnya pulut kuning ku kurang lemak.



Sooooo dah agak agak ½ jam rendam pulut tu panaskan kukusan plak. Dah mengelegak air kat dalam kukusan tu siap sedia la. Masuk pulut plak. Tutup kukusan pastu balut sket la kat tepi kukusan supaya haba kat dalam boleh berlegar legar dalam kukusan seterusnya mempercepatkan proses mengukusan pulut..hehe.



Agak agak masak tak mentah pulut tu… angkat pastu masuk dalam bekas….Korang boleh rasa la.. kalo rasa mentah jangan angkat lagi. Bila dah masak tuang pulut tu dalam bekas besar sket.. senang nak kacau kan?.. bila dah masuk bekas uolls ambik santan tadi yang dah siap ditaruk garam secukup rasa kemudian tuangkan diatas pulut. Kacauuuuuuuuuuuu lagi sampai sebati.

Bila dah siap kacau..masukkan pulut tu balik kedalam kukusan. Masak plak pulut tadi kali ke-2… dalam ½ jam gitu baru boleh angkat. Dan sejukkan di dalam dulang yang besar seeloknya.

Ok..itu jer… Satu lagi resepi bakal menyusul.
Dahhhh..tatatitutiti…..

No comments: