Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, April 27, 2011

Kembali Ke Zaman 1994

Assalamualaikum..

Salam untuk sumer readers. Pagi ni sejuk jer kan. Bertambahla sejukla kat dalam ekon ni. Diorang ni tak kira musim, panas, sejuk, dingin, sumer nak tibai pasang ekon jer. Mentanglah bil company bayar. Cuba rumah sendiri, pandai plak nanti korang berjimat.

Semalam aku skodeng satu wall ni tau, kat FB la. Wall kawan pada adik aku.Ternampak la plak no tepon ustaz yang ngajar aku zaman tingkatan 5 dulu. Terus aku ambik no tu then cuba SMS ustaz tu. Nak tahu dia masih ingat ke tak kat anak murid dia ni. Alhamdulillah.. rupanya dia ingat lagi. hehheehe... Satu kenangan yang tak boleh aku lupa pasal ustaz ni... Masa kat asrama.. Dulu dia penah jadi warden... Time magtib jer berlari menyorok macam lipas kudung kalo ustaz buat spot check kat dorm saper yang tak datang jemaah. Kelakar giler. Tempat persembunyian kat mana lagi.. kalo bukan dalam almari. Kalo ustaz baca citer ni ampun ustaz... Bukan apa semalam dia ader bagi url blog dia.. aku pun dengan muka tak malu bagi la url blog aku kat dia skali. Agaknya dia baca ker tak erk?..harap-harap dia bz la, hehe segan jugok..

Satu lagi kenangan yang aku tak boleh lupa masa nak pegi kelas tambahan ustaz ni la. Kononnya dah terlewat. Apalagi macam pelesit aku bawak motor. Tekan minyak sampai tak hinggat. Padahnya terlanggar sorang pakcik yang baru balik dari kutip doyan. Ehh bukan langgar pakcik tu tapi langgar raga doyan yang pakcik ikat kat belakang motor dia. Aduiii..berpinar mata. Tak pasal-pasal kena menyusahkan ustaz lagi sebab aku eksiden masa nak pegi kelas dia la.

Sumer kenangan zaman sekolah mesti kita ingat sampai sekarang kan?.. Sebab zaman tu adalah antara zaman zaman terindah dalam hidup kita. Kata sweetsebenteen... :)haruslah sumernya manis uollssss....

No comments: