Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Thursday, April 21, 2011

Histeria Datang Lagi

Assalamualaikum….

Citer panas ni.. berasap asap lagi … Korang ingat tak pasal kes hysteria yang aku cakap jadi kat kilang ni dulu…. Tak silap awal tahun kot.. Kejap tadi jadi balik la. Agaknya benda ni nak mengacau pun ikut musim. Dah boring sangat takder mende nak buat datang merasuk budak kat sini.

Aku ingat lepas pegi berubat kat Bangi hari tu benda jin setan ni dah tak berani datang lagi.. Rupanya masih berminat dengan budak kat sini. Yer la..dia clearkan budak yang kena rasuk tu jer.. Bukan kilang ni. “KERAS “ jugak kilang ni yer. Naperla siang siang hari pun nak buat hal. Tapi aku dengar citer 2-3 hari lepas budak shift malam pun ada gak yang kena kacau. Bila dia start balik ni…tengokla… berapa ramai lagi mangsa yang kena.



Kejap tadi anak akak cleaner tu yang kena. Kuat betul dia menjerit.. Dari dalam toilet tu sampai ke ofis sini boleh dengar. Naper erk kat toilet jer tempat yang selalu kena serang. Agaknya bebudak ni buang "napkin" macam tu jer kot. Takder nak basuh-basuh dulu. Eeeeeee kotorrr. Tak heran la kalo setan iblis tumpang sekaki menyibuk kat toilet.

Budak yang kena tadi tu tetiba jer boleh menjerit then rebah macam tu jer dalam toilet. Bila diangkat masuk ke surau… Ya ampun..berat tu satu hal.. dia punya suara…. Auuuuuuurrrrrrmm (sila lontarkan dari perut).. Aduhhh sihh meremang bulu roma gue.



Nasib baik family diorang dekat.. call jer , dalam ½ diorang datang dengan teksi ambik bawak balik. Kata sepupu budak tu selalu kena kat umah macam tu.. tetiba kan jadi kejanggggg mata tak berkedippp..tangan mengenggam kuat. Macam tu la yang jadi tadi.. Sempat gak la bomoh terjun azan tadi… menjerit jerit……hehehhhehe..seriuuuuu….



Memang betulla…

Syaitan , iblis, jin ni akan sentiasa mengganggu, menggoda manusia sehingga hari kiamat…..

Saper tengok TV3 semalam .. 360.. pun pasal ni gak…. Lagi teruk. Siap keluar paku , batu, pisau gillete lagi dari mulut pesakit. Alhamdulillah..masih ader lagi perawat perubatan islam ni yang merawat secara ikhlas tanpa mengenakan bayaran sehingga boleh mengubah niat asal mereka. Tak silap aku namanya Kiswah… Nanti nak try google….Syabas pada mereka yang terlibat.

5 comments:

Sal Saari said...

kalau selalu jadi mcm tu, maknanya budak tu memang lemah semangat so menda2 halus ni suka lah nak menumpang..

Unknown said...

huaa takot nya nak masok toilet --''

aCik Anie said...

ermm..mmg dia lemah semangat

aimi-
Jgn takut nak masuk toilet plakk.. kan tercirit kan

ilanilyana said...

mak takot eh

aCik Anie said...

jangan taku.. hantu yg sepatutnya takut kat kita sebab kuasa kita lagi besar.. kita takut sebab dia hodoh jer... itulah kelemahan dia.. dia tidak boleh cederakan kita..