Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, March 1, 2011

Hafiy 3 Tahun.

Biasanya tahun tahun yang sudah tarikh 8 Februari mesti kena pada musim cuti. Pastu gerenti tarikh tu aku kat kampung. Maklum la. Cuti panjang raya cina mestilah balik kampung. Susah nak dapat cuti panjang macam ni melainkan cuti perayaan. Tapi tahun ni 8 haribulan kami sumer dah balik sini. Tak sempat nak celebrate bufday Hafiy kat kampung.



Sambut kat sini biasa la.. kami anak beranak jer la. Bukan tak nak baut makan makan … tapi buat masa ni memang aku susah sket nak masuk dapur. Maklumla..anak bujang sorang tu yang terlebih manja… tak lebih jauh seinci.. melalak gaya kena dera…

Untuk tahun ni beli kek jer 2 bijik.. Satu untuk kami..satu lagi untuk Taska.. So 2 kali la Hafiy tiup lilin.. Eh..bukan 2 kali.. 4-5 kali…sebab masa kat umah… 4 kali nyanyi lagu bufday,,, 4 kali gak la dia tiup lilin. Layankan ajerla…. Kalo buat derk kan..kesian plak kat bufday boy… kalo ikutkan hati memang nak record jer…. Ko nak nyanyi lagi kan.. nanti pasang tape kejap… lapanploh kali nyanyi pun no hal la… sebab henset yang nyanyi bukan aku yang nyanyi.



Memang pesen budak kot.. rata rata aku dengar..suka sangat kalo dapat tiup kek hari jadi….kalo boleh hari hari nak kek hari jadi…bukan sebab nak makan…tapi sebab nak tiup lilin punya pasal la.

Nanti besok aku upload video terbaik punya. Kalo nak baca kisah Hafiy sambut bufday tahun lepas klik sini. Untuk tahun pertama dia sambut bufday aku takleh kasi link... sebab pic itu agak memalukan.. nampak orat orat ku yang seksissss..hoho.. kalo korang nak tgk gak..search la sendiri kalo terror... tapiiii plsssssss jangan komen yer.......tak sanggup aiiiii.....

No comments: