Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, February 25, 2011

Sukanya Bila Dia Ceria

Adehhh… semput acik terbatuk batuk … mengejar loceng. Ngam-ngam bunyi loceng ting tong aku punch. Berlari memang tak hingat..kesian kat lemak tepu..pening loya terkocak kocak. Ni sumer gara gara nak makan roti canai. Asalnya mak dia nak makan… konon pelawa kat si anak. Si anak plak terus nakkkkkk… sekali tengok orang punyalah ramai yang menunggu…. Nak jer kansel…. Tapi sebab anak yang nak…nak tak nak tunggu jer la… hasilnya… semput terbatuk batuk la ni…..uhuk..uhukk….(oh itu tipu)

Alhamdulillah … dah nampak muka ceria si Hadif dalam sari dua ni. Kalo tak..monyok jer muka dia aku tengok.. lahaiii kesiaaaan. Banyaknya benda dia belajar lepas cirit birit muntah muntah demam hari tu. Legi seronok bila aku tengok dia dah nak makan nasi..walaupun sket. Dia lebih suka makan nestum yang bijirin tu la. Sekali makan banyakkkk…. Tapi risau plak tengok tahi dia jadi putih, naper plak erk?.. macam macam. Ke kena cacing plak?



Semalam aku dengar Ahad ni Ajeed nak bawak dia pi jumpa pakcik yang dekat tempat kerja dia. Nak mintak air penawar sket. Mana tahu peel nangis nangis nak dukung tu bulih hilang. Tapi kalo bab demam panas, anak aku memang serasi dengan pakcik tu. Ingat lagi yang kes Hafiy kena tarik sampai kena warded hari tu. Lepas jer kes tu aku terus bawak Hafiy jumpa pakcik tu… Alhamdulillah… sampai sekarang..memang takder demam langsung. Mungkin jugak kebetulan..sebab Hafiy kan dah besar.



Soooo apepun penyebabnya tak kisah la.. janji anak aku sihat. Yang penting 2-2 aku try. Klinik pun aku pergi… air jampi pun aku try. Orang kata ikhtiar tu penting. Jadi tak jadi itu kerja Allah Taala. Insya Allah la.. aku nak bawak hadif plak. Mintak mintak serasi la dengan pakcik tu.



Takder aper yang boleh melegakan hati seorang ibu..tengok anaknya sihat pun dah cukup baik. Tapi bab suka nangis ni aku surrender la. Mintak mintak pakcik tu boleh ubatkan sekali la. Tak tahan wey.. kalo doplohpat jam…asyik nak menempek jer. Satu jer yang boleh buat dia senyap… aku terbaring tengok tengok dia main depan TV. Kalo aku duduk pun dia tak sedap hati lagi. Dia nak aku tido. Habisss kalo gini rupanya.. camner aku nak berjalan umah orang… pendek kata jadi buah mulut orang la camnilah kekdahnya…



Diorang tak tahu…. Kita jer yang tahu pesen anak kita….
Takperla… redha jerla kalo jadi kes macam ni. Nak buat camner lagikan. Ader aku kisah.. Lebih baik aku pikir pasal anak anak aku. Teruskan keceriaanmu duhai anakku…



Haaa..macam ni la bagus…..sukerrrr… hepyyy….. riang.. tertawa…gembira…
Nangis nangis takmo tau…..!!!!


No comments: