Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 4 Hulubalang :)

Wednesday, February 23, 2011

Port Peberet

Ntah naper… anak anak aku ni suka sangat lepak kat dalam laci kabinet. Dulu Hafiy pun sama. Tapi lepak dalam versi yang berbeza. Masa Hafiy dulu dia suka buka laci then berdiri kat dalam tu. Hadif plak suka duduk. Ntah apa yang best sampai nangis nangis bila aku paksa dia keluar. Sudahnya aku biarkan ajer. Duduk la lama mana ko nak duduk nak…. Janji jangan tinggal sisa udah.



Nak tengok pesen Hafiy plak.. sila klik sini. Nak lagi best.. tengok yang ni plak....siap panjat atas kabinet lagi. Dalam laci tak syoik lagi.....

Baju diorang pun hampir sama. Maybe saiznya berbeza sket kot. Hafiy berisi sket. .. Adiknya ni cekeding jer. Maybe Hadif ni ikut versi aku zaman kecik kot.

Takpe la.. janji lepas ni dia sihat walafiat. Kalo boleh dijauhkan sakit sakit, tak selera nak makan ni sumer. Risau betul tengok anak anak tak sihat ni.

Satu lagi tempat peberet budak budak ni bawah meja. Korang perasan tak… Mana mana pegi pun naper kat bawah meja jugak yang diorang suka main main.

No comments: