Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, February 22, 2011

Mental perlu cekal bebb…

Minggu lepas adalah hari bersantai paling syiokk kami anak beranak. Lepak guling guling kat umah bersama insan insan tercinta adalah momment momment yang paling berharga dalam hidup. Cewahhhhh… puiiii…

Tetiba terlintas kat otak aku.. aper salahnya aku cuba train Hafiy tak pakai pampers. Masa yang sesuai ni. Tapi make sure mental dan fizikal aku kental pada hari tu. Kental beb. Lagipun dia dah masuk 3 tahun awal bulan lepas. Sooo..time ni adalah masa yang paling sesuai la sebab dia dah boleh cakap bila masa dia nak berak..bila masa dia nak kencing.

Pepagi lagi aku cakap kat dia….

Ibu taknak Hafiy pakai pampers hari ni erk….
Ermmm…. (jawapan standard)


½ jam pastu……sedar-sedar dah lencun sambil berdiri….Ok fine.. nanti ibu bersihkan……. Aku tengok dia dah mula gelisah., Kejap kejap dia pegang anu dia.. Yer la..punggung dah terbiasa tebabl.. tetiba…nipisssss jer.. janggal la tu….



Aku cakap lagi……..

Kalo Hafiy nak kencing cakap….”Ibu …Hafiy nak kencing”
Nanti ibu bawak Hafiy masuk toilet…
Ermmm…. (jawapan standard)


Lebih kurang setengah jam pastu aku perasan dia meluru belakang sofa. Tak heran la..biasa dia suka main toys dia belakang tu…tetiba..

Ibuuuu……

Aduhhhhhh……… sketul besar penumbuk aku elok jer kat kaki dia……
Relexxxxxxx…… aku ambik tisu…kain..mop segala bagai.. cuci bersih bersih….

Babahnya…..? Tukang tengok. Sekali skala dengar dia mencelah…

Nanti Hafiy cakap ka ibu kalo nak kencing yer…..

Iyoooo la…tukang basuh sumer ibu jugak yer….

Kali ke3 dia terkucil aku dah hangin….. siap paksa masuk toilet.. bebel bebel mulut… biasala ..mulut jer bising.. tangan takder nak lepuk lepuknya.
Tetiba dia boleh cakap…

Ibu pakai la pamperssss…….

Amboi…… ko plak yang nak ngajor ibu erk…..

Hinggala petang aku kira 7 kali dia tukar seluar. Sumernya terkucil di hall depan tv..1 kat dapur.. 1 kat porch depan….Macam artis plak… dalam satu hari 7 seluar ko tukar erk?



Kat pic ni baru 2... malas dah nak snap.. sampai habis dah seluar single...Sabor jer la…… tu sebab aku cakap mental kena kental… Tapi heran plak aku naper coyonunalif senang jer train anak diorang. Stahun lebih sket jer dah tak pakai pampers…

Camner diorang buat erk?…..

No comments: