Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, February 16, 2011

Kelapa Makin Kurang



Kat tempat korang kelapa sebijik berapa henggit?.Kat tempat aku 2-20 sebijik. Mahal giler.... Moh la kita pakat tanam kelapa.

Kat kampung pun sama...mahal. Aku cakap kat mak aku kelapa sini mahal ..... kalo nak beli sebijik..2 henggit ++... apalagi...macam lipas kudungla mak aku turun jolok buah kelapa. Siap kopek kulit lagi. Dapatla bawak sini 5 bijik. Sibuk nak bawak kelapa..tapi mesinnya nggak ada... ape cer ?....Ingat nak bawak balik umah mak mertua aku la. Dia biasa suka sangat buat masak lemak. Hari tu balik sana pun terpaksa masak lemak pakai susu. Katanya kelapa takder. Bukan aku tak biasa masak lemak...tapi alaaa. setakat makan berdua.. malas la nak gi kedai... semata nak suh dia mesin kelapa. Aku suruh jer pakcik tu tanam kelapa kat depan umah...

Aku : Tanam jer la wak kat depan umah...
Dia : Dah kopek kulit.. mana leh tanam lagi..

Aku pun konpius... kalu nak tanam kelapa kena tanam dengan bijik bijik skali erk?... lupa daaaa.....
Boleh gak kan tanam lepas kopek. Tapi hidup tak hidup.. Wallah huaklam la.

Lupa nak citer.. masa mak aku tengah jolok kelapa..ntah tetiba Hafiy tercongok kat sebelah dia. Kebetulan plak kelapa jatuh betul betul depan dia. Elok melantun kena dagu. Lebam jugak dagunya. Bahana budak tak reti duk diam. ginilah. ada je kena penyakit. Nasib baik tak luka. Terkejut beruk gak aku tengok muka dia. Terus melalak. Yang pasti dia nangis bukan sebab sakit. Tapi sebab terkejut..tetiba kelapa melantun kena dagu dia..

Tapi budak.. mana reti serik.....

No comments: