Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Friday, February 4, 2011

Ke Hospital Selayang Plak..


Ahad lepas ayah aku turun KL tengok adik suami si Ila yang kat selayang tu kena admit kat ICU Hospital Slayang.. Terkejut beruk pagi Sabtu bila baca mesej si Ila..Dah la kul 6 pagi dia hantar. Hati dah tak sedap dahhh....

"Adik Faizal ,Awal teruk loni, Kritikal kat Spital Slaye, Jangkitan kuman kat paru paru"

Paham kan?...

Soooo... aper lagi.. bergegas la orang tua tu naik bas malam sabtu tu.. Pagi Ahad sampai kat Putra. Dia la yang tukang ambik.

Ahad tengahari tu janji la ngan dia nak gi skali tengok si Awal.. Alhamdulilllah... dah sedar. Satu hari jugak koma. Sedar tu pun meracau racau . Siap nak cabut wayar wayar yang berselirat kat badan dia. Dah satu hal lagi kena ikat tangan. Kesian tengok dia. Aku nak ambik gambar pun tak sampai hati. Aku ambik gambar Spital jer la.

Masa kena malam tu kat umah memang teruk. Sampai biru lebam dah mukanya. Siap ketap ketap bibir lagi... Pukul pukul badan sendiri plak tu. Nasib baik umurnya masih panjang lagi. Alhamdulillah..



No comments: