Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Tuesday, February 8, 2011

Duhai Anakku

Ibumu ingin berpesan ...
  1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

  2. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

  3. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

  4. Selalulah baik tuturkata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

  5. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

5 dari 25 pesanan LukmanulHakim kepada anaknya...



Hepy Bufday anakku sayang..

Dulu mula kamu kembang...sekarang tidak lagi...
Dulu hidung kamu penyek.. sekarang pun masih penyek...
Dulu kulit kamu putih sangat.. tapi sekarang kurang sket....

Tapi itu tak bermakna ibu tak pandai jaga kamu....
Tapi itu juga bukan bermakna... ibu tak sayang kamu lagi...

Ibu mana yang tak sayang anak kan?... Malam tadi dah ingat. Hari ni boleh lupa nak wish kat dia. Sorry yer...

OK.. peace no WAR...

Pstt : Adakah aku ini pendendam?... motip?

No comments: