Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, February 17, 2011

Cirit Birit


Gambar di atas bukan aiskrim coklat cip tau.. itu namanya aiskrim PILCIKITECKAUN.

Ekceli dari minggu lepas lagi kami anak beranak diserang cirit birit. Yang tukang bawaknya Hadif la… pastu aku.. Pastu Hafiy plak.. babahnya tak sempat nak kena.

Puncanya aku pun tak tau..maybe air kot.. karat sangat aku tgk air . Tapi tak tahula..mungkin ader penyebab lain.
Pegi klinik mintak ubat cirit pun tak jalan gak. Masih berak berak lagi. Yang paling kesiannya Hadif la. Makin cengkung aku tengok. Kesiannn… Masa nak tido bila aku tenung wajah dia..sayu jer rasa hati ini. Rasa teremo plak. Mau aku tak sedih. Baru jer berat dia nak baik sket. Cirit birit plak. Risau sangat sangat bila pikir pasal anak anak ni.

Nak 2 jenis ubat kasi dia minum. Semua tak menjadi. Stop berak kejap. Bila dah tak makan datang balik. Tapi yang buat aku tak risau sangat dia masih nak makan dan minum la. Takderla tolak makanan kalo aku kasik. Cuma tak tahannya berk tu jer la. Puas difikir camner nak kasi dia berenti berak. Finally…aku bagi makan PILCIKITECKAUN 5 bijik. Alhamdulillah.. lepas makan dah takder dah jenis yang berak air sesajer tu. Aku terpaksa masuk dalam aiskrim sebab Hadif susah sangat nak telah. Mungkin sebab bijik bijik camtu..nak gigit rasa tak sedap plak...

Sekarang ni macam biasala.. berak jugak..tapi takderlah berak air semata. Muntah pun ader..tapi sebab dia batuk.

Aduhhhh… macam macam hal anak anak aku. Ujian besar buat aku untuk membesarkan mereka berdua. Sekarang ni aku tengah risau pasal nak pi klinik checkup dia bulan 3 nanti. Sekarang berat dia turun. Gerenti kena la ngan misi…sebab berat badan tak stabil.

Kerisauan aku pasal ni buat aku tak selera nak makan . Siyes aku cakap. Mood pun takder.. sumer down la.

1 comment:

Ungku Nor said...

sabar ye anie, cam akak ni pulak, risau berat Anjib yang makin naik..asek makan jer.

baju pun dah satu saiz dgn baju dato'..selalu akak tersilap letak kat lemari..ehehe