Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Thursday, February 10, 2011

Aktiviti Makan Sepanjang Cuti

Biasala.. kalo dah balik kampung.. banyak benar kijernya...memang tak sempat nak rest langsung. Tapi satu perkara yang aku paling suka masa balik kampung adalah.. acara makan..masak..makan ..masak... aser jer benda yang nak di buat. Kenyang makan nasik nak makan kuih plak.. kenyang kuih nak makan nasik kerabu plak.. kenyang nasik krabu nak makan goreng pisang lak. Pendek kata kalo balik sehari dua tu memang perut tak sempat nak kenyang..hehe. Mana taknya... sumer nak pulu dalam 1 masa.. kot tak sempat. Yang beli tu belii la.. yang buat pun ader.. jangan tak tahu.

Hari ke2 balik kampung hari tu masak Acar Pisang Gggaler (Pisang yang teramatla pahit n kelat)..tapi bila di buat acar..sedapppnya walllahhhh. Buat lagi sedap la weyyy.. Kalo beli cairrr sangat kuahnya. Hari tu dapat buat sungguh puas hati. Pic tak sempat nak snap.. sebab tak terlintas pun dek akal nak share rasepi kat sini. Maybe lenkali balik kampung nak cuba buat lagi. Nanti rasepi boleh share kat sini.


Hari 3 plak tekat terasa macam nak makan Sira Labu. Tapiiiiii...... tak puas hati kerana labu yang disira hangit rentung dalam periuk. Ni lah kesannya kalo suka buat banyak kerja dalam 1 masa. Mana boleh... jam tu ko nak masak.. jam tu jugakklah ko nak sapu daun kering kat laman depan rumah. Walaupun sedikit hangit...tapi masih boleh dimakan. Yang hangit tu gula jer..isi lon hangit. Nasib baik sempat perasan. Kalo tak aper jadi tak taula. Aku masuk dapur tengok asap dah berkepul kepul. Bahaya tulll...



Korang kenal tak pucuk apa kat atas tuh?...pernah rasa pucuk ni tak. Ni namanya pucuk puttaq. Sedapppp.. lemak jer rasanya. Lagi sedap dari pucuk gajus. Jauh ni datang pucuk ni... Bukit Marak mari looo. Kalo makan dengan sambal belacan pun sedap. Lagi afdhal dimakan sama al budu. Aku pun ni lah pestime makan pucuk ni... Suh pakcik tu rasa.. dia biasa.. rasa sikit jer... bila tanya sedap ke tak?... sedap ajer..tapi bila suruh makan lagi terus tak nak.. Nampak sangat dia rasa tadi nak ambik hati jer. Huisss......



Lepas kecewa tak dapat makan sira labu hari tu terlintas plak nak makan Nasi Manis atau Wajik.. Kat sana kami panggil nasi manis. Buatla sket untuk hilang rasa kempunan. Mak aku ni pantang sebut nak makan apa.. Terlintas jer kat otak...cakap jer.. terusss...zassss siap. Hebat dop?
Wajik ini lain sket dari biasa..sebab mak aku tak taruk gula melaka. Sebabnya gula melaka dah yilek..malas nak gi kedai. So dia masuk serbuk kopi jer. Lagi sedap.. sebab bau kopi itu adalah wangi...hehe.. Aku makan jer.. tukang godek godek...Tapi lepas ni kalo nak buat... boleh kot...
Makanan yang lain lain tu aku tak dapat nak snap. Sebab dalam otak aku..MAKAN..MAKAN..SEDAP..SEDAP... bila dah sedap..kenyang .....apa lagi.. sumer benda pun tak ingat.... Yang ingat satu jer la.....krohhhhh...krohhhh........
Dan itulah endingnya...... ZZZZZZZZZZZZZZZZZ.........

No comments: