Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, January 10, 2011

Hujung Minggu Yang Lama

Lamanya aku berhujung minggu. Start dari Khamis lepas sampailah semalam. Ya ampunnn... penat giler..semalam ingat nak tengok AJL..alih alih AJL yang tengok aku... Lepas jer Fran nyanyi terus aku krohhhhhhhhhhhh kroh. Konon suh Ajeed kejut kalo Hadif dah tido. Memang dia kejut.. tapi aku bangun sambung balik tido depan TV. Tak boleh tahan sangat. Aku macam dengar Yuna nyanyi.. tapi sayuuuuupppp jer. Dan pagi tadi ...
 
Ajeed : Awak tak nak tahu ker saper yang menang.
Aku : Yuna ker?...
Ajeed : Tak la.. Ana Raffali...
 
Mentang la aku dengar sayup dalam mimpi jer suara Yuna..Terus cop Yuna yang menang hehe.
 
Akceli banyak sangat kisah yang berlaku diawal tahun baru. Aku nak citer pun rasa...ahhh..takyah la.. Ni kisah "Internal Family". So...biarlah aku simpan jer citer ni. Cuma apa yang dapat aku cakap.. Apa yang terjadi mesti ada hikmah disebaliknya. Cuma menuntut pengorbanan, keikhlasan dan Kasih Sayang. Inilah kunci dan menjadi penyelesaian kepada segala mussibah yang terjadi. Pandanglah dari sudut kebaikan. Maka timbul lah segala kebaikan itu. Jika keburukan yang kita cari..... Maka sampai sudah pun masalah takkan dapat diselesaikan.

 

4 hari yang padat..Sakit badan, penat. Pening.. sumer ada.. Khamis lepas pi klinik... Ntah naper lately ni aku rasa len macam jer.. asal letak kepala... berpusing-pusing kuar bintang kat mata. Pi klinik check. Sahhhhh.. darah rendah. Kalo la aku teremengandung masa ni..mesti bahaya kan?..soooo takyah la ngandung lagi.

 

Walaupun penat...tapi seronok tengok gelagat budak berlima.... ke hulu ke hilir..kejap jadi tarzan..kejap jadi gorila..kejap jadi hantu sebab dah naik hantu.fuhhh ponet acik....Walaupun dah macam macam karektor aku dah jadik, tapi masih tak jalan jugak. Maklumlah..dia dah ader geng... yang ketuanya saper lagi kalo bukan Hafiy.

 

Opsss.. lupa nak cakap... Rabu lepas secara rasminya sekecik dalam family kami bertambah... dulu berempat...sekarang berlima..Sekecik paling hujung belah kanan tu adalah ahli baru merangkap cucu ke9 mak ayah aku.

 

No comments: