Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Wednesday, December 1, 2010

Parenting Tips

Ekceli aku nak mintak tips untuk ajar anak kencing berak kat toilet.. means, tak nak dia pakai dypers lagi. Saper boleh bagi tips..sangat sangatlah dialukan.



Dah lama aku pikir camner la nak stopkan pakai dypers kat si Hafiy. 3 bulan lagi genap 3 tahun. Takkan 3 tahun aku nak pakai dypers lagi . Yer tak?. Save budget sket. Tapi itu tak penting..apa yang penting aku nak dia cakap bila dia nak kencing or berak.



Minggu lepas, saja jer aku tak pakaikan pampers. Tak sampai 1/2 jam aku dapat laporan dari babah dia bahawasanya dia telah tinggalkan jejak kat bilik mainan dia. Nasib baik kencing....kalo berak nayer aku. Sket jer lagi air kencing dia tu nak kena tilam. Kalo tak kenal basuh jemur tilam bagai la.



1/2 jam sebelum tu aku dah pesan banyak kali..

Hafiy kalo nak kencing cakap ibu yer.. kencing kat toilet..
Ermmmm....

aku pesan lagi....

sama macam diolog kat atas.... ermmmm jugak... tapi ermmmm kat "tepi tilam". Aduyai.. tapi takper sabarrr... dari situ dia boleh blajar kan?. Alhamdulillah.. besoknya ada perubahan.... walaupun bukan kat dalam toilet tapi elok sket la dari dalam bilik. Lokasi terpilih ialah depan pintu. Bukan pintu bilik tapi pintu rumah. Maksud aku kat sebelah luar umah. Nasib baik kat belah luar ..kalo belah dalam kena la aku mengemop lagi. Kat luar senang jer.. just buak paip sembur air jer...done.

Aku harap lepas ni boleh la kot dia cakap kalo dia nak kencing.

Ekceli aku ader 1 tips tau... tips camner nak pisahkan puting dari mulut si manja.. tapi benda ni berlaku secara tak dirancang. Hafiy dulu memang hero puting . Tapi nasib baik tak melarat sampai sekarang. Nasib baik gak la masa tu dia makan koko crunch. Kan kalo makan benda tu dia akan melekat warna coklatnya. Hafiy biasala.. satu mulut makan KC (Koko Crunch) sekali dia sumbat puting ke mulut. Pastu dia nak makan lagi di buang balik puting tu. Sekali dia terpandang warna coklat terlekat kat puting dia..terus dia campak puting tu..katanya kotor..yerkkkk..... Maka selamatlah aku dari melihat giginya jonggang. Tapi masalah lain plak yang timbul.. giginya semakin rongak... Tapi bila tengok iklan YES, pandai plak dia cakap gigi budak tu rongak. Gigi sendiri yang rongak dia tak sedar...

Itu jer la tips dari aku. Mana tahu korang boleh guna pakai...SHARING IS CARING..... dak gitu?.

2 comments:

norisah roslee qayyim said...

salam kenal...
kita mcm menghadapi masalah yg sama,tang nak diapersless tu..ssh tol..dah try tp situasinya sama mcm ur son, 3 kali terwee wee kat lantai..bla tanay napa x g toilet..sengiihhh jer..x tahan terus amek diapers pakaikan..

Anonymous said...

Ini adalah pertama kalinya saya saya kunjungi di sini. Saya menemukan banyak hal menarik di blog Anda terutama pembahasannya. Dari ton komentar pada artikel Anda, saya kira saya bukan satu-satunya memiliki semua kenikmatan di sini! terus bekerja dengan baik..