Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, December 13, 2010

Mahu Cari Sesuatu..tapi tak jumpa ……

Semalam sempat update blog 1 entry jer. Nak blogwalking pun tak sempat. Biasala cuti kan.. lebih manis kalo berlapang dada mengadap laki dengan memberi senyuman yang palingggggg menggoda..awwwwwwwwww. Walopun masa tu hati ko menggeletek mau kuar shopping. Tapi akhirnya dapat kuar gak……

Semalam kami kluar tanpa hala tuju . Dah lepas sampai ke tol Sungai Besi pun masih tak tau hala tuju lagi….Mau ke mana yer?…. Metro Kajang?….Taknaklah masuk bandar Kajang sesakkkkk….lagipun takkan nak patah balik.. Warta Bangi..ehhh awak ni takder tempat lain ker?…. JJ Taman Maluri?…ermmmmmm…..Mines?….Sogo?…Alamanda?…

Tapi dia tetap membisu seribu bahasa. Pastu dia plak yang bising balik kat aku nak pi mana… Ishh very the feliks orang ini. Akhirnya aku tengok dia menonong ke KL..masuk bandar…Pastu belok kanan masuk parking Sogo.



Ekceli senin lepas Ajeed dah bagi duit suh beli apa yang aku nak untuk present 2 Nov merangkap 12 Nov hari tu. So niat aku kuar semalm nak cari la apa yang aku nak tu. Takder la mahal pun. Tapi aku nak benda tu gak….Alih alih aku yang nak beli barang.dia plak yang terbeli wallet. Tapi yang bestnya semalam..sampai 70% diskaun untuk sumer jenis beg kat Sogo sanan nun. Aku tak sempat pun nak belek.. asal aku tgk berkenan, ader jer tangan yang capai dulu. Tak sempat aku nak belek orang lain dah sambar. Ramai giler manusia kat sini. Ader sorang makcik tu..punyala tamak..sampai 4 dia pegang beg tu..alih alih satu pun dia tak ambik…hampagas. Ingat nak sambar la satu..takperla bukan Kristin anak coach pun. Janji beg…. .. tapi tengok diorang rebut rebut lagak gaya macam kena sampuk gitu…terus acik cancel jo.

Rayau punya rayau….sampai masa balik tangan kosong. Dapat penat adalah. Mau tak penat…shopping sambil dukung budak kecik. Susah la nak soping bawak anak ni. Aku kalo nak beli sesuatu tu…kena belek lama lama sket, stakat nak cuit jer pastu bayar…..takder maknanya.

Akhirnya aku mengalah….. cari punya cari jumpa la baikkk punya port. Lepak la ngan Hadif. Biarkan pakcik tu merayau dengan Hafiy cari wallet yang dia berkenan. Dan semalam aku hanya menjadi pemerhati yang setia..nengok gelagat ratusan manusia yang rakus dengan diskaun 70% .



Huhhh macam macam karenah….tetiba perut berkeroncong…………….Jommm..makan…malas nak carik tempat makan lain… kebetulan masa keluar tu jumpa Dunkin Donut…hantam sajer.

No comments: