Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, December 6, 2010

Kenapa aku......?

Kenapa aku gigih duk search adab ziarah orang meninggal?..
 
Satu sebabnya kan jiran belah umah aku meninggal. So dah jiran sebelah yang meninggal, takkan aku nak buat tak kenal plak. Dah la kami orang pertama yang diorang bagitau selepas anak beranak diorang. Kalo lain taman takper la..ni sebelah umah. Nampak sangatlah aku ni jenis yang takmo berjiran plak.Cannot...cannot gituuuu.
 
So sebelum pegi melawat si mati gigihla aku duk nanya mak aku... Sebelum ni mana nak ambik pot benda macam ni..kita ni makin tua..kena la berubah..ecece...
 
Ma..apa kita patut buat erk..kalo gi tengok orang mati...?
 
Mak aku cakap pegi la baca yasin..paling idak pun fatihah , takpun al ikhlas....
pastu nak balik tu sedekah la duit untuk kluarga si mati. Ringankan beban family diorang.... Tapi aku tak bawak pun duit nak sedekah.. Boleh terlupa.. sebab kuar umah pun macam PATI..takut Hafiy nak ngikut. Tu pun dia perasan gak tapi masa aku dah kunci pintu lah, dah kat luar..apa lagi melalak-lalak la.
 
Serius aku cakap..seumur hidup aku mana aku penah ziarah orang meninggal. Aderla skali masa tu umur aku 18 tahun..atuk aku yang meninggal. Pastu sampai la ke laaaaa ni aku tak penah attend mana mana majlis kematian. Biasala duk perumahan kat bandar.. balik kerja masuk umah mana nak ambik tahu hal jiran-jiran sebelah. Kalo aku duk umah lama lagi langsung tak tau kot. Sekarang ni kira ok la sebab berjiran dengan orang surau.
 
Teruk tak aku?... so  pagi ni aku gigihla duk menggooggle kat internet camner adab bila ziarah orang meninggal. Lepas ni maybe aku tak kekok lagi. Insya Allah.
 
So moral kat sini... jangan tak jaga langsung tepi kain orang.
 
 

2 comments:

zai@umiaiman said...

sy setuju kena jugak jg tepi kain org...semua nyer amat berguna pabila dah ber umur nanti...

aCik Anie said...

betul tu Zai.. adab bermasyarakat cam tu la.. Kalo kita tak campur oranh.. org pun takkan peduli kat kia...jgn plak masa tu kita kecik hati