Kenali Cikanie

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
Ibu pada 3 Hulubalang :)

Monday, December 6, 2010

Kek Lapis Serawak.

Lagi gambar dikidnap dari folder adik aku. Ekceli dia dah pun publishkan entry pasal kek lapis ni. Tapi itu versi dia, versi aku lain sket.



Salah satu kedai yang menjadi pilihan student Unimas ialah.. kedai ini. So aku tak nak citer panjang panjang la... korang layan jer la pic yang ader. Lagipun kek lapis hijau yang adik aku beli hari tu dah habis. Jadi aku rasa tak adil la kalo aku flash back balik benda yang takder depan mata. Kan tak pasal pasal air liur meleleh plak. Mana mau cari.....

Tengok la skali diorang angkut dari kilang..... berpuluh puluh bekas.... laku sungguh.. agak aku la..geng geng student ni kot yang habiskan kek Dayang Salhah ni.



Nampak pun dah sedapkan.. ader rasa masam-masam sket. Tu yang buat lagi sedap. Makan pun rasa takder muak sangat. Fresh giler... jam tu sampai.. jam tu gak dia potong masuk bekas.



Aku ingat dia beli kat supermarket biasa jer. Rupanya kek lapis ni di pasarkan secara meluas kat sana. Dah jadi satu nilai komersial dah. Jadi tak heranlah kalo kedai jual kek lapis kat sana tumbuh bagai cendawan lepas hujan (ohhh ini statement main agak-agak jer). No wonder jugaklah kalo Deja Moss pun dah jadi tauke kek lapis.



Sumer nampak sedap. Pilih-pilih..nak gelap cerah klabu masam manis...nasib perisa kicap ngan budu takder.. kalo ader mau laku jugak kot.



Maybe ader la branch kat sini.. tapi sama ker tak dengan yang hati tu.. kalo takder masam masam tak mboh aku.. baik aku makan kek lapis yang jual kat Giant. Adik aku tu pun dah klabu mata dah nak pilih yang mana satu. Nasib baik pilihan dia tepat.

Soooo majulah kek lapis untuk negeri serawak...

1 comment:

mendatak hijau said...

wowowooo..kek lapis Dayang Salhah mmg terbaekk..
sy xstudent Unimas,kalu nak balik cuti sem mesti bli berkotak2 kek lapis bwk balik semnjung..huhu
sedap dan murahhhhh